Friday, February 27, 2009

PROGRAM HALAL FEST 2009 SEMPENA SEMPENA PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN MAJLIS TILAWAH HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH

MASA

PROGRAM

TEMPAT

6 MAC 2009

JUMAAT

3.00 PTG

9.00 MLM

LOADING BARANG BERMULA EKSPO

PAMERAN AGENSI KERAJAAN

KONSERT NASYID AMY SEARCH DAN KUMPULAN RABBANI

DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM

- SDA -

DEWAN SERBAGUNA SAIDINA ABU BAKAR INTIM

7 MAC 2009

SABTU

8.00 PG

9.00 PG

2.30 PTG

9.00 MLM

EKSPO BERSAMBUNG

PAMERAN AGENSI KERAJAAN

CERAMAH

KONSEP PERUBATAN MENURUT ISLAM

CERAMAH “PERUBATAN SIHIR DAN SANTAU

PERTANDINGAN MELUKIS, KHAT DAN MEWARNA (KANAK-KANAK)

PERASMIAN MAJLIS TILAWAH HAFAZAN PERINGKAT NEGERI PERAK

DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM

- SDA -

DEWAN AUDITORIUM SAIDINA OMAR

- SDA -

DEWAN SERBAGUNA SAIDINA ABU BAKAR INTIM

8 MAC 2009

AHAD

8.00 PG

9.00 PG HINGGA

1.00 PTG

5.00 PTG

EKSPO BERSAMBUNG

PAMERAN AGENSI KERAJAAN

PERTANDINGAN MENYUMPIT ALA MELAYU

PERTANDINGAN SEPAK RAGA RATUS

PERSEMBAHAN SILAT GAYUNG MALAYSIA

KLINIK MOTOSIKAL (BERSAMA WAZI ABD HAMID)

TEMPUR TANPA SENJATA (POLIS GERAKAN AM

DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM

- SDA –

KAWASAN LAPANG / JALAN KE TAMAN CEMPAKA

- SDA –

- SDA –

- SDA –

- SDA –

9 MAC 2009

ISNIN

8.00 PG

9.00 PG

EKSPO BERSAMBUNG

PAMERAN AGENSI KERAJAAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2009.

DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM

- SDA –

DEWAN SERBAGUNA SAIDINA ABU BAKAR INTIM

Tahniah Atas Kenaikan Kadar Tol

KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tolitu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). "Bagi Plus, kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus( Lebuhraya E1 dan E2) akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen sekilometer bagi kenderaan Kelas 1, bagaimanapun kenaikan itu tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.Beliau berkata, Sprint-Kerinchi dan Damansara Link, kadar tol dinaikkan antara 30 sen dan 50 sen bagi kenderaan kelas satu manakala bagi Akleh, kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1."Kadar tol di Lebuhraya Besraya dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1 dan bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines berikutan Plaza Tol Salak Jaya ditutup pada 24 Februari lalu.Sementara itu bagi Lebuhraya NPE pula, kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kelas kenderaan yang sama," katanya. - Bernama

