KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan sedia menambah peruntukan kewangan bagi pembangunan sekolah mubaligh di Sarawak dan Sabah. Timbalan Perdana Menteri, berkata jaminan kerajaan pusat itu adalah bagi memastikan keadaan infrastruktur sekolah berkenaan berada dalam keadaan terbaik untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. “Kalau Tuhan bagi rezeki, kita boleh tambah peruntukan,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Kewangan di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 Bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Sarawak dan Sabah di sini, hari ini. Beliau juga memberi jaminan pembangunan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara akan tetap diteruskan kerana ianya telah melahirkan ramai pemimpin negara sebelum dan selepas merdeka. Sambil menyifatkan sekolah mubaligh sebagai penting dalam pembangunan pendidikan negara, Najib berkata, sumbangan bantuan kewangan pada hari ini adalah penghargaan kerajaan pusat terhadap kewujudan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara. Beliau meminta lembaga pengurusan sekolah terbabit untuk membelanjakan peruntukkan tersebut secepat mungkin bagi membantu meransang ekonomi negara. “Belanjalah wang ini pada tahun ini dan jangan simpan dalam simpanan tetap,” katanya. Kini terdapat 410 sekolah mubaligh di seluruh negara dengan 128 terdapat di Sarawak dan 75 di Sabah. - Bernama
Nampaknya tidak pernah ada sebarang masalah yang dihadapi oleh penganut agama lain di negara tercinta ini. Setiap kegiatan mereka mendapat peruntukan sewajarnya bagi memastikan kegiatan mereka dapat dilaksanakan. Terkadang hati ini rasa tercuit bila mengenangkan bagaimana apa sahaja institusi yang dikaitkan dengan Islam sering memohon ihsan dari masyarakat untuk menjalankan aktiviti. Bagaimana mungkin sekolah agama Islam terpaksa ditutup hanya semata-mata kerana kesukaran membayar gaji guru-guru.
Mungkin kesilapan terbesar Umat Islam kerana memilih selain dari Barisan Nasional sebagai pemerintah. Apa sahaja yang bukan dari Barisan Nasional tidak akan membawa sebarang faedah kepada rakyat. Tidak ada bezanya layanannya antara mana-mana agama di negara ini. Sekolah Agama Rakyat juga berhak mendapat peruntukan jika ianya disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional melalui agensi kerajaan Barisan Nasional. Hak milik tanah bagi Kampung Baru Cina dan sebagainya menjadi tidak wajar kerana yang memberinya adalah bukan Barisan Nasional. Kalau Barisan Nasional yang memberinya walaupun lebih luas seperti Universiti Tun Abdul Razak di Kampar, maka ianya adalah bukti keadilan pemimpin negara.
Karpal Singh dan Nizar menderhaka kepada raja kerana mereka gagal menggunakan saluran yang betul. Jika menggunakan saluran Barisan Nasional, Mahathir dianggap wira kerana membuang imuniti raja-raja. Rusuhan jalanan anjuran PAKEDA juga dikira jihad kerana mereka dari Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment