Monday, February 09, 2009

Kenapa Melayu Sahaja ?


Kira-kira 50 penyokong Pemuda DAP mengadakan protes di depan bangunan Darul Ridzuan, Ipoh jam 11.30 pagi tadi membantah kerajaan baru Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu.Bantahan tersebut diketuai oleh ketua Pemuda DAP, Anthony Loke selama kira-kira 10 minit.

Sering di sebut oleh puak-puak asobiah mengenai kenapa hanya Melayu sahaja yang terlibat dalam demontrasi dan sebagainya. Mereka seolah-olah sedih kerana orang Cina dan India hanya tunggu dan lihat serta mengambil faedah daripada titisan darah dan peluh Melayu.

Siatuasi ini berlaku kerana hanya orang yang beriman sahaja yang sanggup berjuang. Setakat Melayu tak ade apa nilainya. Berjuang untuk bangsa tak akan sanggup menggadai nyawa. Maka logiklah taka rama Cina dan India yang sanggup bersama. Kalau adapun yang mereka anjurkan sendiri, maka berapa ramailah yang dapat dikumpulkan. Kepakarannya ada pada kita dan kitalah yang mesti menjuarainya.
Kerajaan Islam dalam sejarahpun tidak pernah mengharapkan orang lain menjadi tentera mempertahankan negara. Kita yang bertanggungjawab mempertahankan negara dan menyelamatkan rakyat seluruhnya termasuklah mereka yang bernaung di bawahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...