Wednesday, October 28, 2009


Entah kenapa setiap kali BN membuat onar di negeri ini, setiap kali itulah hujan turun mencurah-curah seolah-olah mencuci segala kekotoran yang tidak wajar dibiarkan. Fenomena ini berulang kembali malam ni. Namun mungkin suatu yang tidak menghairankan bagi BN melaksanakan hukum rimba seperti ini. Apa jenis kejahatan yang belum dilakukan oleh mereka selama ini. Namun yang menghairankan adalah tindakan Polis yang seumpama lembu dicucuk hidung. Alasan yang selalu digunakan adalah arahan atasan; terpaksa; menjaga keselamatan dan sebagainya. Kalau tengok muka satu-satu tak nampak macam terpaksa je. Tak kan le pihak atasan bagi arahan sebegitu detail, melainkan orang bawah yang lebih sudu dari kuah. Dalam banyak perhimpunan di negara ni, selalunya kecoh hanya bila polis terlibat sama. Kalau deme takde biasanya aman tenteram takde masalah.
Bila masa pulak bidangtugas polis merampas jubah yang orang pakai. Kalau Siva tu mencuri jubah Ganesan tangkap je le atas kesalahan mencuri. Tapi ada ke repot polis dibuat.
Perak seolah-olah sudah tidak dipayungi sesiapa. BN atau PR takkan mungkin mengalah dan membuang ego masing-masing. Ini menyebabkan Sidang DUN yang mulia terpaksa diseret ke mahkamah yang biasanya menjadi penyelesai kepada 2 pihak yang bermasalah. Namun 2 pihak ini bukan manusia biasa. Mereka semua wakil rakyat yang menentukan kelangsungan negeri dan negara. Di mana maruah rakyat, negeri dan negara jika wakil rakyatnya asyik bersengketa. Kenapa perlu sampai bergantung kepada keputusan mahkamah sedangkan merekalah yang meluluskan undang-undang untuk mahkamah melaksanakan fungsinya. Kalau 2 anak berebut sesuatu, maka bapak boleh menjadi pendamainya agar kesemua anaknya tidak kecewa. Maka bagaimana nak dikatakan payung jika membiarkan seorang anak bermaharajalela sedangkan dalam masa yang sama seorang lagi anak ibarat berada dalam kasta kelas kedua.

Tuesday, October 27, 2009

Kuala Dipang Sekali Lagi Menjadi Saksi

Amat mengejutkan apabila mendapat khabar tentang tragedi yang menimpa Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang. Tragedi yang amat menyayat hati ini berlaku apabila sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras. Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Program malang ini melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah. Di fikiran ini terbayang wajah Tuan Haji Radhi, Pengarah JPN Perak dan orang-orang kanannya di Taman Lapangan SSI yang tidak kelihatan di surau sebagaimana biasa semenjak semalam.

Mungkin agak keterlaluan jika ada yang mengaitkan tragedi ini dengan 1Malaysia yang dijadikan tajuk perkhemahan ini. Walau apapun nama program ini namun, suatu yang sudah ditentukan pasti akan berlaku mengikut ketentuan Allah. Semoga ibu bapa yang terlibat, mungkin ada melibatkan kaum kerabat aku yang terdekat dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah.

Namun fakta yang menyebut bahawa jambatan yang runtuh ini baru 2 minggu disiapkan itu tidak harus dipandang ringan. Kita bukan pertama kali mendengar kesilapan manusia menyebabkan mala petaka seperti ini. Lebih menyedihkan apabila membabitkan nyawa anak-anak yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Kebimbangan ini sentiasa menghantui fikiran setiap kali melepaskan anak-anak menyertai perkhemahan anjuran sekolah. Apakah nilainya keuntungan projek jambatan seperti ini jika taruhannya adalah nyawa manusia yang tidak berdosa. Semoga kesilapan seperti ini tidak sekali-kali akan berulang dan jika ada sebarang penyelewengan maka hendaklah dicari petualangnya sehingga ke lubang cacing

Saturday, October 03, 2009

Kartika vs SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO

MEMORANDUM BANTAHAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

(A) Latarbelakang

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”.

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiara dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –

“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-
· Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)

· Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;

· Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN

· Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam

NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1. MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2. MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3. MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4. MEMECAT MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM.

5. BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

1 OKTOBER 2009
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...