Thursday, May 20, 2010

Menunaikan Hajat Di Merata Tempat



Terdapat berbagai kisah pelik dan memualkan diceritakan oleh teman-teman berkaitan kehidupan masyarakat Arab. Selain daripada bas yang tidak berhenti betul sehingga memaksa penumpang melompat turun, hinggalah kepada kisah mereka kencing di mana-mana tanpa rasa segan dan silu.
Tak semena-mena ketika menunggu bas di stesyen bas selepas pulang dari kuliah, kisah ini benar-benar dapat aku saksikan. Mujur ketika ini kamera sentiasa aku bawa walau ke mana sahaja. Aksi ini berlaku secara terang-terang tanpa dipedulikan sesiapa.

Friday, May 07, 2010

Minggu Pertama Di Kaherah



Seminggu berada di bumi Mesir kurasakan seolah-olah terlalu lama untuk dihabiskan. Suasana yang terlalu berbeza berbanding negara tercinta, benar-benar mengujakan walaupun bukan sedikit gambaran mengenainya kudengar dari teman-teman. Mungkin catatan ini tidak membayangkan hakikat sebenar, memandangkan ianya hanya berdasarkan pandangan mata yang tidak sempurna.

Setakat berada di Kaherah, khususnya Hayyu Sabi' tempat kami menginap, beberapa perkara yang dapat aku perhatikan. Mungkin ada tempat lain yang lebih mewah, namun di sini keadaannya agak menyedihkan. Keluar dari lapangan terbang, tidak lama dapat dirasakan kesesakan lalu lintas yang bergerak tanpa sistem yang sempurna. Kebanyakan jalan tidak mempunyai garisan tengah sehingga menyebabkan kenderaan boleh dipandu sesuka hatinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...