Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Ujian Dari Allah

        Sudah begitu lama aku membiarkan blog ini terbiar sepi. Tiba-tiba hilang rasa untuk mencoretkan sesuatu buat tatapan semua. Suasana semasa menjadikan segala yang ingin kunyatakan menjadi menjadi hambar. Lidah yang sering mengkritik suasana tiba-tiba menjadi bungkam. Fenomena ini bukan sahaja melanda diriku sahaja malah turut melibatkan beberapa kenalan bloggers yang aku kenali.
               Berada dalam wad beberapa hari menjadikan hati ini meronta-ronta untuk mencoretkan sesuatu. Ini kali ke tiga aku dimasukkan ke dalam wad. Pertama kali ketika berada di Ipoh, aku dimasukkan ke dalam wad selama 5 hari akibat darah tinggi yang melampaui batas. Dengan bacaan bp melebihi 200, darah keluar daripada hidung dengan mencurah-curah. Doktor mengatakan aku bernasib baik kerana biasanya dengan keadaan sebegitu, urat darah halus biasanya putus di kapala hingga ke otak. Jika itu berlaku maka tidak ada lain jawabnya melainkan aku akan mengalami strok. Syukur Alhamdulillah yang telah memberikan aku peluang untuk hidup dan berbakti kepada agama sedikit masa lagi.
            Kini setelah aku bertukar ke Taiping, sekali lagi aku menerima ujian yang sama. Dengan cuaca Taiping yang sentiasa sejuk dan nyaman, suatu hari aku dikejutkan dengan rasa tekanan di dada. Walaupun aku baru nak merehatkan diri setelah kembali dari mengajar di masjid, tekanan di dada itu berterusan hingga mengganggu tidurku, Puas aku mencuba untuk melelapkan mata, namun dada yang berat menyebabkan aku menjadi tak berdaya. Lantas aku memberikan persetujuan kepada isteri untuk dihantar ke hospital. Bermula dari tengah malam sehinggalah siangnya aku dimasukkan ubat mencairkan darah dan keadaan pulih seperti biasa. Di katakan bahawa aku ditimpa serangan jantung dan keputusanku mendapatkan rawatan segera telah menyelamatkan nyawku buat kali kedua.
           Aku ditempatkan di wad CCU buat beberapa hari sebelum ditukarkan ke wad biasa beberapa hari kemudian. Kini seminggu setelah aku keluar wad, kini aku diganggu lagi dengan kesakitan yang serupa. Lena tidurku dikejutkan pada pukul 3 akibat kesesakan dada dan aku minta dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kini aku ditempatkan di wad yang sama, D4, Hospital Taiping. 
            Entah sampai bila aku akan terus begini. Kebetulan dalam masa yang sama negara dikejutkan oleh bencana yang sama menimpa Dato' Kazim Alias. Dengan segala keperihatinan dan bantuan berbagai pihak beliau telah dua kali menjalani rawatan Angiogram bagi mengenalpasti keadaan saluran darah ke jantung yang mungkin tersumbat. Sedangkan aku masih tidak ada sebarang kepastian sama sekali. Menurut pihak hospital jika nak dibuat di Ipoh mungkain memakan masa 6 bulan untuk mendapatkan tarikh. Tetapi jika hendak di buat di IJN mungkin boleh disegerakan. Namun tanpa sebarang pertolongan seseorang, dengan hanya menggunakan prosedur biasa, entah bilakah orang biasa sepertiku ini akan mendapat rawatan sewajarnya. Bukan hanya perkara sebesar itu, malah walaupun mempunyai GL yang melayakkan aku berada di kelas pertamapun tak pernah aku nikmati. Jawapan standard yang aku terima hanyalah tiada kekosongan seolah-olah begitu ramai pesakit vip yg beratur untuk memenuhi wad. 
           Aku bersyukur dengan apa yang aku terima selam ini. Aku jugak seorang penduduk kampung yang bisa hidup serba kekurangan dan tanpa sebarang kemewahan. Namun apa yang menjadi tanda tanya adalah layanan yang tidak sama antara mereka yang dikenali dengan yang tak dikenali, mereka yang bergelar VIP dengan yang tiada apa di pandangan manusia. Ironisnya, mereka yang menguruskannya bukanlah golongan VIP atau ternama. Mereka hanyalah jururawat biasa dan doktor-doktor biasa yang tidak mengaut keuntungan puluhan ribu sebulan atas rawatan yang dikenakan. Jika mereka mungkin suatu hari nanti mengharapkan layanan sama rata kepada mereka, kenapa mereka sendiri tidak melakukan perkara yang sama kepada pihak lain. Kepada pihak pengurusan hospital, ada sesuatu yang wajar diperbetulkan.....

