8 November 2010 - Selepas subuh kami menziarahi perkuburan Mualla'. Di sinilah dimaqamkan para sahabat besar termasuk Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah. Susahnya bertanya dengan petugas Arab yang seakan-akan tak pernah mengetahui kewujudannya. Namun ini lebih baik daripada Arab Mesir yang sentiasa menjawab dengan panjang lebar apa sahaja yang ditanya walaupun mereka tak tau apa mengenai apa yang ditanya.
Blog Peribadi bagi berkongsi pandangan dan maklumat mengenai pentadbiran dan pengurusan Islam, Hukum Hakam Islam, Syariah Allah, isu-isu semasa berkaitan ekonomi, sosial, kemasyarakatan, politik dan sebagainya.
Showing posts with label Lambaian Kaabah. Show all posts
Showing posts with label Lambaian Kaabah. Show all posts
Sunday, January 09, 2011
Tuesday, January 04, 2011
Tambah Aktiviti atau Pendekkan Masa
Kami selesai menunaikan umrah pada 29 oktober 2010. Semenjak itu sehingga ke hari ke hari wuquf, tiada aktiviti lain yang dilakukan kecuali berulang alik ke masjid setiap waktu dan beriktikaf di masjid. Ini kerana tiada sebarang taklimat atau panduan dari pihak Tabung haji atau Muassasah untuk mengerjakan umrah atau ziarah.
Kematian Setiap Waktu
Aktiviti rutin setiap waktu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah solat jenazah selepas solat fardhu. Seolah-olah sudah ada giliran untuk berbaring terbujur di hadapan imam dan jutaan hujjaj di kota suci ini. Bilangan jenazah setiap waktu biasanya di antara 5 ke 6 jenazah. Barangkali memang ada yang sudah mendapat apa yang dihajatnya selama ini untuk mati di kedua-dua tanah suci ini.
Saturday, January 01, 2011
Mencium Hajarul Aswad
31 Oktober 2011 - Selepas Solat Subuh aku menyusup di celah-celah manusia yang sedang tawaf dan berjaya masuk ke Hijr Ismail. Hajat untuk bersolat sunat terpaksa kemudian batalkan kerana tidak ada sebarang ruang di dalamnya kecuali diisi dengan manusia. Tidak ada ruang langsung untuk ruku' apatah lagi sujud. Aku keluar dengan hasrat menuju ke Multazam. Tiba-tiba muncul dua orang anak muda Indonesia bertubuh kecil menyapa dan bertanya; sudah ke belum Pak ?
Wednesday, December 22, 2010
Gelaran Haji dan Hajjah
Gelaran "Haji / Hajjah" merupakan salah satu perkara yang sering digunakan oleh penceramah untuk mempersendakan Melayu. Kononnya hanya Melayu sahaja yang berbangga dengan gelaran tersebut tanpa menitikberatkan soal kemambruran. Suasana yang amat berbeza aku rasakan apabila menyedut udara tanah haram. Sebaik sampai sahaja mendarat di lapangan Jeddah, gelaran tersebut seolah menjadi halwa telinga yang amat menyenangkan pendengaran.
Monday, December 20, 2010
Saturday, December 18, 2010
Penerbangan KLIA - Jeddah
Penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Sampai di Airport Jeddah, kami di letakkan di bilik menunggu. Entah apa masalahnya tempoh menunggu memakan masa lebih kurang 3 jam. Alhamdulillah, pemeriksaan tidak dilaksanakan secara terperinci dan kami melintasi kaunter pemeriksaan dengan mudah. Sementara menunggu bas sampai, kami solat jamak qasar Maghrib dan Isyak di surau yang disediakan di bilik menunggu.
Musafir Ke Makkatul Mukarramah
28 Oktober 2010 - Kami sampai di KLIA kira-kira jam 1.35 tengahari. Kami di hantar oleh Apak dan Yang Shahar. Kami diminta melapor diri di Kelana Jaya jam 11.00 pagi melalui sekeping surat. Kemudian muncul SMS meminta hadir 2 jam lebih awal. Sampai di Kelana Jaya jam 9.00 pagi. Tiada bilik penginapan disediakan. Ramai yang sudah memakai ihram sedangkan aku hanya memakai pakaian biasa. Jam 10.30 pagi kami diminta mengambil beg kecil dan Kad Pengenalan Haji. Mandi sunat ihram tidak dapat dilakukan, makan juga tidak disediakan tetapi boleh dibeli di kafetaria. Jam 11.30 pagi kami memulakan langkah dengan talbiah menuju ke bilik menunggu dengan meninggalkan orang ramai yang menghantar. Kami solat jamak qasar taqdim di ruang solat yg disediakan.
Wednesday, October 13, 2010
KT65
Isnin, 11 Oktober 2010 - Ketika berada di ILIM bagi pembentangan laporan Darul Ifta' Mesir, aku dihubungi oleh Haji Mohd Abas, Timbalan Pengarah Tabung Haji yang membawa khabar gembira mengenai tarikh penerbanganku kke tanah suci telahpun diperolehi. Aku meminta beliau membawa balik ke rumah dan aku akan mengambilnya di surau pada malam tersebut. Alangkah berbunganya hatiku ketika itu seolah-olah terangkatnya segala bebanan yang selama ini menghempas di dada.
Subscribe to:
Posts (Atom)










