Showing posts with label Khutbah Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Peristiwa. Show all posts

Wednesday, November 06, 2013

Khutbah; Kewajipan Berhijrah Dan Berjihad


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (الأنفال:72)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !  اِتَّقُواْ  اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian!
         Marilah kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Marilah kita berhijrah daripada kehidupan yang hanya mementingkan dunia dan kepentingannya, kepada kehidupan yang penuh dengan iman dan taqwa, yang hanya akan memenangkan Islam berbanding dunia dan seisinya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

         Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah bukan sahaja perlu dilihat dari sudut dan bentuk penghijrahan peribadi tetapi yang lebih besar dari itu adalah penghijrahan tanahair baginda dari sebuah negara pimpinan golongan bangsawan yang berpaksikan sistem keadilan sejagat semata-mata kepada sebuah negara Islam yang dipimpin oleh seorang nabi yang hanya menurut ketentuan Allah dan rasulnya.

Negara Mekah bukan tidak memiliki undang-undang yang mampu mengawal keamanan masyarakat malah mereka amat menjaga keadilan mengikut peraturan yang mereka bina sendiri. Mereka mengikat Perjanjian Al-Fudhul yang melibatkan para pembesar Mekah yang berkumpul di kediaman Abdullah bin Jad’an al-Taiyimi. Kesemua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya. Rasulullah saw yang turut serta dalam perjanjian tersebut sebelum dilantik menjadi rasul telah memuji, dengan sabdanya:

Aku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jad’an. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya aku beri persetujuan segera.

 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
         Jika hanya sekadar mencari kehidupan yang aman sejahtera, Rasulullah saw tidak perlu berhijrah ke Madinah. Namun negara yang aman tetapi tidak dinaungi petunjuk Ilahi tidak mencukupi untuk mendapatkan keredhaan tuhan. Inilah punca berhijrahnya rasulullah saw untuk membina negara Islam yang meletakkan Islam di kedudukan tertinggi. Islam mesti dinobatkan sebagai undang-undang tertinggi dan Umat Islam mestilah  memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Muslimin yang dirahmati Allah,
       Kita sudah memiliki negara yang meletakkan Islam sebagai agamanya. Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi merupakan Agama Persekutuan. Jika dinisbahkan kepada individu maka agama negara ini adalah Islam. Maka akidahnya, syariatnya, akhlaknya, undang-undang dan budayanya adalah Islam. Dalam masa yang sama agama-agama lain masih bebas diamalkan oleh setiap penganutnya. Namun begitu, penganut agama-agama lain tidak dibenarkan melakukan penyebaran apa-apa kepercayaan atau ajaran agama mereka dikalangan orang Islam.

Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama lain. Namun jika kita gagal mengambil manfaat daripada peruntukan sedia ada, maka tidak ada jaminan untuk Islam menjadi cara hidup yang sempurna di negara ini. Jika umat Islam sendiri tidak berjihad mempertahankan ketuanan Islam di negara ini, maka hijrah kita hanyalah seumpama hijrah para sahabat ke Habsyah yang hanya bagi mendapatkan kebebasan melaksanakan amalan keagamaan semata-mata.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

         Para Mufassirin membahagikan para sahabat kepada 4 kelompok berdasarkan ayat yang dibacakan tadi. Ada sahabat yang berhijrah sebelum berlakunya Perang Badar serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Ada sahabat yang terdiri dari golongan Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan kepada orang-orang Islam yang berhijrah. Ada sahabat yang belum berhijrah sehinggalah berlakunya Perjanjian Hudaibiah. Dan ada yang tidak berhijrah walaupun selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiah.  Allah mewajibkan bantuan diberikan kepada yang berhijrah dan golongan yang meminta pertolongan daripada penindasan kuffar melainkan jika adanya perjanjian antara orang kafir dan orang Islam. Dalam hal ini, Islam tetap berpegang teguh dengan perjanjian walaupun zahirnya seolah-olah merugikan Islam.