Wednesday, October 05, 2011

Anugerah Giliran Cemerlang

 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah anugerah yang amat diharap-harapkan oleh setiap penjawat awam. Melalui skim SSB yang terdahulu ianya menjadi impian memandangkan hasilnya melibatkan pergerakan atau kenaikan gaji samada secara menegak atau melintang. Kenaikan tersebut boleh menjangkau ribuan ringgit dalam masa setahun dan menghampirkan tangga gaji kepada tangga gaji akhir. Namun apabila skim SSM diperkenalkan maka pergerakan gaji ditukarkan kepada kelulusan PTK dan anugerah ini hanya melibatkan pemberian sijil, saguhati RM 1,000.00 dan beberapa manfaat sampingan bagi keutamaan menghadiri kursus serta pameran gambar di papan kenyataan selama setahun.

Pada tahun 2000, ketua bahagianku ketika itu bertanya apakah aku mahu mendapatkan anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun tersebut. Melalui caranya bercakap aku dapat menilai bahawa beliau sebenarnya cuba memohon tolak ansur dariku bagi mengalah kepada salah seorang rakan setugas yang merupakan seniorku walaupun dari segi pencapaian agak sedikit ketara berbeza antara kami berdua. Mengenangkan keakrapannya dengan ketua bahagian ketika itu menyebabkan aku mengatakan kepada ketua bahagian; bagi saya tahun depan je lah.

Alhamdulillah, tahun 2001 aku dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang memberikan pergerakan gaji secara melintang pada tahun 2002. Ketika itu terasa benar kepuasannya apabila hasil titik peluh dihargai dan dinilai sewajarnya. Walaubagaimanapun sedikit kehampaan aku rasai apabila senarai penerima anugerah pada tahun tersebut melibatkan sama salah seorang anggota yang diketahui umum amat lemah komitmennya terhadap tugas hakikinya. 

Anugerah kali kedua aku terima pada tahun 2003. Anugerah kali ini adalah atas dasar kelulusan peperiksaan PTK (TK2) dengan kelulusan awal secara bersyarat. Aku bersama dua sahabat baikku telah mendapat kelulusan bersyarat iaitu lulus sebahagiannya. Oleh kerana hanya kami sahaja yang mencapai markah yang sedemikian, semakan semula dibuat terhadap kelulusan tersebut. Bagi menjaga imej penjawat awam keseluruhannya, maka geraf kelulusan direndahkan sehingga menyebabkan keputusan kami bertiga diubah kepada lulus sepenuhnya. Kelulusan ini membolehkan aku mendapat anjakan gaji sekali lagi dengan kaedah melintang.

Tahun 2008 aku dihantar bertugas di Daerah Kuala Kangsar. Pada tahun 2009, aku memohon untuk memanggku Daerah Ipoh bagi membolehkan aku mengurangkan kos ulang alik ke Kuala Kangsar menjadi 3 hari seminggu sahaja.  

 Pejabat Agama Daerah Ipoh adalah daerah yang paling sibuk dengan kadar pendaftaran pernikahan lebih kurang 2 kali ganda berbanding daerah kedua sibuk seperti Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan dan Manjung. Ini menjadikan aku terpaksa  menyelesaikan tugas di dua daerah yang amat sibuk. Walaupun pengarah sendiri berusaha untuk mendapatkan elaun memangku bagiku, namun oleh kerana tidak menjadi pegawai yang begitu dikehendaki, pihak SUK tidak begitu bersungguh untuk menjayakannya. Maka jika sekiranya anugerah seterusnya aku terima berasaskan tugas pada tahun 2009 maka aku merasakan aku amat layak menerimanya. Namun tahun 2009 bukanlah giliran aku untuk menerimanya.


