Friday, October 12, 2012

Khutbah: Neraka Allah Tidak Akan Dapat Ditebus

  اَلْحَمْدُ ِ ٱللَّهِ الْقاَئِلِ :

قُلْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبْرَ‌ٰهِيمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ ﴿٨٤﴾ وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾  - آل عمران
اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللَّهُ اِتَّقُوْ اللَّهَ فَاِنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim dan lsmail dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam). Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. – Ali Imran ayat 84 -85.

Allah menerangkan dalam ayat di atas bahawa menjadi kewajipan kepada semua Umat Islam yang mengaku menjadi Umat Nabi Muhammad SAW agar beriman kepada Allah dan Al-Quran yang diturunkan kepada baginda serta beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi sebelumnya termasuk Ibrahim, lsmail, Ishak dan Yaakub, Musa, dan Isa serta para nabi yang telah diutuskan oleh Allah. Ini kerana Allah pernah tidak membeza-bezakan di antara mereka kerana kesemua mereka membawakan agama dan ajaran daripada Allah.

Maka celakalah nasib kita di Hari Akhirat kelak jika kita memilih selain Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Apakah kita pada hari ini benar-benar telah memilih cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup selain daripada Islam atau kita sendiri tidak mengetahui yang mana satukah cara hidup yang telah ditentukan oleh Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...