Sebagaimana yang dijangka, Kerajaan Kudeta Perak pimpinan Zamri tetap membuktikan bahawa mereka memang pendokong Barisan Nasional yang sejati. Barisan Nasional adalah kerajaan yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan tanpa terbuai dengan kritikan dan kehendak rakyat. Barisan Nasional sanggup mengambil keputusan yang tidak popular semata-mata untuk mempertahankan jati diri mereka.
Apa hak rakyat meminta hak mereka sedangkan mereka sendiri yang menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya. Salahkah Barisan Nasional berlaku adil dengan mengutamakan penyokong mereka yang amat setia dengan mengenepikan rakyat jelata yang membenci mereka. Jati diri Barisan Nasional ini dapat dilihat berdasarkan hadiah istimewa mereka kepada rakyat Perak seperti berikut :

a. Pemecatan Imam Masjid Simpang, Taiping kerana menawarkan kepada DS IR Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak untuk menjadi imam solat Maghrib tanpa mengikut prosedur.
b. Penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.
c. Pemecatan semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Perak berkuat kuasa pada 16 April 2009 .
d. Mengembalikan Jom Heboh ke Perak yang dijangkakan akan berlangsung di Kem Tentera Laut, Lumut tidak lama lagi. Bagi memberkati program ini adalah dicadangkan agar perasmiannya didoakan oleh DS Hj Harussani yang kini sudah menjadi orang kuat kerajaan ini.
No comments:
Post a Comment