2011 aku sekali lagi menerima anugerah berasaskan penilaian tugas pada tahun 2010. Jika tidak memikirkan komitmen yang pernah aku curahkan pada tahun 2009 tanpa sebarang penghargaan, ingin rasanya aku menolak untuk menaiki pentas pada tahun ini. 2010 adalah tahun yang paling sedikit sumbanganku kepada kerajaan. Tahun berkenaan adalah tahun aku menuai sedikit sumbangan kerajaan terhadap tugas yang aku curahkan selama ini. Selama hampir 3 bulan aku di hantar berkursus ke Mesir. Di hujung tahun hampir 2 bulan aku diberi anugerah menunaikan Fardhu Haji di Mekah. Maka tidak ada asas langsung untuk aku menerima anugerah pada tahun ini melainkan atas asas giliran semata-mata.



Sijil Perkhidmatan Terpuji yang diberikan kepada mereka yang dianggap baik komitmennya tetapi tidak sampai gilirannya untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sijil ini hanyalah sekadar memujuk hati tanpa kelebihan apa-apa............




Sunday, September 12, 2010

Jumaat Untuk Sehari !

Dalam perjalanan menuju ke kampung, aku dihubungi oleh Pejabat Daerah Batu Gajah mengenai perkenan DYTM Raja Muda untuk bersolat di Surau Ar-Rahmaniah, Taman Desa Aman. Dalam dengar tak dengar aku menyangka ianya adalah salah satu Surau Diri Jumaat ataupun kesilapan istilah surau digunakan bagi masjid. Namun selepas itu aku dimaklumkan oleh seseorang bahawa Solat Jumaat itu akan diadakan di surau baru yang sememangnya berhampiran dengan tapak bazar Ramadhan tempat aku sering membeli juadah berbuka.
Sebagaimana kebimbangan yang bermain di fikiranku begitu jugalah apa yang dirasakan oleh SS Dato' Seri Mufti. Dalam ucapannya beliau memohon agar perkara ini jangan dijadikan isu kerana beliau ada asas dalam memberikan kebenaran. Ketika aku mengajukan rasa tidak puas hati, sahabat di Jabatan Mufti hanya menjawab ada kebenaran Tuanku. Aku menjawab adakah Tuanku sudah dianggap sebagai Tuhanku kerana segala yang berkaitan dengan Tuanku tidak boleh langsung diperbahaskan langsung. Suatu yang tidak sah sebelumnya menjadi sah seolah-olah Baginda atas batang tubuhnya itu adalah mewakili Ulul Amri tanpa ada kaitan langsung dengan sebarang undang-undang dan peraturan lainnya, sesuai dengan status Raja Berperlembagaan.

Kebenaran Solat Jumaat ini dipohon oleh Jawatankuasa kepada Mufti tanpa perakuan dan kajian oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah. Ianya tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa kerana ianya dibuat seminggu sebelum Hari Raya. Jika asas kesesakan yang dijadikan alasan, banyak lagi surau yang perlu dipertimbangkan memandangkan kebanyakan masjid begitu sesak setiap kali hari raya.  Dalam masa yang begitu singkat Mufti memaklumkan kepada Setiausaha Tuanku lalu mendapat maklum balas yang baik dari Tuanku untuk mencemar duli bersolat bersama jemaah di situ. 
Inilah masalah yang menyebabkan aku sering tidak sehaluan dengan SS Mufti lantaran sikapnya tidak menghormati pihak bawahan dan suka bertindak tanpa berfikir panjang. Wajarkah beliau hanya menerima bulat-bulat alasan jawatankuasa surau tanpa sebarang perakuan pihak Jabatan Agama Islam Perak yang berbidangkuasa bagi menjalankan kajian terhadap keperluan sesuatu kariah ? Wajarkah beliau mengecualikan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dalam sesuatu kes yang dirasakan tidak perlu sedangkan dalam banyak kes-kes lain yang memerlukan keputusan yang lebih segera terpaksa dinantikan begitu lama kerana menunggu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bersidang ? Wajarkah beliau hanya meletakkan keharusan Syarak bagi berbilang Jumaat dalam satu kariah atas sebab Dzahmah (Sesak), hanya berdasarkan andaian beliau secara berseorangan dan menggunakan perkenan DYTM Tuanku sebagai Yang Dipertua Majlis secara berseorangan ? 