         Di negara ini terdapat berbagai sikap umat Islam terhadap Islam dan perjuangan memartabatkan Islam. Sebahagian dari kita berjuang dan berjihad dalam berbagai bidang untuk memartabatkan Islam, memenangkan Islam berbanding kepentingan lain dan sanggup mati demi perjuangan Islam.

Sebahagian dari kita tidak mempunyai ilmu dan tidak berkemampuan untuk berjuang dan berjihad, namun membantu perjuangan Islam samada secara terang-terangan ataupun secara bersembunyi. Namun ada sebahagian lagi yang hanya menangguk di air keruh, menunjukkan kegembiraan dengan kebangkitan Islam jika memberikan manfaat kepadanya namun turut sama menekan pejuang Islam jika Islam berada di bawah. Ada di antara kita sibuk mempersoalkan apa yang mampu kita perolehi daripada Islam tanpa melihat kepada apa sumbangan kita terhadap Islam.

 
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

         Kita wajib mempertahankan ketuanan Islam yang masih ada dalam Negara demi memastikan Islam sentiasa memimpin negara. Apa perlunya umat Islam sibuk mempertahankan hak orang kafir menggunakan kalimah Allah sedangkan kita memandang ringan ancaman terhadap aqidah umat Islam dari tindakan tersebut. Wajarkah kita menghentikan ibadat qurban di sekolah-sekolah kerana menghormati penganut agama Hindu, sedangkan mereka sewenang-wenangnya melakukan upacara keagamaan mereka di jalan-jalan raya sehingga tanpa menghormati sesiapa. Apakah kita akan tunduk kepada tuntutan golongan yang menyalahgunakan hak asasi manusia sehingga membiarkan hubungan sejenis yang menjijikkan dan mengiktiraf golongan sesat seperti Syiah sedangkan para sahabat menggunakan penguatkuasaan undang-undang dan kekuatan ketenteraan bagi menghapuskan golongan sesat seperti mereka. Islam amat menghormati hak agama lain tapi tidaklah sampai menjolok mata sehingga tidak ada bezanya Negara yang kuasai dengan negara yang masih mereka jajahi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

خطبة كدوا


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (الحج:58)

Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَماَّ بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ،

اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

         Sudah sekian lama kita merdeka dan meraikan Maal Hijrah, apakah kita semakin menghampiri dan menuju ke arah Negara Islam sebagaimana yang diasaskan oleh rasulullah saw di Madinatul Munawwarah. Apakah cukup sekadar meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan  sedangkan Umat Islam tidak sebebas penganut agama lain dalam mengamalkan ibadat dan ajaran Islam sepenuhnya. Semua pihak mesti berhijrah dengan memihak dan memenangkan Islam dalam apa sahaja yang berkaitan dengan agama-agama lain. Jika para sahabat berhijrah meninggalkan tanahair sehingga ada yang terbunuh, janganlah kita yang sudah berada di Negara yang dikuasai oleh Umat Islam kembali meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. 

