Thursday, January 29, 2009

Solat Subuh Seperti Jumaat




Walaupun amat sukar untuk melihat situasi Solat Subuh seperti Jumaat, namun ianya bukanlah satu perkara ganjil di Yayasan Darul Tauhid. Sebahagian daripada artis negara ini yang pernah menginap di Darul Jannah Cottages, Darul Tauhid. Dalam lawatan kami ke Bandung lepas juga kami bertemu dengan Nazrie, bekas vokalis Raihan.


Darul Tauhid adalah sebuah yayasan atau pasantren yang diasaskan oleh seorang ulama tersohor di Indonesia iaitu Abdullah Gymnastiar (AA Gym). Beliau mempunyai ribuan peminat walaupun agak terjejas akibat tindakannya berkahwin seorang lagi pada tahun lepas. Mungkin inilah sudut kegagalan beliau mendidik santri-santrinya wanitanya yang merangkumi isteri-isteri pembesar termasuk yang bukan Islam. Namun begitu terlalu banyak kejayaan beliau yang boleh dicontohi. Walaupun tidak sehebat Ashaari Muhammad,(dikatakan antara pembimbing beliau terutama dalam soal perniagaan), beliau boleh dikatakan sebagai Tuan Guru yang berjaya dengan beroperasinya berbagai bidang perniagaan seperti supermarket, restoran, chalet penginapan, travel agensi, rangkaian penyiaran radio dan tv serta bank perdagangan yang bernaung di bawah Darul Tauhid.




Kebanyakan penuntut yang kelihatan dalam solat Subuh sebelum kuliah yang dipancar secara langsung dalam siaran radionya, adalah mereka yang masih dalam lingkungan remaja dan belia. Pendekatan beliau yang mesra dan sederhana berjaya meyakinkan gabenor dan pihak berkuasa bagi membolehkan terdirinya Pasantren At-Taubah di kawasan pelacuran khusus bagi mendidik para pelacur agar kembali ke pangkal jalan.


Di negara ini juga tidak kurang mereka yang mempunyai daya tarikan seumpama beliau. Bezanya kita sering ditekan dan dipandang serong oleh pemerintah yang terlalu fobia dengan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam. Al-Arqam sendiri walaupun amat berjaya dalam bidang pentarbiahan hati dan perekonomian, namun diserang dan cuba dihancurkan sehingga ke akar umbi tanpa penekanan kepada pembaikan akidah dan amalan yang dikatakan salah dan menyalahi akidah. Di Kubang Semang misalnya kita ada Ustaz Mutalib yang mampu mendirikan hotel penginapan hanya dengan bantuan anak-anak murid beliau. Darussyifa' juga tidak kurang pengikut dan ahlinya di seluruh dunia walaupun belum ditumpukan kepada usaha memajukan ekonomi umat Islam.

Alangkah baiknya jika "Billionaire" dan "Millionaire" Muslim yang ada di negara ini tidak hanya membesarkan perut mereka dari masa ke semasa tanpa ada hala tuju bagi membawa bersama umat Islam ke tahap kehidupan yang sama.

Wednesday, January 28, 2009

Agamawan Berwawasan

Sebelum ini aku pernah mengikuti beberapa pakej pelancongan ke negara jiran iaitui Thailand dan Indonesia. Kedua buah negara ini amat dikenali sebagai negara yang tahap korupsinya begitu hebat sehingga dilakukan oleh penjawat awam secara terbuka. Pengalaman bersama beberapa agensi pelancungan sebelum ini menyebabkan aku sedikit fobia untuk mengetuai rombongan. Bukan sahaja bayaran yang agak mahal, malah dibebani dengan berbagai tips yang terpaksa diberi termasuk pemandu pelancung dan pemandu bas. Namun ini tidak berlaku sepanjang perjalanan lalu bersama teman-teman di Kuala Kangsar. Pakej 4 hari 3 malam ke Jakarta-Bandung kelmarin dirasakan amat berpatutan di samping layanan yang amat menyenangkan. Beberapa kelebihan Darul Mubarak Travel & Tours, yang diketuai oleh Ustaz Hj. Muhammad Ismi Bin Hj. Mat Taib, ustaz muda lulusan BA (Hons) Arabic University of Jordan dan MA Usuluddin Universiti Malaya ini adalah :
a. Beliau sendiri menjadi pengiring merangkap pemandu pelancong yang menghilangkan rasa kekok di kalangan kami.
b. Tidak ada ruang dan informasi di sediakan bagi menjelajahi ke tempat maksiat.
c. Penginapan dan tempat ziarah yang disediakan seolah-olah sebagai satu usaha dakwah bagi mendekatkan diri kepada tuhan.
d. Tidak terdapat sebarang kos tersembunyi kerana ketelusan menjadi teras dalam menawarkan perkhidmatan.
e. Tidak membenarkan sebarang tuntutan kewangan daripada pihak lain samada pemandu pelancung tempatan, pemandu bas dan sebagainya.
f. Membantu apa sahaja keperluan peserta yang munasabah termasuk menjadi money changer dan sebagainya.
Terlalu sukar untuk disenaraikan secara jelas keistimewaan perkhidmatan yang diberikan kecuali bagi mereka yang telah melaluinya dan merasakan perbezaannya. Semoga Darul Mubarak Travel & Tours akan terus berkembang sehingga mampu menjadi pilihan setiap rakyat Perak khususnya dalam industri yang berkembang pesat ini.

