Showing posts with label Khutbah Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Tarbiyah. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Khutbah: Taqwa Sebaik Bekalan Dunia Dan Akhirat

الحمد لله القائل :
 وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَاأُولِي الأَلْبَابِ

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.


Sidang Jumaat Sekalian,

Marilah kita bersama-sama menyediakan bekalan taqwa sebagaimana Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang dibacakan sebentar tadi. Taqwa bukan sahaja sebaik-baik bekalan di akhirat tetapi juga sebaik-baik bekalan di dunia.


Sidang Jumaat Sekalian,

Kita sering diperingatkan agar menyediakan bekalan bagi menempuh hari akhirat. Walau bagaimanapun kesemua pesanan dan peringatan itu adalah sama ataupun mempunyai maksud yang sama dan tidak lari daripada menyuruh kita menyediakan bekalan taqwa bagi menyelamatkan kehidupan kita di akhirat. Namun peringatan berkenaan bekalan di dunia berbeza-beza di antara kita.

Kita pernah diperingatkan agar menjadi bekalan pelajaran supaya lulus dalam peperiksaan yang boleh menjamin masa depan kita dengan sijil yang diperolehi. Kita pernah diperingatkan agar mencari bekalan kesihatan tubuh badan supaya tidak menderita di kemudian hari. Kita pernah diperingatkan agar mencari bekalan wang dan kekayaan supaya tidak,terpinggir dari arus persaingan hidup yang penuh dengan tuntutan kebendaan ini. Pernah kita diperingatkan agar menjadi bekalan perpaduan agar kita tidak menjadi lemah ditindas oleh bangsa lain. Maka kita jarang diperingatkan bahawa sebaik-baik bekalan di dunia ini adalah taqwa. Maka kebanyakan kita menyangka bahawa taqwa hanyalah sebaik-baik bekalan di akhirat sahaja dan bukan sebaik-baik bekalan di dunia ini.

Friday, February 04, 2011

Khutbah: Mencari Kemapunan Allah (Ali Imran: 133-136)

الْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣) ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٣٤) وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (١٣٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (١٣٦)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.


اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.


 Ayat yang dibacakan sebentar tadi bermaksud :

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.



Sidang Jumaat Sekelian,

Ayat di atas membuat tawaran kepada orang-orang yang bertaqwa untuk mendapatkan keampunanNya dan memasuki syurga yang telahpun disediakan khusus untuk mereka. yang luasnya seluas langit dan bumi yang pastinya akan memadai untuk manusia yang sentiasa mengejar dan mengumpulkan kemewahan dunia. Sifat tamak manusia terhadap dunia ini telahpun dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al-Takatsur ayat 1-2 :

أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ (١) حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ (٢

Bermegah-megahan (Dengan kenikmatan dunia) telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...