Sunday, April 19, 2009

Setakat Mana Benarnya ; Raja Berada Di Atas Politik

“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satupun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berlakulah perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”, Sultan Azlan Shah, USM Pulau Pinang, 29 Jun 1980.
Kebanyakan rakyat tidaklah sampai berniat memindahkan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya. Namun istana tidak seharusnya leka dibuai gelombang politik pihak yang berkuasa. Setiap tahun istana memberi anugerah kepada rakyat yang berjasa. Namun sebahagian besar darinya entah siapa dan dari mana. 11 bulan menawarkan perubahan seolah tidak mempunyai sebarang kesan untuk dikenang tetapi 2 bulan terlibat dalam rampasan seolah bergunung jasa ditaburkan. Walaupun titah ucapan telah disediakan namun apakah wajar menjadi lidah kepada pihak yang berkepentingan. Semoga dikenal pasti siapakah sebenarnya wajar ditujukan titah :
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir. Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...