Friday, January 23, 2009

Apa salahnya Bagi Tanah pada Cina

Adakah golongan Ansar mengkhianati bangsa dengan dengan memberikan tanah kepada golongan Muhajirian. Bonekakah mereka kerana menyerahkan kuasa kepada Rasulullah saw, pendatang yang bukan Aus, bukan Khazraj..........

Bodoh Sombong atau Sombong Bodoh

Adab apabila masuk ke suatu tempat yang baru hendaklah kita berta'aruf. Walaupun kita rasa kita pandai tapi kita tetap jahil tentang suasana di situ. Pengalaman mereka yang lama di situ jauh lebih berharga daripada kepandaian yang kita ada. Maka belajarlah daripada pengalaman mereka agar kepandaian yang kita ada dapat digunakan dengan sewajarnya.

Tuesday, January 20, 2009

Agensi Persekutuan Tidak Iktiraf Tandatangan Pengerusi JKKK

IPOH, 20 Jan (Bernama) -- Semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang telah diarah untuk tidak lagi menerima dan mengiktiraf sokongan dan pengesahan daripada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri yang berkenaan.Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan kini akan hanya menerima borang-borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan yang ditandatangani dan disahkan oleh pengerusi JKKK Persekutuan (JKKKP) yang dilantik kerajaan persekutuan."Dan saya telah mengarahkan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak agar mematuhi arahan ini yang berkuatkuasa serta-merta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak di sini, Selasa.Bagaimanapun, katanya, arahan itu tidak terpakai terhadap mana-mana permohonan atau urusan di jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri ini yang dikemukakan sebelum hari ini.Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata semua ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak juga dilarang daripada menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri."Mesyuarat yang dianjurkan kerajaan negeri hanya dihadiri oleh ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri sahaja. Arahan itu saya sudah keluarkan lama dan ini adalah langkah serta-merta kerana sebarang kehadiran ke majlis-majlis mesyuarat anjuran kerajaan negeri di peringkat negeri dan peringkat daerah, maka tindakan tatatertib akan dilakukan kepada ketua jabatan dan ketua agensi kerajaan persekutuan yang menghadiri mesyuarat berkenaan," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata bagi ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang mempunyai tugas gunasama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis adalah dikecualikan dengan larangan berkenaan.-- BERNAMA
Inilah bukti betapa "Jakun" nya kerajaan persekutuan yang sedang memimpin kita pada hari ini. Semua keputusan yang dibuat seolah-olah kita masih di zaman koboi yang langsung tidak mempunyai sebarng undang-undang. Yang lebih menghairankan arahan di atas keluar daripada menteri yang kononnya berlatar belakangkan pengetahuan agama (hakikatnya entah setakat mana). Apa logiknya larangan bekerjasama dengan negeri yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Kalau Perlembagaan Persekutuanpun sudah tak dihormati, maka eloklah dibuat keputusan agar semua parti pembangkang diharamkan. Nampaknya keutamaan rakyat bagi mereka tidaklah sepenting kepentingan politik mereka.
Sepatutnya Kerajaan Negerilah yang wajar tidak mengiktiraf JKKP kerana ianya diwujudkan setelah berpuluh tahun wujudnya jawatan JKKK. Namun sikap berlembut Kerajaan Negeri tidaklah menguatkuasakan sepenuhnya arahan tersebut walaupun kita terpaksa berurusan dengan pemecah belah masyarakat kampung. Bagaimanalah mereka akan bersoal jawab di hadapan Allah nanti mengenai berbagai pembaziran sumber dan penggunaan wang rakyat pada perkara yang tidak perlu seperti ini.
Mungkin inilah caranya Allah memakbul doa Umat Islam selama ini agar memperlihatkan kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan. Mereka seolah-olah dibutakan mata hati mereka bagi menonjolkan kebodohan mereka di hadapan rakyat sehingga akhirnya nanti mereka sendiri terpaksa mengakui bahawa mereka amat layak untuk ditolak oleh rakyat seluruhnya.

