Tuesday, January 04, 2011

Kematian Setiap Waktu

Aktiviti rutin setiap waktu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah solat jenazah selepas solat fardhu. Seolah-olah sudah ada giliran untuk berbaring terbujur di hadapan imam dan jutaan hujjaj di kota suci ini. Bilangan jenazah setiap waktu biasanya di antara 5 ke 6 jenazah. Barangkali memang ada yang sudah mendapat apa yang dihajatnya selama ini untuk mati di kedua-dua tanah suci ini.


Antara mereka ada yang menderita sakit apabila sampai di sini. Antara mereka juga ada yang seolah-olah membunuh diri sebagaimana 4 orang yang mati di hadapan Hajarul Aswad kerana dikatakan menerjunkan diri di tengah hujan lebat sehingga pecah kepala. Di antara mereka ada yang patah tengkok di pijak kepala ketika sujud di dalam Raudhah. Di antara mereka ada yang mati terjatuh ke dalam tandas yang pecah akibat bersesakan di Mina. Benarlah gurauan pengerusi surauku ketika berbicara tentang perlunya diadakan kenduri sebelum pergi kerana pergi menunaikan Ibadah Haji belum tentu lagi balik secara pasti. Namun ajal dan maut tetap di tangan tuhan. Walau di mana sahaja kita dikebumikan, apa yang penting adalah amalan yang kita laksanakan ketika hidup. Jaminan syurga bagi yang mati di tanah suci hanyalah bagi yang diterima imannya dan baik amal ibadatnya. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...