Thursday, May 09, 2013

Fakta, Data Atau Auta

Demam pilihanraya yang melanda negara telah mencatatkan sejarannya yang tersendiri. Berbagai fakta, auta dan statistik dikeluarkan oleh berbagai pihak untuk menguatkan hujjah dan pandangan masing-masing. 

Budi Bahasa Amalan Kita

Permohonan maaf adalah suatu ungkapan yang mulia yang menunjukkan ketinggian akhlak seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu sanggup memohon maaf walaupun zahirnya jelas dia tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap orang lain. Walaupun mungkin ianya tidak mempunyai sebarang makna dari sudut penghapusan dosa, namun setidak-tidaknya menunjukkan ketinggian dan budi bahasa seseorang. Bangsa Melayu sememangnya sudah dikenali dengan ketinggian budaya dan budi bahasanya. Melayu baru seharusnya mengembalikan budaya dan budi bahasa dalam pergaulan seharian sebagai pakaian yang menghiasi tubuh badan kita.

Tuesday, May 07, 2013

Khutbah: Mencari Pemimpin Dunia dan Akhirat


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al-Baqarah: 30)

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ


Sidang Jumaat Sekelian,

Di antara matlamat perutusan manusia ke muka bumi adalah bagi melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah. Imam al-Mawardi menjelaskan dalam kitabnya al-Ahkam al-Sulthoniyyah sebagai :

حِرَاسَةُ الدِّيْنِ وَسِياَسَةُ الدُّنيْاَ بِهِ ”, iaitu “Menjaga Agama dan Mentadbir Dunia dengan agama.” Oleh kerana menjaga agama adalah tugas yang utama, maka mentadbir dunia juga mestilah dalam ruang lingkup menjaga agama dan mentadbir dunia tidak boleh bercanggah dengan agama. Oleh kerana tugas kepimpinan adalah tugas agama, maka melantik pemimpin juga adalah tugas keagamaan yang berkait rapat dengan dosa dan pahala. Jika perlantikan pemimpin bertepatan dengan ciri-ciri yang ditentukan oleh Allah, maka ianya akan diredhai oleh Allah, dan begitulah sebaliknya.

Monday, May 06, 2013

PRU 13

Walaupun terlalu sedih dengan kekalahan dalam menentang kezaliman BN, namun terlalu banyak pengajaran yang bermain di fikiran ini. Walaupun mereka yang tidak pernah mengerti erti perjuangan menegakkan Perjuangan Islam sering memandang sinis dengan ungkapan " Kita tidak kalh tapi masih belum diberikan kemenangan oleh Allah".  Mana mungkin kita mengatakan Nabi Nuh tewas dalam usaha dakwahnya sehingga terpaksa mengambil masa 950 tahun tanpa menuai hasil yang memberangsangkan. 

Thursday, May 02, 2013

Khutbah: Mampukah Kita Bersatu

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

 وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (آل عمران :103)

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !  اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Muslimin sidang Jumaat Sekelian,

Allah menjelaskan dalam ayat yang dibacakan tadi :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

         Daripada dahulu sehingga kini, kita sentiasa disogokkan dengan gesaan untuk bersatu dan berpadu, seolah-olahnya dengan bersatu padu semua masalah ummat akan dapat diselesaikan. Sebahagian kita menghendaki semua manusia menerima pandangan dan pendapat mereka seolah-olahnya menyanggahinya merupakan satu dosa yang amat besar. Kebanyakan kita tidak dapat menerima mereka yang tidak bersama dengan kita dan tidak merasakan mereka bersaudara dengan kita jika mereka tidak mentaati kita secara total.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...