Thursday, February 26, 2009

Hasil Kerja Boneka DAP




Tuesday, February 24, 2009

Patutlah UMNO Tolak negara Islam

KUALA LUMPUR 14 April - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menegaskan bahawa parti itu menolak pembentukan sebuah negara Islam.
Menurut beliau, penolakan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
''Kami tidak akan menerima sebuah negara Islam kerana ia bertentangan dengan apa yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pemimpin Pas, dari peringkat bawah hingga ke pucuk kepimpinan, telah menyuarakan hasrat untuk melahirkan sebuah negara Islam.
''Hasrat itu disuarakan oleh Pemuda Pas Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sehinggalah ke Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
''Pas secara terang-terangan mendedahkan cita-cita besar parti itu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,'' katanya.
Sehubungan itu, tegas Ka Ting, semua parti politik dan organisasi perlu bersatu menghalang Pas daripada membentuk sebuah negara Islam.
Ujarnya, mana-mana parti politik yang bekerjasama dengan Pas dilihat akan membantu Pas mencapai agenda mereka.
''Saya nasihatkan parti-parti ini supaya menilai semula hubungan mereka dengan Pas kerana pada tahap sekarang, ia telah mencetuskan satu suasana yang cukup tidak menyenangkan di kalangan masyarakat,'' katanya.
Di antara yang melenting apabila Karpal Singh menentang penubuhan negara Islam termasuklah aktivis-aktivis UMNO. Walaupun mereka sendiri tidak pernah mengungkapkan keazaman untuk mengusahakannya, namun mereka tetap marah apabila DAP yang menentangnya. Bagi mereka oleh kerana mereka orang Islam maka hanya mereka yang layak bercakap, mengamalkan malah untuk menghina Islam sekalipun. Kenapa pulak si tua kutuk macam Karpal tu nak menyebuk dalam urusan yang tiada kena mengena dengannya.
Namun kemarahan ini tidak pulak timbul bila MCA atau MIC yang bersuara. Walaupun mereka bukan beragama Islam namun mereka sebenarnya adalah talian hayat bagi UMNO. Maka hati mereka lebih afdhal untuk dijaga. Malah Islam mesti dijauhkan daripada mereka.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang mendekatkan Islam dengan sahabat Non Muslim mereka. Jika selama ini Gobalakrishnan seringkali membaca ayat Wamakaruu..kini Nga Khor Meng juga sudah jarang meninggalkan ayat perintah berlaku adil dan Ihsan. Maka secara zohirnya, negara Islam hanya akan diterima oleh orang bukan Islam melalui penguasaan Pakatan Rakyat. Jika negara terus diperintah oleh Barisan Nasional maka bukan sahaja orang bukan Islam membenci Islam malah orang Islampun semakin keliru dengan Islam.

Apa Yang BN Tak Mampu Tapi "Boneka DAP" Boleh Buat


Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR yang di pimpin oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Haji Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu

Michel Heart - We Will Not Go Down

Sunday, February 22, 2009

Kehebatan PDRM

CIA, FBI dan PDRM telah diuji dalam satu latihan antara ketiga-tiga negara. Penguji melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya. CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang-binatang lain sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu sebenarnya tidak wujud.

Friday, February 20, 2009

Ceramah Pagi Sabtu


Tuan Guru Hj Hadi Awang
akan berkunjung ke
Kediaman Rasmi Menteri Besar DS Nizar
Esok Sabtu, 20 Februari
jam 10.00 pagi - 12 t/hari
Beliau akan memberi ucapan bersama DS Nizar.
Orang ramai dijemput hadir bersama.

Thursday, February 19, 2009

Solat Hajat Di Kediaman Menteri Besar Perak

Jemputan ke kediaman Mb Nizar malam ini
(Khamis) 19/2/2009 )
bermula dengan
solat Maghrib, solat hajat, solat Isyak, tazkirah
dan
taklimat daripada YAB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin,
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Terbuka kepada semua.
Sila hadir beramai-ramai.

Wednesday, February 18, 2009

Hakikat Sebenar Hukum ASN dan ASB

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telahpun memfatwakan keharusan kedua-dua saham di atas. Alasan yang diberikan iaitu "Maslahat" ketika itu agak pelik kerana tidak pernah alasan tersebut alasan seperti ini digunakan secara amat longgar dalam keadaan terlalu banyak alternatif lain yang sedia ada.. Alasan ini jugalah yang diberikan oleh DS Harussani kepada sesiapa sahaja yang bertanya. Walaupun saya tidak dapat mengatakan haram tetapi saya sentiasa menyatakan pendapat peribadi saya kepada sesiapa sahaja yang bertanya. Hakikatnya yang diharuskan adalah atas dasar maslahah umum, bukan kaedah pelaburan yang digunakan. Hari ini Ustaz Zaharuddin mendedahkan satu maklumat terbaru yang menyebabkan keyakinan saya bertambah mengenai ketidakharusannya selagi tidak diperbetulkan kaedah pelaburannya. Berikut adalah penjelasannya bagi mereka yang mengutamakan kepentingan akhirat berbanding keuntungan dunia..