Apakah kita menganggap keharusan Syarak ini suatu yang remeh dan boleh dilaksanakan mengikut kehendak dan pemikiran individu tertentu sahaja. Kalaupun dari segi Syaraknya dianggap lulus, apakah tindakan ini boleh menjamin kesesuaiannya dari segi keadilan pentadbiran yang akhirnya menyebabkan kelulusan dan kebenaran Jawatankuasa Fatwa atau keputusan Majlis dianggap remeh dan tidak dipandang sebagai suci oleh masyarakat Islam seluruhnya.

Monday, August 16, 2010

Kenaikan Pangkat ; Wajarkah Masih Ada Rungutan

Alhamdulillah, senarai nama yang dikemukakan untuk diperakui bagi kenaikan ke gred 44 telahpun diterima oleh pihak jabatan. Walaupun aku menganggapnya sebagai perkara biasa, namun kegembiraan melihat begitu ramai teman-teman yang dinaikkan pangkat begitu dirasai. Bagi pihak aku sendiri apalah sangat ertinya kenaikan setelah melalui penahanan selama 15 tahun lebih berbanding teman-teman lain. Kesemua yang naik bersamaku adalah juniorku sebanyak 5 tahun. Sebahagian dari mereka pernah meminta nasihatku ketika hendak menghadiri temuduga pengambilan bekerja beberapa tahun dahulu. Bagiku kenaikan pangkat adalah satu keistimewaan dan penghargaan, bukan hak dan kemudahan. Bukan semua pekerja berhak mendapat kenaikan pangkat walaupun ramai yang tidak begitu layak telahpun dinaikkan pangkat. Sewajarnya mereka yang memiliki kemahiran, kerajinan dan kelebihan tertentu sahaja yang berhak untuk dipertimbangkan.
Namun dengan pihak atasan yang tidak melihat kemahiran dan kelebihan sebagai asas telah menyebabkan kenaikan pangkat sudah menjadi rebutan secara tidak sihat. Asas utama dalam penilaian hanyalah sejauhmana taatnya seseorang kepada parti pemerintah. Jika asas ini dimiliki, terpadamlah segala kekurangan malah kecacatan di sudut yang lain. Kebolehan melaksanakan tugas bukan sangat menjadi keutamaan di dalam pemilihan.
Oleh kerana pencalonan dibuat berdasarkan senioriti, maka tersenarailah semua yang melepasi tempoh perkhidmatan yang ditentukan. Kini penempatan dan pertukaran mula menjadi bahan perbincangan. Secara asasnya kenaikan ini akan menyebabkan pertukaran. Jarang sekali penempatan sedia ada diteruskan jika berlaku kenaikan gred. Perjawatan yang ada sebelum ini sememangnya di daerah-daerah yang sebahagiannya jauh dari ibu pejabat. Jika tidak kerana menggunakan waran perjawatan baru, semua pihak menyedari kekosongan yang bakal diisi hanyalah di daerah yang jauh dari Ipoh. Seharusnya bagi yang mengisi borang kenaikan pangkat sudah bersedia bagi perpindahan mereka ke daerah jika berjaya.
Entah kenapa, jumlah kenaikan yang diluluskan, melebihi dari jangkaan. Asal kekosongan sekadar 3 penempatan kita menjadi 3 kali ganda. Maka sebahagiannya terpaksa di tempatkan di ibu pejabat di samping beberapa daerah yang amat perlu diisi. Maka timbullah rasa kurang senang kerana sebahagiannya tidak perlu dipindahkan dan ditempatkan di ibu pejabat.
Bagi pegawai lain, kenaikan ini menjadikan gaji dan elaun bertambah dengan mendadak. Berbeza denganku yang hampir-hampir mencapai maksimum, maka pertambahannya hanyalah beberapa ringgit sahaja. Walaupun jumlahnya belum dapat dipastikan, namun pastinya tidak akan sebanyak pegawai-pegawai lain yang mempunyai gaji asal yang kurang sedikit. Ini bermakna kenaikan ini mungkin berbaloi bagi menampung perbelanjaan mereka jika berlaku pertukaran. Entah kenapa kerana beberapa orang yang selamat dari perpindahan menyebabkan ada hati yang tidak merelakan. Sedangkan hakikatnya, jika hanya 3 kenaikan asal sahaja yang diluluskan, pastinya mereka yang berjaya tiada pilihan lain kecuali dipindahkan. Mudah-mudahan kealpaan ini segera diingati dan diperbaiki. Setiap yang bernasib baik pada hari ini tidak akan sentiasa dijunjung dan dipertahankan. Setiap pegawai mesti bersedia untuk berpindah mengikut arahan pihak atasan. Cuma masa yang akan menentukan. Jika kita rasa kita ada masalah, apakah kita wajar menganggap orang lain tidak menghadapi sebarang masalah. Oleh yang demikian, redhalah dan bincangkanlah dengan mereka yang berkuasa agar hilang segala yang rasa terkilan di hati. Jangan hanya kerana isu remeh seperti ini, kita bermasam muka dan menambahkan lagi jurang perbezaan antara sesama kita.

