Monday, February 09, 2009

Haron Din @ Harussani

Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik. “Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.“Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,”ujarnya lagi.

Pihak Radio 3 Perak nampaknya memang tidak pernah matang dalam membuat penilaian. Bagi mereka DS Harussani adalah wali keramat yang akan menutup segala mulut Umat Islam di negeri ini. Maka dibuatlah rakaman ucapan khusus yang diulang siar menfatwakan kewajipan Umat Islam mentaati Sultan.

DS Harussani di sisi orang PAS hanyalah ibarat Quran buruk yang menyebabkan serba salah kepada pemiliknya. Walaupun tiada sebarang kepercayaan kepada kejujuran dan keilmuannya, kebanyakan pimpinan PAS dan NGO Islam yang menggerakkan aktiviti memperjuangkan isu murtad yan melonjakkan nama DS Harussani suatu ketika dulu, terpaksa meletakkan beliau sebagai penaung semata-mata kerana jawatannya. Namun beliaulah menjadi punca kekecohan, mendedahkan rahsia sulit aduan seorang wanita tentang upacara baptis di Geraja Silibin suatu masa dulu. Apabila berlaku demontrasi yang menyebabkan pembatalan upacara tersebut, beliau dengan sinis menyifatkan para pejuang sebagai bodoh. Ketika polis menangkap penyebar SMS beliau melarikan diri ke luar negara walaupun terang-terangan beliaulah puncanya.

Ketika isu pembatalan peruntukan kerajaan kepada SAR sedikit masa dahulu beliau jugalah yang menjadi penyebar pertamanya. Ini menaikkan semangat Imam Nor Azam Ariff menyentuh isu itu dalam khutbah Jumaat sehinggalah SS Dato' Isahak Yeop Mohd Shar menafikan selepas solat. Namun akhirnya Imam yang disiasat sedangkan pencetus maklumat terus dibiarkan.

Rakyat Perak sudah lama menantikan mufti yang baru seperti yang disebut-sebutkan antaranya termasuk Dato' Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Dato' Haji Salleh Bin Ahmad dan ramai lagi ulama lain yang lebih berwibawa. Namun DS Harussani masih bersikap seolah-olah menongkak langit (seperti mahu menjawat jawatan tersebut sehingga mati) tanpa mahu mewujudkan pelapis termasuk jawatan Timbalan Mufti yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Perak 2004. Alasan pelik yang diwar-warkan hanyalah Sultan masih mahukan beliau, Menteri Besar Tajol tak izinkan, takut ada macam-macam fatwa dsb.

Beliau sekali lagi cuba menonjol diri sebagai Wira Melayu apabila menjadi perantara antara Umno yang mahu berkongsi kuasa dengan PAS Mac tahun lalu. Heboh diceritakan beliau berjaya memujuk Mursyidur Am dan Presiden tetapi di gagalkan oleh Ustaz Ahmad Awang. Persoalannya adakah munasabah kedua Ulama ini mahu melayan seruan asobiah yang menyebabkan nabi tak mengaku umat seperti ini.

Dan kini cuba mentafsirkan dalil ketaatan kepada "Ulil Amri" bagi menyokong gerakan mungkar Barisan Nasional di negeri ini. Namun beberapa persoalan yang perlu dijawab :

a. Siapakah sebenarnya Ulil Amri - Sultan atau YAB Menteri Besar.
b. Apakah rampasan kuasa secara bacul ini tidak dikira mungkar.
c. Adakah berhimpun menyatakan pandangan dikira menderhakai Sultan.
d. Apakah menderhakai Sultan dikira kemungkaran tanpa batasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...