Tuesday, February 17, 2009

Adake Patut ?



Akhbar Utusan melaporkan, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.Beliau berkata, tindakan berkenaan langsung kononnya tidak menggambarkan akhlak seorang Islam sejati kerana golongan mukmin mestilah takut kepada Allah, Rasul-Nya dan juga pemerintah.

Saya juga merasa terkilan dengan sikap sebahagian kita yang bertindak tanpa melihat kepada latar belakangnya. Beliau sebenarnya membuat pilihan yang tepat dengan memihak kepada Barisan Nasional. Antara faktor yang mendorong beliau mengambil sikap tersebut adalah :

Budak-Budak Sekarang....


Monday, February 16, 2009

Pentingnya Cop Mohor Barisan Nasional

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan sedia menambah peruntukan kewangan bagi pembangunan sekolah mubaligh di Sarawak dan Sabah. Timbalan Perdana Menteri, berkata jaminan kerajaan pusat itu adalah bagi memastikan keadaan infrastruktur sekolah berkenaan berada dalam keadaan terbaik untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. “Kalau Tuhan bagi rezeki, kita boleh tambah peruntukan,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Kewangan di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 Bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Sarawak dan Sabah di sini, hari ini. Beliau juga memberi jaminan pembangunan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara akan tetap diteruskan kerana ianya telah melahirkan ramai pemimpin negara sebelum dan selepas merdeka. Sambil menyifatkan sekolah mubaligh sebagai penting dalam pembangunan pendidikan negara, Najib berkata, sumbangan bantuan kewangan pada hari ini adalah penghargaan kerajaan pusat terhadap kewujudan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara. Beliau meminta lembaga pengurusan sekolah terbabit untuk membelanjakan peruntukkan tersebut secepat mungkin bagi membantu meransang ekonomi negara. “Belanjalah wang ini pada tahun ini dan jangan simpan dalam simpanan tetap,” katanya. Kini terdapat 410 sekolah mubaligh di seluruh negara dengan 128 terdapat di Sarawak dan 75 di Sabah. - Bernama
Nampaknya tidak pernah ada sebarang masalah yang dihadapi oleh penganut agama lain di negara tercinta ini. Setiap kegiatan mereka mendapat peruntukan sewajarnya bagi memastikan kegiatan mereka dapat dilaksanakan. Terkadang hati ini rasa tercuit bila mengenangkan bagaimana apa sahaja institusi yang dikaitkan dengan Islam sering memohon ihsan dari masyarakat untuk menjalankan aktiviti. Bagaimana mungkin sekolah agama Islam terpaksa ditutup hanya semata-mata kerana kesukaran membayar gaji guru-guru.
Mungkin kesilapan terbesar Umat Islam kerana memilih selain dari Barisan Nasional sebagai pemerintah. Apa sahaja yang bukan dari Barisan Nasional tidak akan membawa sebarang faedah kepada rakyat. Tidak ada bezanya layanannya antara mana-mana agama di negara ini. Sekolah Agama Rakyat juga berhak mendapat peruntukan jika ianya disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional melalui agensi kerajaan Barisan Nasional. Hak milik tanah bagi Kampung Baru Cina dan sebagainya menjadi tidak wajar kerana yang memberinya adalah bukan Barisan Nasional. Kalau Barisan Nasional yang memberinya walaupun lebih luas seperti Universiti Tun Abdul Razak di Kampar, maka ianya adalah bukti keadilan pemimpin negara.
Karpal Singh dan Nizar menderhaka kepada raja kerana mereka gagal menggunakan saluran yang betul. Jika menggunakan saluran Barisan Nasional, Mahathir dianggap wira kerana membuang imuniti raja-raja. Rusuhan jalanan anjuran PAKEDA juga dikira jihad kerana mereka dari Barisan Nasional.