Tuesday, August 03, 2010

Akhirnya Dipanggil Juga

Jumaat, 30 Julai 2010, seminggu setelah kembali ke tanahair, sekali lagi menjadi sejarah tersendiri dalam perkhidmatanku sebagai penjawat awam. Sekali lagi aku dipanggil mengadap Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menggenapkan senarai 3 blacklisted yang dianggap bermasalah. Satu kelainan yang kurasa, apabila sehari sebelumnya, ketika sedang berbengkel di Hotel Seri Malaysia, aku dihubungi oleh PA beliau. Diberitahu mengenai hasrat Dato' Seri SUK hendak bertemu, aku ditanya bila ada kelapangan, berbeza dengan biasanya, ditetapkan masa untuk mengadap.

Pertemuan berlangsung tanpa mengambil masa yang lama. Tidak sebagaimana 2 sahabat terdahulu yang ditanya berkaitan beberapa isu, aku terus ditanya kenapa tidak dinaikkan pangkat. Seperti biasa aku katakan, manalah aku tahu kerana bukan aku yang menentukan. Selainnya kukatakan andaianku bahawa aku terkena tempias lantaran lamanya berkhidmat di masjid negeri yang dianggap markas pembangkang, dan kerana aktifnya aku mengarang khutbah ketika itu. Beliau menyatakan kekesalannya tentang suasana terkini sehingga berbagai penghinaan dilemparkan kepada Mufti.

Ketika beliau menyebut agar tidak menjadi seperti 2 orang sahabatku yang dianggap melampau, aku terus memintas untuk memberikan cadangan. Aku menyatakan bahawa ruginya kerajaan menggantung tugas 2 orang pegawai ini sedangkan mereka tiada masalah dalam bidang pentadbiran dan menjadi rujukan kepada teman-teman. Jika ketakutan politik yang jadi asas pertimbangan, maka aku cadangkan Unit Ukhuwwah atau Penguatkuasaan yang begitu kurang risiko berceramah dan bercakap politik di hadapan masyarakat.

Sebelum menamatkan pertemuan, beliau bertanya apakah sebelum ini ada secara tidak langsung menyelitkan unsur politik dalam khutbah atau ceramah. Aku menjawab bahawa 9 tahun aku di Bahagian Pengurusan Masjid, tidak ditukar ke mana-mana, maka aku menganggap bahawa aku bersih. Akhirnya beliau mengucapkan tahniah dan mengatakan aku telahpun melepasi tapisan dan layak untuk kenaikan pangkat.

Secara lisannya aku sudah layak untuk mengadakan kenduri kesyukuran, namun realitinya apa sahaja boleh berlaku. 

Kembalinya aku ke pejabat disambut oleh Pengarah dengan ucapan tahniah kerana bakal dinaikkan pangkat. Aku bergurau mengatakan :"apa kelas tahniah dari Pengarah...Setiausaha Kerajaan Negeri dah ucap tahniah dulu". 

