Thursday, February 05, 2015

Khutbah : KONSEP PENDIDIKAN DALAM SEBATAN


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

اَلرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (النساء:34)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana mereka (kaum lelaki) telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريِكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan benar-benar sebagai seorang Islam yang sebenar. Janganlah kita mati sebagai seorang munafiq, sebagai seorang yang berpura-pura beriman atau sebagai seorang yang kelihatannya taat kepada Allah tetapi hakikatnya sentiasa memusuhi perintah Allah.

 

Muslimin yang dirahmati Allah,

Ayat yang dibacakan tadi adalah garis panduan pendidikan yang ditetapkan oleh Allah dalam sistem hidup berumahtangga. Allah mewajibkan bagi setiap suami agar mendidik isteri-isteri mereka dan Allah telah menggariskan 3 tahap pendidikan iaitu : menasihati mereka, pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Begitulah indahnya Syariat Islam jika dilihat dari kacamata iman dan taqwa. Islam tidak hanya mementingkan kasih sayang dengan kaedah nasihat secara lemah lembut, malah menunjukkan ketegasan melalui kaedah pengguguran nafqah batin dan akhirnya Islam memastikan keberkesanan pencegahan melalui kaedah kekerasan oleh pihak yang mempunyai kuasa melaksanakannya. Islam tidak hanya berpada dengan kononnya konsep kasih sayang sehingga membiarkan maksiat berleluasa.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Bagi mereka yang berpenyakit hatinya, mereka melihat hukuman sebat dan rotan ini sebagai penggalak kepada aktiviti keganasan dan kezaliman kepada hukum. Mereka gagal melihat kasih sayang di sebalik ketegasan Islam mensyariatkan hukuman sebat atau rotan sebagai kaedah yang terakhir. Ini menjadikan mereka menentang dan cuba mengharamkan hukuman sebat dilaksanakan walaupun keberkesanannya telah terbukti zaman berzaman. Ada juga yang menentang hukuman rotan ini dengan bahasa yang kelihatannya lebih Islamik dengan mengatakan bahawa rotan bukanlah budaya Islam dan bukan merupakan penentu kepada kejayaan tarbiyyah dalam Islam. Mereka menggambarkan bahawa hukuman ini hanya mencemarkan imej Islam di arena antarabangsa.

 
Muslimin yang dirahmati Allah,

          Islam tidak pernah mempromosikan hukuman rotan apatahlagi keganasan. Namun Islam menjadikan hukuman rotan sebagai langkah terakhir yang amat berkesan bagi menghapuskan kemungkaran. Islam memulakan sistem pentarbiahan anak-anak dengan mengakhirkannya dengan hukuman rotan. Sabda Rasulullah saw:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا حَرْمَلَةُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ الْجُهَنِيُّ عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلاَةَ اِبْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرِ – سنن الترمذي

Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda “Ajarkanlah kanak-kanak melakukan Solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun.”

 

Muslimin yang dirahmati Allah,

          Pentarbiahan Rabbani yang diajarkan oleh Allah ini tidak hanya terhenti setakat anak-anak. Allah turut mengajar manusia dewasa yang gagal mematuhi kehendaknya dan melakukan kesalahan besar terhadapnya dengan hukuman rotan. Firman Allah swt :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (النور:2)

Bermaksud: “Penzina perempuan dan penzina lelaki maka sebatlah setiap seorang dari mereka dengan 100 sebatan. Dan jangan kamu menyimpan perasaan simpati dalam menjalankan Hukum Allah, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Dan hendaklah disaksikan pelaksanaannya oleh sekumpulan mereka yang beriman.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


KHUTBAH KEDUA

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿٢١٦﴾

Bermaksud : “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”  (Al-Baqarah ayat 216)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريِكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله.

اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat sekelian,

Dalam kehidupan kita ada banyak perkara yang kita tidak menyukainya sedangkan Allah menjadikannya yang terbaik untuk kita, Ada banyak perkara yang kita amat menyukainya sedangkan Allah menjadikannya begitu banyak keburukan padanya. Jangan hanya kerana sikap melampau sebahagian kecil manusia yang menyalahgunakan hak merotan ini, sehingga menyebabkan kita mengharamkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Sebagai sebuah bangsa yang merdeka lagi berdaulat, tidak perlu kita tunduk kepada desakan antarabangsa yang sentiasa berusaha untuk mengharamkan hukuman rotan di seluruh dunia. Bukan setakat hukuman ini, malah apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam akan cuba dihapuskan oleh mereka dengan pelbagai helah dan tipudaya. Andaikata bangsa kita tewas suatu masa nanti, sehingga kita menjadi pak turut kepada barat dengan menjadikan hukuman rotan sebagai satu jenayah, maka berpegang teguhlah kita terhadap ketetapan Islam. Ibu bapa dan suami yang dimasukkan ke dalam penjara kerana mendidik isteri dan anak-anak daripada menderhakai Allah, jauh lebih mulia daripada mereka yang membiarkan zuriat mereka memasuki neraka akibat keengganan mereka menghukum anak dan isteri mereka.

اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ. اَللّهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ وَالسَّكِينَةَ وَالسَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ وأَنْ تَشْمَلَ بِعِنَايَتِكَ وَتَوْفِيقِكَ سلطان  نزرين مُعِزُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شَاه اَلْمَغْفُوْرُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.

 اَللهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ عَلَى السَّلاَطِيْنِ الْكِرَامِ وَجَمِيْعِ وُلاَةِ الْمُسْلِمِيْنَ الْعِظَامِ الَّذِيْنَ قَضَوْا بِالْحَقِّ وَبِهِ كَانُوْا يَعْدِلُوْنَ. اللهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلاءِ وَيَا كَاشِفَ الوَبَاءِ ، إِصْرِفْ عَنَّا البَلاَءَ وَالوَبَاءَ وَالأَمْرَاضَ وَالأَسْقَامَ وَالفِتَنَ وَالِمحَنَ ، وَأَزِلَّ عَنَّا وَعَنْهُمُ الشُّكُوْكَ وَالأَوْهَامَ بِمَنِّكَ وَكَرَمِكَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وصلَّى الله على سيدنا محمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ . وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Friday, January 23, 2015

Khutbah : “ISLAM DIHINA LAGI”


اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ:

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ – الأنعام : ۱۰

Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. – Surah Al-An’am : 10

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،  

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، 

أَمَّا بَعْدُ.. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kita mati melainkan kita benar-benar menjadi seorang Muslim yang beriman dan bertaqwa.

Tuan-tuan yang saya kasihi sekalian,

Dunia masih lagi segar dengan perbincangan mengenai isu keganasan terutamanya berkaitan kes serangan ke atas akhbar mingguan  Perancis, Charlie Hebdo, yang dilakukan sebagai balasan terhadap perbuatan keji mereka yang berterusan melakukan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad saw. Walaubagaimanapun segala kutukan dan perbincangan hanya tertumpu terhadap serangan tersebut, tanpa menunjukkan perhatian yang serius terhadap sikap akhbar tersebut yang berterusan melakukan perkara keji tersebut samada sebelum serangan malah  selepas serangan itu terjadi. Inilah bezanya kaedah yang digunakan oleh Islam berbanding kaedah barat dalam menyelesaikan masalah yang sebegini mudah.

Apakah cerdiknya ibu bapa yang hanya menghukum anak yang memukul adik beradiknya setelah dia diganggu dengan berbagai gangguan. Dalam masa yang sama ibu bapa itu membiarkan sahaja perbuatan anak mereka yang mengganggu adik mereka. Ini menjadikan situasi semakin lama semakin parah kerana mereka akan membesar dengan sikap suka mengganggu orang lain sedangkan anak yang membalas hanya terlebih sedikit dalam membalas  di samping membela diri daripada gangguan orang lain.
 