Sunday, February 15, 2009

Filem Abang

Di antara pengarah dan pelakon filem amat saya hormati adalah Rahim Razali. Sukar untuk mencari filem-filem pada masa ini yang begitu menyentuh perasaan. Setiap filem yang diarahnya mempunyai mesej yang padat dan perlukan penghayatan yang baik daripada penonton. Selain penekanan kepada kualiti dan mesej kepada penonton, filem-filem beliau juga tidak melupakan nilai commercial bagi menarik minat penonton dari segenap lapisan masyarakat. Antara filem yang saya minati adalah :























Friday, February 13, 2009

Hujan Emas Di Negeri Orang



12 Februari 2009 - Pengarang filem fitna serta ahli Parlimen Belanda, Geert wilders yang menghina Islam melalui filem pendeknya TIDAK DIBENARKAN dan DIHALAU dari memasuki United Kingdom. Geert Wilders juga dimalukan oleh kerajaan UK apabila disambut terus dari kapalterbang, dan disumbat di dalam bilik tahanan di airport beberapa minit, dirampas passport dan dimaklumkan bahawa dia ‘you are not welcome here in UK'.
Dalam masa yang sama beliau juga sedang menghadapi pendakwaan di Mahkamah Belanda :
A Dutch court has ordered prosecutors to put a right-wing politician on trial for making anti-Islamic statements. Freedom Party leader Geert Wilders made a controversial film last year equating Islam with violence and has likened the Koran to Adolf Hitler's Mein Kampf. (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/7842344.stm )

Persoalannya apakah ada negara Islam yang berani melakukan perkara yang sama. Ini juga menunjukkan bahawa banyak kesan daripada bantahan, demontrasi, kecaman dan ancaman yang dibuat oleh umat Islam di seluruh dunia walaupun ada di kalangan kita yang beranggapan hanya sekadar membuang masa sahaja.

Sumber asal - http://www.zaharuddin.net/content/view/803/72/

Thursday, February 12, 2009

Sidang Media Menteri Besar Perak

Hayati Semangat Rajawali

… Burung rajawali boleh hidup sehingga usia 70 tahun. Ketika burung rajawali mencapai usia 40 tahun, dia harus melakukan transformasi tubuh yang sangat menyakitkan. Rajawali sendiri yang menentukan sama ada dia mahu hidup 30 tahun lagi atau cukup setakat usia 40 tahun. Ini kerana pada usia 40 tahun, paruh rajawali sudah sangat bengkok dan panjang hingga ke leher yang menyukarkannya untuk makan dan mencari makan. Kuku cakarnya tidak lagi tajam. Begitu juga dengan bulu badan dan kepak yang sangat tebal sehingga menyukarkannya untuk terbang tinggi.

Wednesday, February 11, 2009

Hukum Melompat Parti

Firman Allah swt :-

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Ertinya : Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. ( Az-Zariyat : 51)

Ayat ini jelas menyuruh sesiapa jua agar berhijrah atau melompat dari yang menderhakai Allah swt kepada apa jua cara dan jalan yang membolehkannya kembali mentaati Allah swt. Jika satu jalan kepadanya adalah dengan melompat parti, tentunya ia juga tergolong dalam ayat ini.

Tuesday, February 10, 2009

Semua Takut Bini

Terdapat sebuah negeri yang dikatakan terlalu ramai suami yang takutkan isterinya. Oleh kerana malu dengan keadaan tersebut maka Raja negeri itu mengumpulkan semua pasangan suami isteri yang ada. Maka kata Raja tersebut ; Siapa yang tidak takut isteri berdiri di sebelah kanan beta dan yang takut isteri berdiri di sebelah kiri beta. Maka bergegas semua lelaki yang ada ke sebelah kiri Raja tersebut. Raja itupun menggelengkan kepala. Tak semena-mena salah seorang daripada mereka berlari laju menuju ke sebelah kanan. Dengan tersenyum Raja itu berkata; Bagus, kamu seorang sahaja yang tidak takut bini. Lantas Raja itupun bertanya; kenapa kamu berpindah ke kanan beta. Lalu jawab lelaki itu; isteri saya suruh tuanku.

