… Burung rajawali boleh hidup sehingga usia 70 tahun. Ketika burung rajawali mencapai usia 40 tahun, dia harus melakukan transformasi tubuh yang sangat menyakitkan. Rajawali sendiri yang menentukan sama ada dia mahu hidup 30 tahun lagi atau cukup setakat usia 40 tahun. Ini kerana pada usia 40 tahun, paruh rajawali sudah sangat bengkok dan panjang hingga ke leher yang menyukarkannya untuk makan dan mencari makan. Kuku cakarnya tidak lagi tajam. Begitu juga dengan bulu badan dan kepak yang sangat tebal sehingga menyukarkannya untuk terbang tinggi.
Apabila rajawali memutuskan untuk hidup lebih lama lagi, ia harus melakukan transformasi tubuh yang amat menyakitkan. Rajawali terbang dan membuat sarang di kawasan puncak pergunungan yang tinggi dan berbatu. Rajawali akan mematuk-matuk paruhnya pada batu sehingga paruhnya patah dan tercabut daripada tubuh. Paruh baru yang tumbuh akan memudahkan rajawali mencabut kukunya satu persatu. Sementara menunggu kuku barunya tumbuh, Rajawali akan mencabut bulu kepaknya pula sehingga togel. Setelah bulu kepaknya kembali tumbuh, rajawali akan pulang semula ke kawasan pemakanan untuk menjalani semula kehidupan normalnya. Inilah transformasi yang menyakitkan tubuh rajawali dalam tempoh setengah tahun…
Sanggupkah rakyat Perak menghayati semangat rajawali untuk mengembalikan kehidupan yang lebih bermakna di bawah pemerintahan yang telus, adil dan berintegriti.
No comments:
Post a Comment