 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،

وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،

اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Sunday, October 27, 2013

Khutbah : Menghayati Semangat Kemerdekaan



اَلْحَمْدُللهِ الْقاَئِلِ :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah ,
          Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana keimanan dan kesyukuran adalah asas kepada taqwa yang dituntut oleh Allah. Orang yang bersyukur di atas segala nikmat Allah telah dijanjikan oleh Allah akan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 147 :
مَّا يَفْعَلُ اللّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ وَكَانَ اللّهُ شَاكِراً عَلِيماً  
Apa gunanya Allah menyiksa kamu sedangkan kamu bersyukur (akan nikmatnya) serta kamu beriman (kepadanya) dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepadanya) lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
          Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kita tidak pasti apakah kita akan dapat sekali lagi menyambut kemerdekaan seperti ini pada tahun-tahun akan datang. Maka semestinyalah kita memastikan sambutan kemerdekaan, yang mungkin menjadi sambutan terakhir dalam hidup kita ini, benar-benar memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Sesungguhnya kemerdekaan ini adalah satu nikmat Allah yang cukup besar kepada kita semua. Islam adalah merupakan agama yang menjamin kemerdekaan manusia dan kebebasan hidup di dunia ini. Islam menitik beratkan soal pemerintahan dan pembentukan negara yang merdeka dan Islam menuntut umatnya berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan. Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berkorban dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka yang melaksanakan Syariat Allah seluruhnya. Maka apakah kita hari ini yang sudahpun mempunyai sebuah Negara yang merdeka dan bebas menentukan kepimpinan dan pemerintahan kita sendiri masih teragak-agak untuk melaksanakan pemerintahan Islam secara keseluruhannya.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Berkorban jiwa dan raga untuk mencapai dan mempertahankan kemerdekaan dari belenggu penjajahan adalah di antara cabang jihad yang paling tinggi di dalam Islam. Pengorbanan dapat dilakukan dengan berbagai cara dan kaedah mengikut kemampuan masing-masing samada dengan mengorbankan harta benda, tenaga, idea dan pemikiran hinggalah kepada kemuncak tertingginya dengan melibatkan diri dalam peperangan termasuk pengeboman berani mati seperti yang dilakukan oleh pejuang Palestin terhadap Yahudi laknatullah. Allah S.W.T.berfirman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 95:
لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً   
Tidaklah sama antara mukmin yang duduk sahaja tanpa pergi berjuang (berperang) tanpa apa-apa keuzuran dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T. Allah mengangkat darjat orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya mengatasi orang yang duduk (kerana keuzuran) dengan satu darjat. Kepada kedua golongan, Allah S.W.T menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk tanpa keuzuran dengan pahala yang amat besar.

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
            Banyak kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat hari ini dalam merayakan kemerdekaan yang mulia ini. Ada golongan yang berjuang menuntut kemerdekaan, kerana penjajahan menghalang mereka beribadat dan mengamalkan ajaran agama. Namun setelah mendapat kemerdekaan mereka tidak juga melakukan ibadat dan masih tidak mahu beramal dengan agama. Ada orang yang berjuang menghalau penjajahan barat tetapi setelah barat pergi mereka masih mengagungkan barat dan mengikut segala telunjuk barat. Ada golongan yang bencikan penjajahan kerana mahu mentadbir Negara dengan cara sendiri tetapi setelah penjajah pergi mereka menjadi penjajah yang menindas rakyat jelata.

