Saturday, August 27, 2011

Khutbah: Kemerdekaan Membangun Jiwa Bangsa

KEMERDEKAAN MEMBANGUN JIWA BANGSA

اَلْحَمْدُللهِ الْقاَئِلِ :

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ﴿١٥﴾ وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ﴿١٦﴾ فَمَهِّلِ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ﴿١٧﴾ – سورة الطارق : ۱٥ - ۱٧

Sesungguhnya mereka bermati-mati menjalankan rancangan jahat. Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau mengharapkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

 أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ

وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana keimanan dan kesyukuran adalah asas kepada taqwa yang dituntut oleh Allah.

 Muslimin Muttaqin Yang Berbahagia,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kita juga harus bersyukur kerana sambutan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada hari raya kedua yang merupakan saat kita mengecap kemenangan menundukkan hawa nafsu kita. Sesungguhnya kemerdekaan ini adalah salah satu nikmat Allah yang cukup besar kepada kita semua. Islam menuntut umatnya berjihad untuk mendapatkan dan mempertahankan kemerdekaan. Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berjihad dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka bagi tujuan melaksanakan Syariat Allah seluruhnya.

Monday, August 22, 2011

Khutbah Aidil Fitri: Kewajipan Mempertahankan Aqidah Umat

 خطبة عيد الفطري
كواجيفن ممفرتاهنكن عقيدة أومت
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا ، وَالحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتاَبِ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجاً
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَباَرِكْ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَياَ عِباَدَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقاَتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ 
واهي همب-همب الله،
برتقواله كامو كفد الله دغن سبنر-بنر تقوى، دان جاغنله كامو ماتي ملأينكن دالم كادأن كامو بنر-بنر سباضاي اورغ-اورغ إسلام.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ 
سيدغ حاضرين سكلين,
دانتارا كإيستيميوأن عيد الفطري دنضارا اين فد تاهون اين اداله كران اياث دسمبوت سلغ سهاري دغن سمبوتن هاري اولغ تاهون كمرديكأن نكارا. كيت مراعيكن  دوا كضمبيرأن فد هاري اين دمان كيت تله برجايا منجالاني عبادة فواس سبولن رمضان دتمبه دغن كضمبيرأن مغنغ دتيك فمبيباسن نكارا داري كظاليمن فنجاجه. كضمبيرأن اين تيدق اكن كيت كخافي جك كيت ماسيه لاضي دبلغضو دان دفرينته اوليه فنجاجه يغ فستيث تيدق اكن ممبريكن حق سفنوهث باضي كيت اونتوق تروس بيباس برضرق، بيباس برضمبيرا دان بيباس مغعملكن اضام كيت.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
 سيدغ حاضرين سكلين,
       كضمبيرأن دان كبيباسن اين واجب كيت فرتاهنكن سلاضي اد حياة كيت. دسباليق حق كيت مراعيكن عيد الفطري دان مغنغ كمرديكأن نضارا، اد امانه دان تغضوغجواب يغ ترلتق دباهو ستياف كيت. سباضاي خليفة الله دموكا بومي، كيت واجب ممستيكن بهوا دنيا اين دتدبير اوليه مريك يغ مغتهوءي تغضوعجواب مريك أونتوق منجاض اضام دان منتدبير دنيا دغن فراتوران اضام الله.

Thursday, August 11, 2011

Khutbah: Bersatulah Mempertahankan Aqidah

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara kebenaran dan kebatilanl” - Surah al Baqarah : 185.



أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ  أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَعَلَى آلِهِ   وَأَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ



أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !    اتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ    وَلَاتَمُوْتُنَّ  إِلَّا  وَأَنْتُمْ   مُّسْلِمُوْنَ


Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Hadirin yang dirahmati Allah,
        Dr. Zakir Naik, seorang pakar perbandingan agama dalam salah satu dialog bersama penganut agama lain telah diajukan soalan; mengapa di Mekah dan Madinah tidak dibenarkan didirikan rumah ibadat agama lain sedangkan di negara bukan Islam lain termasuk England dan Amerika Syarikat membenarkan pembinaan masjid dan surau. Beliau menjawab adakah pihak sekolah akan membenarkan guru matematik yang mengajar muridnya 2 kali 2 bersamaan dengan 6 sedangkan pihak sekolah berkeyakinan bahawa 2 kali 2 bersamaan dengan 4. Maka bodohlah pihak sekolah yang masih membenarkan guru yang mengajar ajaran salah dari terus mengajar murid-murid mereka.