Saturday, January 17, 2009

Confirm Bodoh

Dua orang kaya berbincang tentang kebodohan pemandu mereka . Orang kaya I mengeluh : " Pemandu aku ini bodoh sangat. Cuba lihat nie.Terus dia memanggil pemandunya. "Mat, ini 10 ringgit, pergi belikan aku motor satu. Mat terus menjawab dengan sopan," Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus menuju ke kedai motor. Orang kaya II berkata : " Pemandu aku lagi teruk dari itu". Terus orang kaya II memanggil pemandunya Din . "Din, balik ke rumah , cuba tengok aku ada kat rumah ke tidak ? Kata Din : " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke balik ke rumah tuannya.

Thursday, January 15, 2009

Pendaftaran Anak Ke SERATA


Sukar nak menggambarkan perasaan kami ketika meninggalkan anak sulung kami di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh tadi. Walaupun sekolah itu tidaklah dikira jauh, namun tidak selalu kami bermalam tanpanya di rumah ini. Tidak sebagaimana anak orang lain, anak kami tidak pernah mahu bermalam di rumah orang lain walaupun di rumah opah dan atoknya di kampung. Jauh di sudut hati, aku mengharapkan agar aku dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata agar mudah dikawal akhlak dan pergaulannya. Kalaulah tidak kerana desakan ibunya, atau kerana malam dengan kehairanan teman-teman kerana anak pegawai di JAIPk tak dapat tempat di sekolah sendiri, maka pasti dia masih berulang-alik ke Sekolah Al-Hidayah. Juga aku pasrah dengan keadaan ku yang sentiasa diburu kesibukan hingga sering gagal bersama keluarga baik siang mahupun malam. Usaha yang mampu kubuat hanyalah sekadar melayangkan sekeping surat rayuan ringkas kepada KPP Penyelidikan dengan harapan agar pertimbangan akan dibuat oleh Pengarah sekarang, bukan mantan yang boleh dijangkakan keputusannya. Aku tidak sangat berbakat untuk melobi bagi diri sendiri mahupun keluarga sendiri. Aku hanya mencadangkan kepada pengarah agar memberikan sedikit kelonggaran atau keistimewaan buat anak-anak semua kakitangan. Ibarat kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli, ketika kami mengadu mengenai tanah yang diboloti oleh kakitangan Pejabat Tanah, ; kalau bekerja di kilang ais krim maka mudahlah makan aiskrim.

S.F. Ustaz Chu Bakhir, Pengetua SERATA, dalam taklimatnya menyebutkan mengenai jumlah kemasukan yang ramai berbanding tahun sebelumnya. Biasanya di kalangan 160 orang calon yang di tawarkan hanya sekitar 120 orang sahaj yang melapor diri, selain daripada yang hanya bertahan sepetang atau sehari. Sekolah ini biasa dijadikan persinggahan sebelum melangkahkan kaki ke Sekolah Sains atau MARA. Ramai antara kita menganggap ilmu agama hanya hiasan tanpa jaminan masa hadapan. Namun hakikat yang sering kita lupa, berbeza dengan bidang selainnya, belum ada pengangguran di kalangan sarjana agama. Kalaupun tidak diperlukan di jabatan kerajaan atau swasta, orang ramai tetap memerlukan ilmu agama.

Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada pembentukan peribadi mulia bagi anakanda, Nur Izzah Insyyirah. Tuntutlah ilmu agar menjadi insan yang sejati. Beribadatlah agar sifat taqwa tersemat di hati. Kuatkanlah keazaman agar segala cabaran mampu diharungi. Tambahlah pengalaman bergaul dengan teman-teman serta hidup berdikari. Mak dan ayah serta adik-adik yang disayangi sentiasa berdoa dan sabar menanti. Kepulanganmu nanti akan kami tunggu sebagai pulangnya seorang "Serikandi".

ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB. Drs. Khalil Idham Lim yang telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Berikut adalah hasil siasatan beliau mengenai konspirasi penipuan BN dengan TV3 yang menjadi bahan sebaran SMS di Negeri Perak ini. Sesungguhnya kebatilan pasti akan terhapus jua akhirnya :

Wednesday, January 14, 2009

Hukuman sebat kepada peminum arak

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan semalam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak. Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan tersebut pada tahun lalu. Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada 11 Julai lalu, pukul 11.37 malam. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu. Sementara itu, Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut, pukul 1.20 pagi pada 12 Julai tahun lalu. Kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Isu hukuman sebat kepada peminum arak telah lama menjadi perbincangan di kalangan pengamal undang-undang Syariah. Antara isu yang ditimbulkan adalah bilangan maksima 6 sebatan yang boleh dikenakan terlalu jauh dengan jumlah yang ditetapkan oleh Allah. Namun secara dasarnya, walau berapapun jumlah yang boleh dijatuhkan ianya wajib dilaksanakan kerana itulah kemampuan Mahkamah Syariah. Baki yang diluar bidangkuasa yang diberikan maka tinggalkanlah kepada penggubal dan mereka yang meluluskan undang-undang menanggung dosanya. Kaedah Feqah menyebutkan; apa yang tidak mampu dilakukan semuanya maka janganlah ditinggalkan kesemuanya.

Persoalan yang lebih besar adalah dari sudut kaedah perlaksanaan sebatan yang dilakukan oleh pihak penjara yang amat jauh tersasar daripada panduan Al-Quran. 6 sebatan yang dilaksanakan pada hari ini jauh lebih menyiksakan berbanding 100 sebatan mengikut sunnah. Matlamat pengajaran dan pendidikan di sebalik sebatan mengikut Al-Quran hanya tinggal penyiksaan tanpa pengajaran kepada awam. Inilah yang menyebabkan kebanyakan mufti dan Mahkamah Syariah kurang terpanggil untuk menggalakkan sabitan hukuman sebat kepada pesalah jenayah Syariah. Maka kesannya kesalahan jenayah Syariah tidak sangat menggerunkan kebanyakan Umat Islam.

Oleh yang demikian, persoalan yang perlu kita fikirkan adalah sejauh mana usaha kita, sebagai Umat Islam, pegawai-pegawai agama, Pegawai-pegawai penjara, para Hakim dan Peguam serta semua yang terlibat, bagi meng"Islamik"kan perlaksanaan hukuman sebat di penjara. Atau perlukah kita mengusahakan pusat perlaksanaan hukuman sebat berlandaskan Syariat Allah berasingan daripada pusat perlaksanaan hukuman sebat di penjara.

Sunday, January 11, 2009

Runtuhan Perak Cave Temple

IPOH, 11 Jan (Bernama) -- Dua pengunjung parah manakala seorang lagi mangsa yang merupakan pengawal tokong dipercayai masih tertimbus dalam bongkahan batu akibat runtuhan batu kapur dalam Perak Cave Temple di Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.Dalam kejadian pada 3.15 petang itu, 16 pengunjung tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan menerusi laluan alternatif di bahagian luar gua berkenaan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.Kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu patah kaki dan seorang daripadanya turut mengalami pendarahan serius.Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pada masa ini, operasi menyelamat pengawal tokong itu dihentikan sementara bagi menunggu unit anjing pengesan Polis Diraja Malaysia dari ibu negara."Operasi terpaksa dihentikan kerana banyak risiko besar serta terdapat retakan. Operasi itu terpaksa menunggu anjing pengesan dari Kuala Lumpur bagi mengesan sama ada masih terdapat mangsa di bawah runtuhan itu... dipercayai seorang pengawal terperangkap kerana motosikalnya masih ada di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian.Dalam kejadian itu, kesemua mangsa mengunjungi tokong berusia lebih 40 tahun itu yang terletak dalam gua batu kapur yang merupakan antara tarikan pelancongan di sini.Ketika runtuhan berlaku dalam tokong itu, kesemua mereka sedang menaiki tangga yang menjadi laluan ke bahagian atas gua berkenaan. Ekoran runtuhan itu jambatan dan tangga yang menghubungkan laluan itu turut ranap.Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak bomba oleh seorang pengunjung pada 3.23 petang melalui telefon bimbit miliknya dan pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa pertama pada 4.50 petang.Mohammad Nizar berkata penyiasatan dan kajian terhadap kejadian itu akan diketuai oleh Pengarah Jabatan Mineral dan Geologi dan dibantu bomba serta pengurusan tokong.Beliau berkata pengurusan Perak Cave Temple diarah supaya menutup kawasan berkenaan kepada pengunjung sehingga tarikh yang ditetapkan kemudian.Difahamkan, kejadian ini kali pertama berlaku di tokong berkenaan sejak dibina lebih 40 tahun lepas manakala runtuhan tokong dalam gua batu kapur di Perak direkodkan berlaku pada 1973 yang mengorbankan 27 orang di Gunung Cheruh di sini.-- BERNAMA