Muslimin muslimat sekelian,
          Tidak sedikit pihak yang mempertikaikan semangat cintakan negara di kalangan anak-anak muda hari ini yang kononnya tidak pernah merasai kesusahan dan penderitaan ketika dijajah. Mereka merasakan bahawa hanya merekalah yang benar-benar menghayati kemerdekaan kerana mereka pernah menempuh kesusahan di bawah penjajahan. Sebenarnya kesedaran dan penghayatan kemerdekaan tidak bergantung kepada pengalaman dijajah tetapi bergantung kepada bagaimana kita mampu mengisi kemerdekaan tersebut. Kemerdekaan tidak dihayati dengan hanya semata-mata melaungkan kemerdekaan dan bersembang kosong di kedai-kedai kopi bagi mengenang kembali kepayahan dan perjuangan di zaman silam tanpa sebarang usaha memperbaiki diri tetapi kemerdekaan mesti dihayati dengan pembaikan diri dan peningkatan amal dalam kehidupan. Tidak merasai kepayahan ketika dijajah tidak menghalang seseorang menghayati kemerdekaan, asal sahaja dia menyedari apakah sumbangan yang boleh diberikannya kepada agama dan Negara. Kemerdekaan tidak bermakna dengan hanya mengibarkan bendera dan berhimpun menantikan detik 12.00 malam sedangkan berbagai maksiat dan jenayah terus berleluasa yang akhirnya akan meruntuhkan Negara. Kemerdekaan tidak cukup sekadar mensyukuri segala nikmatNya tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan segala nikmat tersebut menurut hawa nafsu semata-mata.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Sedang sebahagian saudara mara kita sedang berjuang untuk hidup dan mendapatkan kemerdekaan apakah kita masih ada masa untuk terus leka dengan dosa dan noda. Apakah perjuangan kemerdekaan silam wajar kita isikan semata-mata dengan aktiviti hiburan yang melalaikan. Berbanggakah generasi ini jika sisa-sisa hidup di bumi yang aman ini kita penuhi dengan berbagai maksiat dan kemungkaran. Renung dan hayatilah rintihan As-syahid As-Sheikh Ahmad Yasin, Pemimpin dan Pengasas Pergerakan Kebangkitan Islam, ( حَرَكَةُ الْمُقَاوَمَةِ اْلإِسْلاَمِيَّةِ ) atau HAMAS, selepas cubaan membunuh beliau oleh Yahudi laknatullah gagal pada tahun 2003.  As-Syahid merupakan anak yatim yang kehilangan bapanya ketika berusia 5 tahun,  yang cacat kerana ditimpa kemalangan ketika bermain bersama-sama rakannya, dan lumpuh seluruh badannya, buta mata kanannya dan kabur mata kirinya, sentiasa sakit telinganya, rosak paru-parunya dan sakit seluruh badannya akibat seksaan dalam tahanan Israel laknatullah. Rintihan beliau berbunyi :
Tidakkah kalian lihat, Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata, dengan tanganku yang sudah lumpuh ini. Aku bukan penceramah lantang yang mampu menggegar hati manusia, dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu ke mana-mana, untuk memenuhi hajat di hati, kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku ini.  Aku yang sudah beruban dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang berbagai penyakit dan penderitaan. Adakah segala penyakit dan kecacatanku ini, turut menimpa Umat Islam sehingga mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu.
Kalian diam, lemah dan membisu, atau kalian sudah mati dan binasa. Adakah kalian tidak bergelora, melihat kekejaman yang berlaku, sehingga tiada yang mahu bangkit, menyatakan kemarahan mereka kerana Allah.
Tiada satu kaumpun yang bangkit, menentang musuh-musuh Allah, yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami, dan menukarkan kami dari golongan yang mulia, kepada golongan yang dizalimi dan teraniaya. Tidak malukah umat ini, terhadap dirinya yang hina, sedangkan padanya ada kemuliaan.Tidak adakah kalian memiliki kekuatan berdoa untuk kami.
Seketika nanti, kalian akan mendengar, mengenai peperangan besar ke atas kami, dan ketika itu kami akan terus berdiri, dengan tertulis di dahi kami, bahawa kami akan mati berdiri, dan berdepan dengan musuh-musuh kami, bukan mati membelakangkan mereka,
 dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami, orang-orang tua di kalangan kami dan pemuda-pemudi kami. Kami jadikan mereka, sebagai kayu bakar buat umat ini, yang diam dalam kebodohan.
Janganlah kalian menanti, sehingga kami menyerah, kerana kami telah belajar, bahawa kami akan mati, walaupun kami berbuat demikian. Biarkanlah kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid di medan perang.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami. Dan kami berharap, agar kalian jangan menjadi musuh, yang menambahkan lagi penderitaan kami. Demi Allah! jangan menjadi musuh kepada kami, wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah kami mengadu kepadamu, lemahnya kami ini dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada yang lemah. Engkaulah tuhan kami.
Ya Allah kami mengadu kepadamu, darah-darah yang tumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan dan wanita-wanita yang dijandakan.
Kami mengadu kepadamu, betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami, dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.