Sunday, August 07, 2011

Tazkirah Ramadhan : Cabaran Bagi Orang Yang Beriman


(MUNAFIQ YANG MARAH KEPADANYA)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah swt berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 :
 
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan kamu akan menjadi orang-orang yang bertaqwa.
 
Dalam ayat yang dibacakan tadi, jelas kepada kita bahawa Allah swt telah mengkhususkan ibadat puasa hanya kepada orang yang beriman sahaja. Hanya orang yang beriman sahaja yang layak dipertimbangkan untuk menjadi calon  bagi meraih anugerah taqwa apabila berakhirnya Ramadhan nanti. Bagi mereka yang tidak beriman ataupun terjejas keimanannya, maka ibadat puasa yang dilakukan hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga tanpa sedikitpun kelebihan di sisi Allah. Sabda Rasulullah saw :
 
رُبَّ قاَئِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِياَمِهِ إِلاَّ السَّهْرِ وَرُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلاَّ الْجُوْعِ وَالْعَطْشِ
 الراوي: أبو هريرة المحدث: السفاريني الحنبلي - المصدر: شرح كتاب الشهاب - الصفحة أو الرقم: 607 خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح

Barangkali ada yang bangun malam sedangkan tiada suatu faedahpun diperolehinya dari bangunnya itu kecuali penat, dan barangkali ada yang berpuasa sedangkan tiada suatu faeadahpun diperolehinya dari puasa tersebut kecuali lapar dan dahaga.
 
Setiap kita wajib memastikan bahawa aqidah dan iman kita sentiasa dipertahankan. Usaha mempertahankan keimanan ini bukanlah satu usaha yang mudah tetapi memerlukan pengorbanan dan kekuatan jihad yang hebat. Rasulullah saw bersabda mengenai cabaran yang akan di hadapi bagi setiap orang yang beriman :
اَلْمُؤْمِنُ بَيْنَ خَمسَ شَدَائِدَ : مُؤْمِنٌ يُحْسِدُهُ وَمُناَفِقٌ يُبْغِضُهُ وَكَافِرٌ يُقاَتِلُهُ وَشَيْطاَنٍ يُضِلُّهُ وَنَفْسٍ تُناَزِعُهُ
 
Orang beriman itu akan menghadapi 5 cabaran : orang beriman yang hasad kepadanya, orang munafiq yang marah kepadanya, orang kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang bertarung dengannya.
 
Allah menjelaskan banyak ciri-ciri orang munafiq dalam al-Quran. Antara yang paling jelas adalah sebagaimana dalam Surah al-Munafiqun ayat  :

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿١﴾
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢﴾
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لاَ يَفْقَهُونَ ﴿٣﴾
(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ ۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ ﴿٤﴾
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ ﴿٥﴾
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ لَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٦﴾
(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, samada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik.

هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لاَ تُنفِقُوا عَلَىٰ مَنْ عِندَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّوا ۗ وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَـٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لاَ يَفْقَهُونَ ﴿٧﴾
Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).

يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لاَ يَعْلَمُونَ ﴿٨﴾
Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


Di antara ciri-ciri orang munafik adalah :
Berperwatakan Hebat

            Orang munafiq mempunyai personaliti yang hebat dan setanding dengan orang yang beriman. Mereka mungkin berpakaian seperti ulamak ataupun orang-orang Soleh bagi menyembunyikan kemunafiqan mereka. Mereka juga mungkin berpakaian hebat sebagaimana corak pemakaian masyarakat moden dan lebih menakjubkan penampilan mereka berbanding orang yang beriman.

Petah berhujjah

         Orang munafiq mempunyai kemahiran dan kekuatan untuk menyampaikan informasi. Mereka mampu menyampaikan hujah mereka dengan lebih berkesan. Masyarakat lebih terdedah kepada hujah mereka berbanding hujah orang yang beriman. Mereka akan berusaha menguasai media dan menghalang orang-orang beriman daripada menggunakan media yang terletak di bawah penguasaan mereka.

