Wednesday, December 22, 2010

Gelaran Haji dan Hajjah

Gelaran "Haji / Hajjah" merupakan salah satu perkara yang sering digunakan oleh penceramah untuk mempersendakan Melayu. Kononnya hanya Melayu sahaja yang berbangga dengan gelaran tersebut tanpa menitikberatkan soal kemambruran. Suasana yang amat berbeza aku rasakan apabila menyedut udara tanah haram. Sebaik sampai sahaja mendarat di lapangan Jeddah, gelaran tersebut seolah menjadi halwa telinga yang amat menyenangkan pendengaran.

Monday, December 20, 2010

Mengerjakan Umrah Pertama


29 Oktober 2010 - Kami memulakan tawaf pada jam 7.30 pagi. Seorang Arab wakil Muassasah mengetuai rombongan. Kami dibawa ke Masjidil Haram buat pertama kalinya. Terasa perjalanan begitu jauh lantaran hati yang begitu teruja untuk menatap Baitullah. 

Saturday, December 18, 2010

Penerbangan KLIA - Jeddah


Penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Sampai di Airport Jeddah, kami di letakkan di bilik menunggu. Entah apa masalahnya tempoh menunggu memakan masa lebih kurang 3 jam. Alhamdulillah, pemeriksaan tidak dilaksanakan secara terperinci dan kami melintasi kaunter pemeriksaan dengan mudah.  Sementara menunggu bas sampai, kami solat jamak qasar Maghrib dan Isyak di surau yang disediakan di bilik menunggu.

Musafir Ke Makkatul Mukarramah

28 Oktober 2010  - Kami sampai di KLIA kira-kira jam 1.35 tengahari.  Kami di hantar oleh Apak dan Yang Shahar. Kami diminta melapor diri di Kelana Jaya jam 11.00 pagi melalui sekeping surat. Kemudian muncul SMS meminta hadir 2 jam lebih awal. Sampai di Kelana Jaya jam 9.00 pagi. Tiada bilik penginapan disediakan. Ramai yang sudah memakai ihram sedangkan aku hanya memakai pakaian biasa. Jam 10.30 pagi kami diminta mengambil beg kecil dan Kad Pengenalan Haji. Mandi sunat ihram tidak dapat dilakukan, makan juga tidak disediakan tetapi boleh dibeli di kafetaria. Jam 11.30 pagi kami memulakan langkah dengan talbiah menuju ke bilik menunggu dengan meninggalkan orang ramai yang menghantar. Kami solat jamak qasar taqdim di ruang solat yg disediakan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...