Sidang Jumaat Sekelian,

Apalah gunanya kebebasan fizikal. Jika  hati masih terpenjara. Tidak akan ada gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdetik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Untuk apakah kibaran bendera merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa di bangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Saturday, October 26, 2013

Khutbah ; Isra' Mikraj


اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ،
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati,
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam dan beriman. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Di antara ciri-ciri orang yang beriman adalah sebagaimana firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْءَانِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ التوبة : 111

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman diri mereka dan harta benda mereka, dengan menawarkan kepada mereka Syurga, dengan syarat mereka berperang di jalan Allah, lalu ada di antara mereka membunuh dan terbunuh . Janji-janji tersebut adalah amat benar dan ditetapkan dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Maka siapakah yang lebih menepati janji daripada Allah. Maka bergembiralah kamu dengan jualbeli yang kamu jalankan kerana ia sebenarnya adalah kemenangan yang amat besar.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.

 Firman Allah dalam ayat 53 - 56 surah As-Syura :

فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ(53)إِنَّ هَؤُلاَءِ لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ(54)وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَائِظُونَ(55)وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ
Maka Firaun telah menghantar orang yang mengumpulkan tenteranya ke kota-kota. Lantas dia berkata : “ Sesungguhnya mereka Bani Israel benar-benar golongan kecil dan sesungguhnya mereka membuat perkara yang menimbulkan kemarahan kita. Dan sesungguhnya kita sekelian sentiasa ingat dan berjaga-jaga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita kini berada di awal bulan Rejab yang disifatkan sebagai bulan Allah di mana pada bulan ini telah tercatat satu peristiwa yang besar dan penting dalam diari umat Islam iaitu berlangsungnya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kita telah mendengar bagaimana nabi Muhammad s.a.w telah tercium bau harum Masyitah penyisir rambut kepada puteri Firaun sebagai anugerah Allah terhadap pengorbanan dan jihadnya dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah. Jihad yang dilancarkan oleh Masyitah terhadap Firaun bukan sahaja telah mengorbankan dirinya sahaja malah suami dan anak-anaknya yang turut menjadi mangsa kezaliman Firaun dengan terhumbannnya mereka sekeluarga ke dalam periuk berisi air yang menggelegak. Jihad yang ditunjukkan oleh Masyitah terhadap Firaun yang mengaku sebagai tuhan mestilah diteruskan oleh Umat Islam pada hari ini dalam memastikan sebarang kezaliman dan penindasan yang semakin hebat dapat dihancurkan. Firaun dan sikap bongkaknya dalam melawan kehebatan Allah sentiasa ada di setiap zaman termasuk zaman kita ini sebagaimana nabi menyifatkan bahawa Abu Jahal merupakan Firaun pada zamannya. Segala keganasan dan penindasan yang dilakukan oleh Firaun terus diwarisi oleh sebahagian pemimpin dunia hari ini yang mengenepikan hari akhirat dan pembalasanNya dalam menilai segala tindakan.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Firaun telah membina bangunan pencakar langit untuk menembak Tuhan nabi Musa tetapi bangunan tersebut bukan sahaja tidak mampu melaksanakan perancangan bodohnya itu malah tidak mampu membantunya ketika kelemasan di tengah laut Merah ketika mengejar nabi Musa dan pengikutnya. Begitu jugalah hari kita melihat bagaimana kuasa besar yang megah mendabik dada kerana mempunyai bangunan pencakar langit yang menjadi pusat dalam menguasai ekonomi dunia tersungkur menyembah bumi Allah. Segala kemajuan dan kepakarannya telah digunakan bagi menguasai ekonomi dunia termasuk ekonomi negara umat Islam yang tunduk kepada sistem Yahudi dan bagi menghalalkan pembunuhan umat Islam di serata dunia. Mereka memperbodohkan Umat Islam di seluruh dunia dengan memberikan bantuan