Tuesday, February 10, 2009

Umno Lebih Derhaka

Kalaulah DS IR Hj Mohd Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak dikatakan derhaka hanya kerana enggan meletak jawatan, maka Umno lebih dahulu dan lebih hebat derhakanya.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi, bapa kepada DS Diraja Mohamad Tajol Rosli, Ketua Pembangkang Negeri Perak telah lama menderhaka kepada Sultan. Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


Beliau hanya berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian pada tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak. Apakah kedegilan DS Nizar sampai ke tahap Ghazali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...