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

          Walaupun tinggal di sebuah negara maju, masih ada lagi sekelompok manusia yang tidak bertamadun dan tidak layak hidup di kalangan masyarakat manusia. Kelompok yang hanya melaungkan hak asasi manusia untuk hidup sebebas-bebasnya bertindak dan berkata-kata tanpa memikirkan kesannya. Golongan ini tidak pernah mempedulikan kesan buruk daripada tindakan dan kata-kata mereka serta bahayanya kepada masyarakat, apabila ianya merosakkan perasaan orang lain dan menghuru-harakan masyarakat seluruhnya. Golongan seperti ini jika dihimpunkan bersama haiwan-haiwan ternakan sekalipun, pasti mereka akan merosakkan ketenangan masyarakat haiwan tersebut akibat kejahatan hati dan mulut busuk mereka. Firman Allah swt :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَ يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ – الأعراف: 179

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Muslimin yang dirahmati Allah,

          Di sinilah pentingnya peranan pemerintah dalam memastikan seluruh rakyatnya menghayati akhlak dan adab kesopanan yang bersesuaian dengan kehidupan bermasyarakat yang bertamadun. Pejuang hak asasi songsang ini antaranya mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab menjaga adab dan akhlak rakyatnya dan rakyat bebas berbuat apa sahaja walaupun menjejaskan hak orang lain. Di sinilah puncanya bahaya dan ancaman keselamatan yang sepatutnya bukan sahaja perlu ditangani oleh pihak berkuasa agama semata-mata malah ianya menjadi tanggungjawab pihak keselamatan bagi membenteras fahaman extreme dan melampau seperti ini.

 Sidang Jumaat sekelian,

          Jauh sangat bezanya kaedah Islam menyelesaikan masalah dengan dengan kaedah barat melakukannya. Namun malangnya kaedah barat jugalah yang digunakan oleh negara-negara Islam sehingga akhirnya mereka hanya menjadi pak turut barat dalam menganiaya ummat Islam. Sekian lama barat hanya menumpukan kepada usaha mengekang keganasan, sedangkan keganasan hanya ditakrifkan menurut kaca mata mereka. Mereka bebas memerangi, menceroboh dan merampas hasil mahsul bumi umat Islam, sedangkan para pejuang yang mempertahankan negara Islam dicemuh sebagai pengganas.  Inilah punca sebenar segala masalah peperangan dan keganasan yang berlanjutan pada hari ini.  Negara barat yang banyak melakukan keganasan dan menindas negara Islam malah menjadi pendokong kuat keganasan Zionis Israel mengganyang rakyat Palestin masih dibiarkan berterusan tanpa ada sekatan. Begitu mudah mereka memperbodohkan pemimpin-pemimpin negara Islam agar menyelesaikan masalah mereka agar mereka boleh mengganas ke atas negara Umat Islam selama-lamanya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Yakinlah bahawa isu keganasan ini hanya mampu diselesaikan melalui kaedah Islam, bukan kaedah barat. Selama mana dunia asyik membincangkan tindak balas pihak yang tertindas maka masalah ini tidak akan selesai selama-lamanya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
  

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :


 وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ

Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu. – Ar-Ra’du : 23

 
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

           Pejuang hak asasi songsang seperti ini begitu cepat menular sehingga merebak ke negara kita. Mereka yang berselindung atas nama Badan-Badan Bukan Kerajaan dan memaparkan kelemahan-kelemahan dan kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, lalu menonjolkan hak asasi sebagai jalan penyelesaian. Malangnya, hak asasi yang mereka perjuangkan adalah hak asasi yang melampaui batas dan melanggar tata susila keagamaan dan budaya bangsa yang selama ini begitu harmoni diamalkan. Sebelum mereka memusnahkan kerukunan hidup bermasyarakat, kesan buruk yang terawal adalah Islam. Maka sebelum budaya bangsa runtuh kerana mereka cara hidup Islam yang syumul menjadi sasaran. Maka kita melihat begitu banyak usaha golongan seperti ini menentang apa sahaja penerapan ajaran Islam dalam pentadbiran kerajaan dan kehidupan bermasyarakat. Mereka tanpa segan silu memusuhi apa sahaja yang diusahakan oleh para ulamak dan pendokong Islam walaupun sebahagian dari mereka turut menggunakan nama Islam pada pertubuhan mereka. Maka marilah kita sedarkan masyarakat agar menjauhi dan memusnahkan gerakan mereka sehingga ke akar umbi sebelum mereka memusnahkan Islam dari negara tercinta ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلَادِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...