Serangan Hacker Terhadap Israel

"Dalam keghairahan tentera-tentera Israel menyerang dan meratah penduduk-penduduk Palestin dengan bom, roket dan sebagainya dalam masa yang sama hacker-hacker dari seluruh dunia juga turut serta melancarkan serangan secara beramai-ramai melalui laman maya. Dikatakan 10,000 laman-laman Israel telah dirosakkan. Banyak daripada laman-laman Israel telah diletakkan dengan video-video, foto-foto dan slogan-slogan yang mengatakan tentang keburukan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel." - ( Petikan daripada- http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1375)

Kalaulah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam petikan dia atas maka sebagai Umat Islam kita harus meletakkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt. Ini menunjukkan bahawa masih ada di kalangan kita yang mampu menggunakan hikmah atau kebijaksanaan dalam menghadapi situasi yang mendatang. Kebanyakan kita memahami istilah hikmah sebagai bijaksana yang diterjemahkan dengan lemah lembut dan bersopan santun. Ini adalah kesilapan yang menyebabkan Umat Islam dilihat sebagai umat yang boleh diperlakukan semahunya.

Thursday, January 08, 2009

Bacaan Qunut Nazilah

Apabila berlaku peperangan dan menganiayaan terhadap Islam maka akan timbullah isu qunut Nazilah di kalangan imam-imam. Biasanya pekeling daripada pihak berkuasa negeri atau pusat dikeluarkan kepada masjid-masjid agar diadakan qunut nazilah pada setiap solat fardhu atau solat Subuh. Maka timbullah beberapa masalah disebabkan berbagai faktor yang membayangkan kelemahan umat Islam itu sendiri. Ketika anjing-anjing Yahudi mengganyang Umat Islam di Palesti dengan berbagai kelengkapan perang, kita masih di peringkat terkial-kial untuk bermunajat. Lemahnya kita yang bukan sahaja tidak mampu untuk mengangkat senjata, namun terlalu lemah untuk memanjatkan doa kepada Allah dengan kaedah yang sempurna.

Wednesday, January 07, 2009

Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin

Kerajaan negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI’Y) akan menganjurkan Hari Bersama Palestine yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh pada JUMAAT 9 Januari 2009. Pelancarannya pada jam 8.00 malam akan dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Objektif penganjuran adalah :
  • Menyedar serta membetulkan persepsi masyarakat terhadap isu Palestine.
  • Menuntut penyelesaian terhadap perlanggaran hak asasi kemanusiaan di Palestine.
  • Mewujudkan rangkaian dari parti politik, Ng0’s dan tokoh dari seluruh dunia untuk memperjuangkan isu Palestin.

Kemuncak acaranya nanti ialah pelancaran RM1 juta Dana Perak Untuk Palestin. Mampukah kita mengutip dana sebanyak itu pada malam tersebut? Tentulah tidak kalau kita yang datang hanya berlenggang –lenggang sahaja. Kalaulah di kalangan kita ada orang seperti ‘dia’ yang pikul duit berkilo-kilo di Australia, tentu kerja mengutip dana sebanyak itu akan lebih mudah. Tapi kalau difikirkan duit macam itu tidak berkat , apa gunanya!…biarlah ikhlas dan bersih semampu yang kita ada! Apa lagi? Jangan lupa – datang jangan berlenggang! sahaja! Kita mesti jayakan program tersebut! Kita bukan nak kutip satu juta Rupiah tau!

Sumber asal : http://alhusseyn51.blogspot.com

Sunday, January 04, 2009

Pesan Buat Anak Cucu

Friday, January 02, 2009

Khutbah: Palestin

: اَلْحَمْدُ لِلّهِ القائل

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ - سورة الحجرات: 10
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Sidang Jumaat yang saya hormati,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan kita menggunakan segala nikmat yang telah, sedang dan akan kita nikmati ini bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Janganlah kita gunakan segala nikmat yang dianugerahkan itu di jalan yang dimurkai oleh Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Tuhan Yang Maha berkuasa menarik semula segala kenikmatan itu sekelip mata.

Saudara-saudara sekelian ,

`Nakbah’ mungkin merupakan satu istilah yang agak asing bagi sebahagian rakyat Negara ini melainkan bagi mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam sedunia terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas berlakunya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan tipu daya penjajah British dengan restu PBB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...