Terlalu sensitif
            Orang munafiq sentiasa dengan sebarang perkataan daripada pihak lain. Mereka sentiasa merasakan bahawa setiap apa yang diperkatakan oleh pihak lain adalah bertujuan menyindir mereka. Mereka tidak akan dapat menerima kebenaran ataupun teguran yang ditujukan kepada mereka walaupun kebenaran itu amat jelas bagi kebanyakkan manusia disebabkan mereka merasa bahawa tersebut teguran tersebut hanya bertujuan menyindir dan mencari kesalahan mereka. Mereka akan lebih banyak menuding kepada kaedah teguran yang disampaikan berbanding teguran itu sendiri. 

 Sombong dan Takabbur

          Orang munafiq sentiasa merasakan bahawa diri mereka sentiasa berada dalam kebenaran.  Walaupun sentiasa di ajak untuk melakukan kebaikan oleh orang-orang yang beriman mereka sentiasa mengelak dan mengelak tanpa sebarang rasa bersalah. 

Melakukan sekatan ekonomi

          Orang munafiq akan menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk menyusahkan orang yang beriman. Mereka bukan sahaja tidak mahu membantu orang yang beriman untuk melakukan kebaikan, malah mereka berusaha menghalang orang lain dari membantu orang yang beriman. Mereka akan mencipta berbagai syarat untuk menyusahkan orang yang beriman bagi mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

 Berdendam Kesumat

Orang munafiq pasti akan  melakukan pembalasan terhadap orang yang beriman apabila mereka mendapat kuasa.  Allah telah menceritakan mengenai kisah orang munafiq di zaman Rasulullah yang diketuai oleh Abdullah Bin Ubai. Ketika kembali dari medan peperangan, telah berlaku pergaduhan antara seorang Ansar dan seorang muhajirin di Madinah. Apabila berita ini sampai kepada pengetahuan Abdullah Bin Ubai, dia telah menghasut orang-orang ansar lain dan menerapkan unsur-unsur perkauman dan kenegerian di kalangan para sahabat. Beliau mengatakan bahawa apabila mereka sampai ke Madinah beliau pasti akan menghukum orang-orang muhajirin, dengan menghalau mereka (yang dianggap hina itu) dari Madinah dan menggantikan kepimpinan mereka dengan orang yang lebih mulia (penduduk asal Madinah). Ini juga akan berlaku di kalangan orang-orang yang beriman pada hari ini. Orang Munafiq tidak akan membiarkan orang Islam kekal memegang sesuatu jawatan, dan mereka akan berusaha untuk merampasnya kembali apabila mereka berkuasa.

Orang-orang munafiq ini akan sentiasa wujud pada setiap  zaman. Ciri-ciri yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran hanyalah merupakan ciri-ciri yang ada pada orang munafiq di zaman awal Islam. Ciri-ciri ini akan berulang di setiap zaman tetapi berbeza kaedah dan pendekatannya mengikut perkembangan zaman dan masa.

والله اعلم بالصواب

Thursday, August 04, 2011

Tazkirah Ramadhan : Wahai Orang-Orang Yang Beriman


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apabila kita memperkatakan tentang Bulan Ramadhan sukar untuk kita meninggalkan firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi :
 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan kamu akan menjadi orang-orang yang bertaqwa.

Sesungguhnya amat kasihnya Allah terhadap Umat Muhammad saw, dimana Allah telah membantu meringankan bebanan kita dalam melaksanakan ibadat puasa di Bulan Ramadhan ini. Dengan menyatakan mengenai perkongsian beban antara umat ini dan umat-umat terdahulu, telah mengurangkan tekanan perasaan bagi mereka yang mungkin menganggap ibadat puasa sebagai suatu ibadat yang amat berat.  Dari sudut teorinya, ibadat puasa adalah satu ibadat yang paling mudah untuk dilaksanakan.

