8 November 2010 - Selepas subuh kami menziarahi perkuburan Mualla'. Di sinilah dimaqamkan para sahabat besar termasuk Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah. Susahnya bertanya dengan petugas Arab yang seakan-akan tak pernah mengetahui kewujudannya. Namun ini lebih baik daripada Arab Mesir yang sentiasa menjawab dengan panjang lebar apa sahaja yang ditanya walaupun mereka tak tau apa mengenai apa yang ditanya.
Sampai di sana rupanya hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Di dalam hanya ada kelihatan tanah-tanah lapang yang di atasnya ada batu-batu putih yang tersusun. Tidak diketahui siapakah yang empunya maqam dan siapa yang dimaqamkan di situ kecuali jika membaca catatan sejarah mengenainya. Inilah masalah puak Wahabi yang terlalu jumud dalam memahami hukum dan memaksa masyarakat seluruhnya menerima cara mereka. Kerana marahkan segelintir orang yang melakukan khurafat, mereka merugikan jutaan Umat Islam di seluruh dunia. Ternyata sebahagian dari amanah Allah yang terletak di bahu mereka terabai begitu sahaja. Tempat kelahiran Rasulullah juga sudah bertukar kepada perpustakaan yang entah siapa yang mengambil manfaat darinya. Siapakah yang mampu menyelamatkan khazanah Islam ini dari mereka ini nanti.

No comments:
Post a Comment