Umno Lebih Derhaka

Kalaulah DS IR Hj Mohd Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak dikatakan derhaka hanya kerana enggan meletak jawatan, maka Umno lebih dahulu dan lebih hebat derhakanya.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi, bapa kepada DS Diraja Mohamad Tajol Rosli, Ketua Pembangkang Negeri Perak telah lama menderhaka kepada Sultan. Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Monday, February 09, 2009

Al-Fatihah

YB. Tuan Hj. Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang telah kembali ke rahmatullah kira-kira pada jam 12 tengahari tadi. Jenazah dikatakan masih berada di Hospital Batu Gajah. Sebab kematian, disyaki serangan jantung. Beliau dikatakan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal itu.

Arwah adalah seorang kenalan yang sering menziarahi kami di Masjid Negeri dan amat rapat dengan Dato' Sheikh Mohd Nor Mansor. Selain daripada hubungan politik kami juga adalah satu perguruan di mana arwah adalah senior dan guru kami dalam bidang Perubatan Islam Darussyifa'.

Kenapa Melayu Sahaja ?


Kira-kira 50 penyokong Pemuda DAP mengadakan protes di depan bangunan Darul Ridzuan, Ipoh jam 11.30 pagi tadi membantah kerajaan baru Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu.Bantahan tersebut diketuai oleh ketua Pemuda DAP, Anthony Loke selama kira-kira 10 minit.

Sering di sebut oleh puak-puak asobiah mengenai kenapa hanya Melayu sahaja yang terlibat dalam demontrasi dan sebagainya. Mereka seolah-olah sedih kerana orang Cina dan India hanya tunggu dan lihat serta mengambil faedah daripada titisan darah dan peluh Melayu.

Haron Din @ Harussani

Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik. “Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.“Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,”ujarnya lagi.

Pihak Radio 3 Perak nampaknya memang tidak pernah matang dalam membuat penilaian. Bagi mereka DS Harussani adalah wali keramat yang akan menutup segala mulut Umat Islam di negeri ini. Maka dibuatlah rakaman ucapan khusus yang diulang siar menfatwakan kewajipan Umat Islam mentaati Sultan.

DS Harussani di sisi orang PAS hanyalah ibarat Quran buruk yang menyebabkan serba salah kepada pemiliknya. Walaupun tiada sebarang kepercayaan kepada kejujuran dan keilmuannya, kebanyakan pimpinan PAS dan NGO Islam yang menggerakkan aktiviti memperjuangkan isu murtad yan melonjakkan nama DS Harussani suatu ketika dulu, terpaksa meletakkan beliau sebagai penaung semata-mata kerana jawatannya. Namun beliaulah menjadi punca kekecohan, mendedahkan rahsia sulit aduan seorang wanita tentang upacara baptis di Geraja Silibin suatu masa dulu. Apabila berlaku demontrasi yang menyebabkan pembatalan upacara tersebut, beliau dengan sinis menyifatkan para pejuang sebagai bodoh. Ketika polis menangkap penyebar SMS beliau melarikan diri ke luar negara walaupun terang-terangan beliaulah puncanya.

Ketika isu pembatalan peruntukan kerajaan kepada SAR sedikit masa dahulu beliau jugalah yang menjadi penyebar pertamanya. Ini menaikkan semangat Imam Nor Azam Ariff menyentuh isu itu dalam khutbah Jumaat sehinggalah SS Dato' Isahak Yeop Mohd Shar menafikan selepas solat. Namun akhirnya Imam yang disiasat sedangkan pencetus maklumat terus dibiarkan.

Rakyat Perak sudah lama menantikan mufti yang baru seperti yang disebut-sebutkan antaranya termasuk Dato' Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Dato' Haji Salleh Bin Ahmad dan ramai lagi ulama lain yang lebih berwibawa. Namun DS Harussani masih bersikap seolah-olah menongkak langit (seperti mahu menjawat jawatan tersebut sehingga mati) tanpa mahu mewujudkan pelapis termasuk jawatan Timbalan Mufti yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Perak 2004. Alasan pelik yang diwar-warkan hanyalah Sultan masih mahukan beliau, Menteri Besar Tajol tak izinkan, takut ada macam-macam fatwa dsb.