Ulamak mengkategorikan ibadat kepada beberapa jenis iaitu Ibadat Badaniah iaitu ibadat yang memerlukan kekuatan fizikal untuk melaksanakannya seperti solat, membaca quran dan sebagainya.

Jenis kedua adalah Ibadat Maliah iaitu ibadat yang memerlukan kekuatan kewangan bagi melaksanakannya seperti zakat fitrah, sedeqah, waqaf dan sebagainya.

Manakala jenis ketiga adalah gabungan kedua-duanya iaitu seumpama ibadat Haji yang memerlukan kedua-duanya; kekuatan fizikal dan kekuatan kewangan.

Adapun puasa tidak mewakili mana-mana jenis yang disebutkan di atas. Puasa tidak memerlukan sebarang usaha fizikal mahupun kewangan. Ianya hanya sekadar meninggalkan segala-galanya. Tidak ada arahan untuk melakukan sesuatu perbuatan melainkan diminta mengurangkan segala perbuatan yang tidak baik dan perbuatan yang membatalkan puasa iaitu makan, minum dan bersetubuh. Tidak ada juga arahan untuk melafazkan sesuatu melainkan diminta meninggalkan sebarang perkataan yang tidak baik walaupun tidak membatalkan puasa.

Suatu perkara yang amat penting untuk kita berikan perhatian dalam ayat di atas adalah ungkapan Allah " يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا  " yang bermaksud 'wahai orang-orang yang beriman'.  Ini bermakna, perintah Allah untuk berpuasa di Bulan Ramadhan adalah khusus bagi orang-orang yang beriman semata-mata, tidak pada yang selainnya. Ini bermakna hanya orang-orang yang beriman sahajalah yang mampu melaksanakan ibadat puasa dengan jayanya dan haya orang-orang yang beriman sahajalah yang bakal menerima rahmat dan keberkatan Allah sepanjang Ramadhan ini. Persoalannya adakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang benar-benar beriman. Adakah keimanan kita terjejas akibat berbagai faktor yang boleh menjejaskan keimanan kita terhadap Allah.

Ciri-ciri orang yang beriman secara jelas diterangkan oleh Allah dalam Surah Al-Mukminun :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾
(1) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾
(2) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ﴿٣﴾
(3) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ﴿٤﴾
(4) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾
(5) Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
إِلاَّ عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾
(6) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَ‌ٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾
(7) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
وَالَّذِينَ هُمْ ِلأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿٨﴾
(8) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾
(9) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ﴿١٠﴾
(10) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿١١﴾
(11) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


Mudah-mudahan kita berjaya mengekalkan ciri-ciri orang yang beriman sepanjang Bulan Ramadhan ini agar kita layak untuk mencalonkan diri dalam perebutan mengejar kedudukan dan martabat taqwa di akhir Ramadhan nanti.

والله اعلم بالصواب

Khutbah: Ramadhan Untuk Orang yang Beriman

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
 
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Wahai hamba-hamba Allah!
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita sedang berada berada di Bulan Ramadhan yang merupakan satu tempoh masa ujian untuk kita mencapai anugerah taqwa. Allah menyatakan dalam ayat di atas bahawa ibadat puasa hanya dikhususkan dan diwajibkan kepada orang-orang yang beriman.  Ramadhan merupakan satu peluang bagi mengangkat martabat manusia daripada insan yang beriman kepada insan yang bertaqwa.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam usaha untuk mencapai martabat taqwa, Allah memberikan tawarannya hanya kepada orang-orang yang beriman. Tidak akan ada sebarang harapan bagi orang yang tidak beriman ataupun orang yang terjejas imannya untuk mencapai martabat taqwa. Malangnya terdapat berbagai ancaman terhadap kesucian aqidah umat Islam yang akan menyebabkan sebahagian kita akan terlepas peluang menjadi insan-insan yang bertaqwa. Seminggu sebelum kedatangan Ramadhan, Majlis Syiah Malaysia telah mengedarkan Memorandum mereka yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong kepada semua masjid di seluruh Negara. Kebanyakkan jawatankuasa masjid di negeri ini telah mengesahkan bahawa mereka telahpun menerima memorandum tersebut yang diposkan bersama dengan beberapa buah buku yang dikarang oleh mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...