Thursday, April 22, 2010

Kembara Ilmu Di Bumi Anbiya'

Tahun ini merupakan tahun paling paling manis sepanjang perkhidmatan selama hampir 15 tahun. Selain dianugerahkan bantuan menunaikan Fardhu Haji, permohonanku mengikuti Kursus Pengurusan Dakwah Dan Pengendalian Fatwa di Darul Ifta', Mesir pada 2 Mei 2010 hingga 2 Ogos 2010 telah diluluskan oleh JAKIM. Kini aku berdepan dengan debaran penantian menunggu kelulusan kewangan daripada Kerajaan Negeri disamping debaran menantikan saat pahit dan manis meninggalkan keluarga menuju ke sana.

Friday, April 02, 2010

Perginya Seorang Sahabat



Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar, Ahmad Mokhtar bin Mutalib telah kembali ke Ramatullah kira-kira jam 2.53 pagi tadi di hospital Taiping.
Semenjak bertugas di Kuala Kangsar beliaulah yang menjadi penghubung antara ku dan masyarakat. Kegigihannya berbakti untuk masyarakat menjadikan beliau kelihatan seolah-olah wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat. Setiap detik penderitaan rakyat seolah-olah menjadi igauan bagi beliau. Setiap aduan disampaikan kepada yang berkewajipan.
Mudah-mudahan segala pengorbanannya menjadi sebab kepada keredhaan Allah. Semoga pemergiannya menjadi penyebab kepada lahirnya lebih ramai pejuang sepertinya di masa akan datang. Al-Fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...