Beliau sekali lagi cuba menonjol diri sebagai Wira Melayu apabila menjadi perantara antara Umno yang mahu berkongsi kuasa dengan PAS Mac tahun lalu. Heboh diceritakan beliau berjaya memujuk Mursyidur Am dan Presiden tetapi di gagalkan oleh Ustaz Ahmad Awang. Persoalannya adakah munasabah kedua Ulama ini mahu melayan seruan asobiah yang menyebabkan nabi tak mengaku umat seperti ini.

Dan kini cuba mentafsirkan dalil ketaatan kepada "Ulil Amri" bagi menyokong gerakan mungkar Barisan Nasional di negeri ini. Namun beberapa persoalan yang perlu dijawab :

a. Siapakah sebenarnya Ulil Amri - Sultan atau YAB Menteri Besar.
b. Apakah rampasan kuasa secara bacul ini tidak dikira mungkar.
c. Adakah berhimpun menyatakan pandangan dikira menderhakai Sultan.
d. Apakah menderhakai Sultan dikira kemungkaran tanpa batasan.

Sunday, February 08, 2009

Mamak Pasembor Dihadiahkan Nesan

IPOH, Feb 8 – MB Kudeta haram, Zambry Abdul Kadir telah di hadiah kan batu nesan dan bunga kuning sembahyang kubur oleh warga Tionghua di Ipoh malam tadi .Zambry yang datang untuk memberi ucapan dalam majlis Hari Raya Cina di sebuah sekolah China Yit Choy yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah MB Nizar.Najib yang dijangka hadir sama rupanya tidak muncul sampai program berakhir.Warga Tionghua Ipoh berdemo dan melaungkan bantahan mereka. Suara para penunjuk perasaan telah menenggelamkan bunyi meriah sambutan Tahun Baru China dalam sekolah tersebut.Batu nisan ini kemudian di letak kan di tepi jalan sambil orang ramai yang datang membakar lilin.Kenderaan rasmi yang membawa Zambry yang melintasi kumpulan manusia itu telah dilaungkan dengan kutukan dan ejekan.

Perutusan YAB Menteri Besar Perak

BismilahirRahmanirRahim.Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Saturday, February 07, 2009

Wajah Seorang Hipokrit

Tiada yang menghairankan mendengar kisah sikap kurang ajarnya dengan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak. Selain jawatan yang masih kekal pada waktu paginya tanpa khilaf memandangkan rampasan kuasa hanya berlaku pada sebelah petang, gelaran Dato' Seri itupun sudah cukup menyebabkan tangan DS Nizar dikucup mesra. Namun jika YAB Menteri Besar mewakili umno pastinya dia melutut merafak sembah.
Sikap talam dua mukanya sememang bermula seawal PR memerintah. Secara bertulisnya meminta kerjasama penjawat awam terhadap pemerintah namun lisan dan tindakannya tidak pernah berubah. Bermula daripada episod pemecatan pengarah JAIPk sehinggalah berbagai karenah dalam pentadbiran, kebanyakannya dialah yang menjadi dalang. Semoga Perak Darul Ridzuan akan diberkati Allah pada masa-masa akan datang, dengan melontar jauh orang-orang seperti ini yang menjadi lebih sudu dari kuah walaupun hanya sebagai pentadbir tetapi amat hebat berpolitik.

Friday, February 06, 2009

Gas Pemedih Mata Di Ubudiah & Asap Bom Di Gaza



Atas rasa tanggungjawab sebagai ketua agama daerah, menyebabkan aku hadir ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada tengahari tadi walaupun aku telah mengisi borang cuti sebelumnya. Akibatnya aku terperangkap dalam suasana yang tidak menentu sehinggalah menjelang waktu Asar. Jika sebelum ini aku hanya mampu melihat dan membaca mengenai kepedihan mangsa gas pemedih mata yang digunakan oleh FRU, petang ini aku berjaya menikmatinya. Berkali-kali kami terpaksa membasuh muka selain menjilat garam yang diagihkan, lantaran lontaran bom asap yang dibaling sewenang-wenangnya.

