Tuesday, November 27, 2012

Konvensyen Fiqh Jenayah Syariah : Pemahaman Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

           Esok akan berlangsung In Sya Allah konvensyen di atas yang akan diadakan di Dewan Besar INTIM. Menganjurkan program seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya pasti mengundang berbagai tafsiran dan pandangan serong daripada orang politik malah para pembesar yang lebih berpolitik dari orang politik sendiri. Tambahan pula situasi masa kini amat genting disebabkan beberapa program yang seumpamanya oleh teman-teman di beberapa daerah telah mengundang berbagai kontroversi daripada tokoh politik kampung di daerah masing-masing. Alhamdulillah kesedaran dan komitmen pegawai-pegawai agama begitu membara untuk melengkapkan usaha-usaha penerangan kepada masyarakat mengenai kewajipan melaksanakan Syariat Allah. Kita tidak mahu ilmu yang ada hanya digunakan sekadar untuk menambahkan kekeliruan masyarakat dengan menambahkan senarai halangan dan kekangan bagi merealisikannya. Alhamdulillah, permintaan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama agar aku menyediakan kertas konsep perlaksanaannya telah berjaya aku siapkan. Akhirnya semua skop perbincangan yang aku cadangkan diterima tanpa bantahan.
 
            Untuk panduan perlaksanaan program seperti ini di masa-masa akan datang aku senaraikan beberapa strategi yang kami laksanakan bagi memastikan program ini terlaksana. Apa yang penting adalah pembentangan, perbahasan dan resolusi yang akan dicapai untuk disebarkan kepada seluruh masyarakat. Aku menyebutkan bahawa kalaupun peserta hanya ada 10 orang sahajapun, aku tetap menganggap program ini berjaya jika sekiranya kita berjaya menambahkan koleksi perbahasan dan penyelesaian terhadap segala kekhuatiran masyarakat melaksanakan Syariat Allah di bumi bertuah ini. Aku juga menyebutkan walau apapun yang terjadi program ini tetap akan berlangsung seperti yang dirancangkan walaupun terpaksa berpindah tempat ke dewan sekolah Cina dan sebagainya. 
 
Antara strategi yang kami laksanakan adalah :
 
1. Kerjasama dengan persatuan dan NGO bagi memastikan bahawa pihak penganjur bebas dari sebarang tekanan pihak atasan.
 
2. Merangka pelan pertukaran tempat jika sekiranya premis kerajaan tidak dapat digunakan.
 
3. Penyertaan adalah secara tertutup dan tidak diwar-warkan secara terang-terangan tanpa ada sebarang hebahan di media ataupun gantungan banner.  Jemputan hanya dibuat secara terus melalui organisasi yang terpilih.
 
4. Menggunakan tajuk konvensyen dan tajuk pembentangan dengan istilah umum tanpa istilah yang menarik sensitiviti para juhala' seperti Hukum Hudud dan sebagainya.
 
5. Menghighlightkan jawatan sampingan yang berteraskan ilmiah yang disandang oleh pembentang dan meninggalkan sebarang jawatan politiknya.
 
          Mudah-mudahan usaha yang sekecil ini akan berjalan dengan lancar dan akan menjadi sumbangan kepada usaha merealisasikan Syariat Allah di bumi bertuah ini.    

Sunday, November 04, 2012

Khutbah: Sedarilah Bahaya Syiah Nusairiyah


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلاَ فِي الأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٤﴾ - سورة القصص

اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.

اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :

 Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas segolongan dari mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia benar-benar melakukan kerosakan – Surah Al-Qassas ayat 4.

Muslimin yang dirahmati Allah,

        Di hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban yang lalu kita telah melihat bagaimana lembu atau kerbau atau mungkin unta yang disembelih untuk menyempurnakan ibadat qurban. Kita melihat bagaimana darah binatang sembelihan itu gugur ke bumi tanpa sebarang belas kasihan malah begitu teruja menantikan pengagihan tulang dan dagingnya. Namun apakah sama perasaan kita tatkala melihat saudara seagama kita disembelih dan dilapah hidup-hidup?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...