Blog Peribadi bagi berkongsi pandangan dan maklumat mengenai pentadbiran dan pengurusan Islam, Hukum Hakam Islam, Syariah Allah, isu-isu semasa berkaitan ekonomi, sosial, kemasyarakatan, politik dan sebagainya.
Friday, June 14, 2013
Amalan Di Malam Nisfu Sya'ban
Monday, September 13, 2010
Hari Raya Pertama (Gilirannya di mana ?)
Tuesday, August 31, 2010
Berbuka Di istana
.jpg)
.jpg)
Friday, August 27, 2010
Berbuka Di Hotel Seri Malaysia
Budaya berbuka puasa di hotel-hotel bagaikan sudah tidak dapat dibendung-bendung lagi. Walaupun dari satu sudut kelihatan seolah-olah seperti satu pembaziran namun bagi yang tidak biasa mereka beralasan sekadar ingin mencuba. Sekadar untuk mencuba berbagai juadah yang disediakan disamping menghayati suasana makan yang selesa tidaklah boleh dianggap keterlaluan. Namun untuk dijadikan budaya, rasanya tidaklah berbaloi jika dilihat kepada harganya. Dengan harga sekitar RM 30 hingga ke RM 40 cukup untuk membeli bahan mentah bagi keperluan seseorang selama seminggu. Malam ini aku dijemput oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perak (PEWARAK) memandangkan aku adalah salah seorang ahli jawatankuasa persatuan ini.
Saturday, August 21, 2010
Berbuka Bersama Masyarakat Orang Asli

Setelah menjamu selera dan Solat Maghrib berjemaah, aku diminta menyampaikan sedikit tazkirah. Berceramah kepada masyarakat orang Asli bukanlah semudah menyampaikan ceramah di masjid dan surau. Bahasa dan isinya terpaksa diturun tarafkan seolah-olah bercakap dengan pelajar sekolah rendah. Namun Alhamdulillah, penduduk kampung ini mengikut kata Mubaligh dan Penggerak Masyarakat yang menjaga mereka sebenarnya sudah jauh ke hadapan. Mereka tetap mengekalkan Solat Jemaah dan Terawih walaupun tanpa bimbingan dari para mubaligh. Ini jelas terbukti dengan bilangan mereka yang bersolat terawih bersama pada malam tadi. Walaupun aku tidak langsung memendekkan atau mempercepatkan bacaan pada malam tadi, tidak ada tanda rungutan di wajah mereka seolah-olah mereka telah biasa dengan suasana dan bacaan Al-Quran dalam kehidupan mereka.

Kampung ini bukanlah yang terbaik yang pernah diberi didikan oleh Jabatan Agama Islam Perak. Di Sungai Siput, Kuala Kangsar, terdapat sekolah agama rakyat khusus bagi Orang Asli yang terletak di Kampung Kenang. Pelajar sekolah ini sudah mengenali dan menghayati Islam jauh melebihi kebanyakan masyarakat Melayu yang ada. Jika di dengar bacaan Al-Quran mereka sudah tidak dapat dikenali keAslian mereka. Namun tidak banyak publisiti yang diberikan terhadap perkara ini oleh pihak yang menguasai media. Akibatnya masyarakat, termasuk para penceramah jalanan mahupun yang terkenal, sering membangkitkan isu pengabaian mereka oleh jabatan-jabatan agama seluruh negara. Mereka yang suka mengata dan menghina ini bukan sahaja tidak pernah melibatkan diri dalam usaha dakwah ini, malah tidakpun mahu membuat kajian dan mengumpul maklumat berkaitan sebelum bercakap.
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan datang lagi, Apakah sepertimana dulu...

Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari Abu shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman: 'Puasa adalah milik-Ku, dan Aku sendirilah yang akan memberikan ganjarannya, orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwatnya, makan dan minumnya karena Aku. Puasa adalah perisai, dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan rabbnya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa jauh lebih wangi di sisi Allah daripada bau minyak kesturi." - Riwayat Bukhari
Monday, August 31, 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Kesedaran dan penghayatan kemerdekaan tidak bergantung kepada pengalaman dijajah tetapi bergantung kepada bagaimana kita mampu mengisi kemerdekaan tersebut.
Apalah gunanya kebebasan fizikal, jika hati masih terpenjara.
Apalah gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya.
Apalah gunanya kibaran jalur gemilang merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara.
Apa di bangga keamanan dan kemewahan negara jika hari-hari yang berlalu hanya menambahkan dosa.