Artikel Pilihan - by greenboc

MB Perak Datuk Seri Mohd Nizar tidak melepaskan jawatannya. Bukan untuk menderhaka, tetapi sebagai "leader of the House" memohon untuk tidak melepaskan jawatannya. Pemimpin Pakatan Rakyat menyokong penuh pendirian Nizar.Presiden PAS, Ustadz Abdul Hadi menyatakan kita tidak mahu diadakan secara rampasan kuasa yang tidak terhormat mengikut moral demokrasi maka perlulah diserahkan kepada rakyat dan dalam masa yang sama kita mendokong raja berperlembagaan. Dari sudut teknikalnya, kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.Prof Abdul Aziz Bari dari UIA menyatakan "Sultan telah melakukan kesilapan". Beliau menerangkan tentang perlunya status 3 orang ADUN dari Behrang, Changkat Jering and Jelapang yang mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional (BN) setelah keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sebagai ahli Bebas.Abdul Aziz menyatakan mahkamah mesti membuat keputusan sebelum satu-satu persidangan khas dewan undangan negeri boleh dijalankan untuk meluluskan undi tidak percaya ke atas MB Nizar.Hanya selepas itu Sultan boleh menitahkan perletakan jawatan Nizar, dan memberi laluan untuk BN mengambil alih kerajaan negeri. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekiranya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.Dan sekalipun BN diberikan peluang berkuasa dengan cara rampasan kuasa ala mafia, sampai bilakah ia mampu bertahan?Tetapi Sultan Azlan lebih arif mengenainya. Tak begitu?

Thursday, February 05, 2009

Masih Berdaulatkah Undang-Undang

Sehingga sekarang pembubaran DUN belum berlaku lagi, Tuanku masih belum perkenan. Malahan Tuanku meminta MB letak jawatan. MB bertegas tidak akan meletak jawatan. Manakala kerajaan BN belum boleh dibentuk di Perak. Namun kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, 3 cara sahaja boleh menukar kerajaan.

Laporan Terkini

Jam 4.20 pm : Lebih 100 orang wartawan sedang berkumpul di perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar menunggu sidang akhbar yang akan diadakan bila-bila masa.Manakala didalam kediaman sedang berlaku satu mesyuarat penting oleh kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat demi menyelamatkan keadaan genting dan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 16:20:00

Rakyat Perak Dikhianati

MB Nizar dilaporkan telah dititahkan oleh Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta-merta bagi membolehkan BN menubuhkan kerajaan baru di negeri Perak.Namun, MB Nizar tetap berpendirian bahawa beliau masih sah sebagai Menteri Besar mengikut undang-undang tubuh negeri Perak dan tidak perlu untuk meletakkan jawatannya

Pertukaran Tempat Program

SOLAT HAJAT MENYOKONG KEPIMPINAN MB PERAK
DATO SERI MOHAMMAD NIZAR
TEMPAT: STADIUM IPOH
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALAM
SOLAT MAGHRIB,BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT & CERAMAH
*Untuk makluman program ini yang dijadualkan di kediaman MB Perak malam ini telah ditukarkan ke Stadium Perak.

Perutusan Mursyidul Am

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

Hiimpunan Rakyat Selamatkan Perak




PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT MENYOKONG KEPIMPINAN MB PERAK


DATO SERI MOHAMMAD NIZAR


TEMPAT:
KEDIAMAN RASMI MB PERAK, IPOH


TARIKH:
5 FEBRUARI 2009


WAKTU:
7 MLM HINGGA 11 MALM


SOLAT MAGHRIB,
BACA YASIN, SOLAT ISYAK,
SOLAT HAJAT & CERAMAH


TURUT HADIR :
DS ANWAR IBRAHIM


SEMUA MENTERI BESAR & KETUA MENTERI
PAKATAN RAKYAT


SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Wednesday, February 04, 2009

Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah

IPOH, 4 Feb :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini. "Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam

MUNAJAT PERDANA

MUNAJAT PERDANAPERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: ARENA SQUARE KUALA KANGSAR
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM
ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAHTETAMU: MENTERI BESAR PERAK,
PESURUHJAYA PAS PERAK
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

Tuesday, February 03, 2009

Tabika Kemas

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mendakwa Umno Balik Pulau telah memutarbelitkan fakta berhubung dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak membenarkan Tabika Kemas menggunakan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang. Seramai 22 kanak-kanak Tabika Kemas di Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang dilaporkan terpaksa belajar di bawah panas terik lebih dua jam, kerana pintu pagar tabika dirantai dan dimangga. Ia didakwa dikunci oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri Pulau Pinang.Yusmadi yang juga Ketua AMK Pulau Pinang menjelaskan, timbalan pengerusi JKKK, Kuala Sungai Pinang, Abdul Rahim Bin Md Isa - orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan premis itu - telah meminta Tabika Kemas beroperasi seperti biasa walaupun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ketika itu.Bagaimanapun, beliau mendakwa pengerusi Umno cawangan Sungai Pinang, Ismail Johar, menceroboh premis tersebut dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK Kuala Sungai Pinang pada 2 Januari lalu.Sehubungan itu, Yusmadi berkata, sehari kemudiannya, JKKK telah menjemput jawatankuasa Kemas untuk menghadiri mesyuarat, yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, bagi mendapat penjelasan mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa Kemas tidak hadir tetapi mesyuarat tersebut bersetuju menghantar surat kepada Kemas negeri dan memaklumkan mengenai pencerobohan tersebut.
Isu Tabika Kemas sekali lagi menjadi bahan dendangan BN, terutama Mat Taib dalam usaha menonjolkan dirinya sempena Pertarungan Sesama Sendiri dalam perhimpunan UMNO nanti. Simpati awam begitu mudah diraih jika membabitkan isu pendidikan kanak-kanak walaupun selama ini UMNOlah yang menghancurkan pendidikan Islam kanak-kanak Islam di Sekolah Agama Rakyat seluruh Negara. Namun ada beberapa isu di sebalik keriuhan ini yang jarang diperkatakan atau dianggap hanya membuang masa untuk membicarakannya.

Terdapat berbagai Tabika atau Tadika yang diuruskan oleh berbagai pihak samada kerajaan, parti pembangkang, NGO dan persendirian. Namun kenapakah hanya Tabika Kemas sahaja yang ditimpa masalah ini dari dulu sehingga sekarang. Apakah sehingga kini Kemas masih gagal mendapatkan peruntukan bagi membina premis atau bangunan sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Apakah masih ada maruah bagi salah satu agensi yang membawa payung pemerintah, sekian lama menumpang dibangunan orang. Bermaruahkah guru-guru Tabika Kemas ini sebagai penumpang menunjukkan permusuhan dan sikap kurang adab terhadap pemilik tanah dan bangunan sebagaimana yang berlaku di Sungai Rokam baru-baru ini.

Mungkin persepsi umum menganggap Tabika Kemas sebagai agensi pendidikan yang berprestage bagi anak-anak mereka. Namun bagi mereka yang ada kesedaran agama, umumnya tidak akan terniat merosakkan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak ke Tabika Kemas. Diantara kelebihan Tabika Kemas adalah banyaknya makan minum yang disediakan selain kemahiran menyanyi dan menari yang sering diutamakan. Dari sudut amalan, Tabika ini juga tidak mewujudkan jurang perbezaan di antara anak-anak dan ibu bapa memandangkan mereka tidak diwajibkan menutup aurat yang hanya akan menjadikan ibu bapa yang tidak menutup aurat menjadi kurang selesa.

Kalaulah ke semua ibu bapa Umat Islam Melayu di Negara ini mahukan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, maka pastinya isu berebut dewan seperti ini tidak akan timbul lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...