kemanusiaan sedangkan dalam masa yang sama mereka menyerang Negara Islam dan membunuh rakyatnya. Mereka menjadikan Umat Islam sebagai medan bagi menguji keberkesanan senjata-senjata canggih mereka. Mereka sebenarnya adalah pengganas sebagaimana Firaun yang mengumpul segala tenteranya dan melobi sokongan daripada sekutunya untuk melakukan keganasan yang boleh menggugat keamanan dunia. Mereka menagih simpati daripada negara lain termasuk negara umat Islam bagi menyokong tindakan ganas mereka. Mereka tidak pernah menghisab diri mereka sendiri sebaliknya terus menuduh orang lain sesuka hati mereka. Tuduhan terhadap Umat Islam sebagai pengganas telah menggugat keselamatan jutaan Umat Islam di negara yang dikuasai orang bukan Islam di seluruh dunia. Mereka mesti dipertanggungjawabkan bagi setiap kezaliman yang menimpa Umat Islam di seluruh dunia akibat prasangka buruk mereka. Firman Allah :
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ البقرة :194
Maka sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohannya terhadap kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
          Umat Islam hari ini adalah umat yang cukup lemah dalam mempertahankan haknya. Yahudi dan Nasrani telah berjaya mengalihkan pandangan Umat Islam daripada mempertahankan agamanya. Ketika Baitulmaqdis ditawan musuh Allah Umat Islam bangkit di seluruh dunia untuk merampasnya kembali. Sekian lama Umat Islam berjuang dan berjihad mempertahankan tempat suci tersebut, maka propaganda Yahudi menyebarkan bahawa pertikaian hanyalah antara orang Arab dan Yahudi. Ketika Bangsa Arab berjuang mempertahankannya, maka dikatakan bahawa ia hanya pertikaian antara Yahudi dan Palestin. Maka Umat Islam kini tidak lagi melihat isu agama sebagai isu umat sejagat tetapi melihatnya sebagai isu setempat. Kita kini menjadi umat yang hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa. Gambaran ini telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadisnya :
عن ثوبان رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص) يُوْشِكُ الْأُمَمَ اَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ اِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةِ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثاَءِ السَّيْلِ، وَلْيَنْزِعَنَّ الُله مِنْ صُدُوْرِِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةِ مِنْكُم، وَلِيَقْذِفَنَّ اللهُ ِفْي قُلُوْبِكُمْ اْلوَهْنُ, فَقَالَ قَائِلٌ،  يَا رَسُوْلَ الله وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ حُبّ الُّدنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ . رواه ابو ود
Daripada Tsauban (r.a) berkata Sabda Rasulullah S.A.W. : Hampir  tiba satu masa di mana manusia akan mengerumuni Umat Islam sebagaimana mereka mengerumuni makanan. Maka bertanya sahabat : Adakah kerana jumlah kita yang sedikit ketika itu. Nabi menjawab, Bahkan kamu ketika itu amat ramai tetapi hanyalah ibarat buih ketika banjir. Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kehebatan kamu daripada hati musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu “ Penyakit Wahan”. Sahabat bertanya, apakah wahan itu wahai Rasulullah ? . Sabda nabi : Cintakan dunia dan takutkan mati.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Rasa gerun musuh terhadap Islam sudah hilang sama sekali hingga mereka sanggup melakukan satu jenayah besar dan pembunuhan Umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam hanya mampu untuk tambah berpecah dengan sebahagian menyokong dan sebahagian menentang. Namun apa yang pasti Umat Islam sudah tidak mampu lagi untuk berjuang mempertahankan maruah mereka. Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati sudah benar-benar membelenggu Umat Islam hari ini walaupun Allah berfirman dalam surah Ali Imran : 154 :
قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ال عمران : 154
Katakanlah wahai Muhammad jika kamu berada di rumah kamu, nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan oleh Allah akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan Allah mahu menguji apa yang ada di hati kamu  dan  mahu membersihkan apa yang ada di hati kamu. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan segala yang ada di dalam dada.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...