Sunday, August 30, 2009
Anak Emas Istana
Walaubagaimanapun sepanjang 13 tahun bersama Jabatan tidaklah ada sesuatu yang dapat aku banggakan dengan keadaan yang ada. Oleh kerana sekian lama Jabatan diketuai oleh PTD, maka tiada sebarang perhatian istimewa kepada Pegawai-Pegawai Agama untuk dihubungkan dengan pihak istana. Pemberian pingat dan darjah kebesaran juga tidaklah diberikan sebarang keutamaan bagi Pegawai-Pegawai Agama berbanding yang lain. Tambahan pula sikap sebahagian Pegawai Agama yang tidak mahu menonjolkan diri ketika berurusan dengan pihak istana.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai bidang perkhidmatan telah mendapat perkenan untuk majlis santapan berbuka bersama. Antara yang ada setiap tahun adalah agensi ketenteraan, pendidikan, NGO dan orang-orang besar kerajaan. Hanya pada tahun ini setelah Pegawai Agama menjadi pengarah, buat julung kalinya Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai Agama dan Imam diadakan pada Hari Ahad, 30 Ogos 2009, jam 6.30 petang. Ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat ke arah peningkatan hubungan pegawai-pegawai agama dengan pihak istana. Namun apa yang merungsingkan kerana ada desas desus yang menyatakan beberapa kategori pegawai yang tidak mendapat jemputan. Mungkin juga sebahagian yang dijemput menganggap ringan dan tidak mengambil bahagian. Walaupun perhubungan rapat dengan pihak istana bukanlah terlalu penting dinisbahkan kepada kepentingan peribadi namun atas nama institusi agama semua pegawai mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk mengangkat martabat institusi ini.
Sunday, April 19, 2009
Setakat Mana Benarnya ; Raja Berada Di Atas Politik
Friday, March 27, 2009
CERAMAH MAULIDUR RASUL
Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Ridwaniah, Kuala Kangsar (Masjid Daerah)
Penceramah : Prof. Dato' Dr. Hj. Haron Bin Din Al-Hafiz
Tarikh : Hari Rabu, 1 April 2009
Masa : Selepas Solat Maghrib.
"Dijemput Bersama Menimba Ilmu Ulamak Pewaris Nabi"
Friday, February 27, 2009
PROGRAM HALAL FEST 2009 SEMPENA SEMPENA PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN MAJLIS TILAWAH HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK
TARIKH | MASA | PROGRAM | TEMPAT |
6 MAC 2009 JUMAAT | 3.00 PTG 9.00 MLM | LOADING BARANG BERMULA EKSPO PAMERAN AGENSI KERAJAAN KONSERT NASYID AMY SEARCH DAN KUMPULAN RABBANI | DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM - SDA - DEWAN SERBAGUNA SAIDINA ABU BAKAR INTIM |
7 MAC 2009 SABTU | 8.00 PG 9.00 PG 2.30 PTG 9.00 MLM | EKSPO BERSAMBUNG PAMERAN AGENSI KERAJAAN CERAMAH “KONSEP PERUBATAN MENURUT ISLAM” CERAMAH “PERUBATAN SIHIR DAN SANTAU” PERTANDINGAN MELUKIS, KHAT DAN MEWARNA (KANAK-KANAK) PERASMIAN MAJLIS TILAWAH HAFAZAN PERINGKAT NEGERI PERAK | DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM - SDA - DEWAN AUDITORIUM SAIDINA OMAR - SDA - DEWAN SERBAGUNA SAIDINA ABU BAKAR INTIM |
8 MAC 2009 AHAD | 8.00 PG 9.00 PG HINGGA 1.00 PTG 5.00 PTG | EKSPO BERSAMBUNG PAMERAN AGENSI KERAJAAN PERTANDINGAN MENYUMPIT ALA MELAYU PERTANDINGAN SEPAK RAGA RATUS PERSEMBAHAN SILAT GAYUNG KLINIK MOTOSIKAL (BERSAMA WAZI ABD HAMID) TEMPUR TANPA SENJATA (POLIS GERAKAN AM | DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM - SDA – KAWASAN LAPANG / JALAN KE TAMAN CEMPAKA - SDA – - SDA – - SDA – - SDA – |
9 MAC 2009 ISNIN | 8.00 PG 9.00 PG | EKSPO BERSAMBUNG PAMERAN AGENSI KERAJAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, PELANCARAN BULAN DAKWAH DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2009. | DI KHEMAH TEMPAT PARKING MASJID/INTIM - SDA – DEWAN SERBAGUNA SAIDINA ABU BAKAR INTIM |
Monday, December 29, 2008
Selamat Tahun Baru 1430H
Rasulullah S.A.W telah menetapkan dan merintis strategi Hijrah sebagai asas mengatur rancangan dan memulakan langkah bagi menubuhkan sebuah pemerintahan dan negara berdaulat yang berlandaskan Syariat Allah. Berbeza dengan kita hari ini yang hanya berhijrah ketika tersepit dan terhimpit dan dihijrahkan oleh ketua dan majikan apabila melakukan suatu yang tidak disukainya.
Rasulullah S.A.W berhijrah dengan meninggalkan Mekah al-Mukarramah, tanah airnya sendiri menuju ke Madinatul Munawwarah, tempat asing yang amat jauh dari tanah tumpah darahnya. Adakah ini bermakna Rasulullah S.A.W tidak cinta dan setia kepada negaranya. Sejarah menunjukkan bahawa Mekah adalah sebuah negara yang cukup maju dari segi ekonomi dan perniagaannya. Mekah juga amat terkenal dengan kesenian dan kebudayaannya. Tetapi Mekah amat tandus dengan kehidupan beragama dan peradaban sosialnya. Mekah bukanlah tempat yang sesuai bagi mengembangkan, apatah lagi melaksanakan Syariat Allah. Ini menyebabkan Rasulullah S.A.W terpaksa meninggalkan Mekah tanah air yang amat disayanginya bagi melaksanakan Syariat Allah. Oleh kerana Madinah Al-Munawarrah mempunyai potensi bagi menerima Syariat Allah walaupun mungkin belum ada sejarah yang mampu membuktikan penduduknya mampu bersaing mengejar kemajuan berbanding dengan penduduk Mekah. Inilah gambaran hijrah yang kadang-kadang terpaksa melupakan kesenangan dan kehebatan dunia jika ianya tidak membantu mencapai keredhaan Allah.
Iktibar terbesar daripada Hijrah Rasulullah S.A.W ini adalah mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata setiap kita mempunyai tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah Allah di muka bumi. Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan sebagai pemimpin di Mekah dan boleh beribadat secara bebas dengan syarat baginda meninggalkan hasrat melaksanakan Syariat Allah. Baginda dengan tegas menolak tawaran tersebut kerana tidak ada maknanya mentadbir dunia jika terpaksa meninggalkan agama dan mengikut telunjuk musuh-musuh Allah. Kecintaan kita kepada perkara lain seperti kecintaan kepada negara, kecintaan kepada kuasa, kecintaan kepada keluarga, kecintaan kepada harta dan sebagainya wajib kita korbankan jika bertentangan dengan Syariat Allah. Setelah Syariat Allah diikuti barulah kita boleh kembali kepada apa yang kita cintai. Ini dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W yang akhirnya kembali semula ke Mekah al-Mukarramah pada pembukaan kota Mekah untuk melaksanakan sepenuhnya undang-undang Islam di Mekah dan menghancurkan jahiliah yang menghalang perlaksanaan Islam di muka bumi.
Hijrah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, semangat dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut Maal Hijrah jika di hari-hari yang mendatang hanya menjauhkan kita dari Allah. Apakah ertinya kita sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah jika perubahan yang ada hanya menjadikan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan musuh-musuh Allah malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.
Hijrah mengajar kita bagaimana usaha Rasulullah S.A.W membentuk negara dan membina umat. Matlamat Hijrah adalah satu, iaitu mengambil teraju pemerintahan bagi membolehkan perlaksanaan syariat. Tetapi ini tidak akan berjaya jika umat Islam berpecah-belah. Rasulullah S.A.W telah menyatukan antara puak Aus dan Khazraj serta mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Intipati Hijrah ini terangkum dalam surah Al-Imran ayat 102 :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاََ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Mencari perpaduan dan kesatuan umat hanyalah wasilah atau jalan bagi mencapai matlamat mendaulatkan perintah-perintah Allah. Kita tidak akan mampu meninggikan kalimat Allah dalam keadaan berpecah-belah dan saling salah menyalah. Perpaduan amat penting bagi mengumpulkan kekuatan bagi mengambarkan keagungan dan keindahan Islam. Begitu juga perpaduan yang tidak berlandaskan tali Allah atau persepakatan yang tidak bermatlamat mencari keredhaan Allah hanyalah sia-sia dan membawa padah. Seharusnya kita berdakwah kepada Allah dengan beradab dan menggunakan hikmah serta menjaga hubungan persaudaraan supaya tidak menambahkan jurang perpecahan di kalangan umat. Dan di samping kita mengajak umat bersatu dan berpadu, kita tidak harus lupa kepada amanah Allah bagi memartabatkan perintah dan arahan Allah. Berpeganglah kepada kaedah Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 :
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