Maka marilah kita meletakkan segala pengharapan hanya kepada Allah, bukan manusia biasa kerana manusia terlalu banyak helah dan tipu dayanya.

Thursday, March 18, 2010

Menjunjung Kasih Tuanku

Syukur ke Hadrat Allah SWT yang telah mempermudahkan segala urusan kami ketika mengadap ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak pada 10 Mac 2010 yang lalu. Semoga usaha kecil ini akan membuka jalan kepada hubungan yang lebih rapat antara Pegawai-Pegawai Agama di negeri ini dengan pihak istana. Laporan penuh boleh dibaca di blog - http://ppuponline.blogspot.com/2010/03/perkenan-mengadap.html .



Friday, February 05, 2010

Kenaikan Pangkat

Pagi ini sekali lagi aku diminta mengisi borang permohonan kenaikan pangkat ke Gred 44. Malu dan mual rasanya membincangkan mengenai Gred 44 ketika mana tempoh perkhidmatan sedang menjangkau hampir 15 tahun. Borang yang berbagai jenis dan bentuk ini bukan pertama kali aku terima. Borang bagi nombor keramat 44 ini sahaja, rasanya sudah kira-kira 5 @ 6 kali terpaksa kuisi. Bagiku kenaikan pangkat bukanlah hak mutlak bagi semua penjawat awam. Ianya akan lebih bermakna jika dianugerahkan. Namun oleh kerana prosedur yang ditetapkan memerlukan semua calon membuat permohonan, maka urusan ini terpaksa juga kulalui. Walaupun aku tidak pernah merasakan kelayakan ku bagi penganugerahan tersebut, namun amat mengharukan apabila melihat prestasi mereka yang sudah dinaikkan pangkat selama ini. Kini persaingan ku hanyalah bersama teman-teman yang jauh lebih junior, yang sebahagian mereka pernah mengambil khidmat nasihatku bagi menghadiri temuduga ketika memohon jawatan ini, suatu ketika dulu. Aku pernah bersama menjadi calon bagi jawatan Gred 48 ketika berada di bawah skim SSB dahulu, dan pegawai junior yang dipilih kini sudahpun menduduki Gred 52.
Isu kenaikan pangkat di Jabatan Agama Islam Perak, bukan suatu isu yang baru. Ianya berpanjangan sekian lama akibat percaturan politik yang membabi buta. Akibatnya, beberapa jawatan yang dilanda kontroversi, dibiarkan begitu lama tanpa diisi. Kegusaran akibat ketidakadilan yang berlaku, dijadikan alasan bagi menafikan hak kenaikan pangkat pegawai-pegawai di Jabatan ini. Walaupun incharge di Bhg Sumber manusia SUK merupakan orang yang lama di jabatan, namun tidak ada sebarang advantage padanya. Malah tidak keterlaluan jika ada yang menganggap ianya dijadikan medan pelepas dendam yang tak sudah terhadap pegawai agama di jabatan ini. Entah bila kemelut ini akan berakhir hanya Allah yang akan menentukan. Perubahan mustahil akan berlaku di era pemerintahan Barisan Nasional kerana asal masalah adalah mereka. Semoga 9 Februari 2010 akan membawa sinar harapan kepada satu perubahan walaupun pengalaman silam memperlihatkan terlalu banyak rintangan dan sabotaj di peringkat pegawai tinggi kerajaan. Wallahu A'lam.

Thursday, January 21, 2010

Penyerahan Perlantikan Jawatankuasa Kariah

Minggu ini adalah minggu yang begitu mencabar kesabaran dan kematangan bagi Pegawai Tadbir Agama Daerah seperti ini. Senarai Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kariah bagi daerah ini telah diserahkan kepada semua pengerusi baru yang diluluskan perlantikannya oleh Majlis. Berbagai reaksi dari berbagai pihak diterima yang menyatakan rasa tidak puashati kerana berbagai alasan. Sebahagiannya melahirkan kebimbangan ahli kariah akan memberontak kerana namanya diketepikan seolah-olah hanya mereka sahajalah yang layak menjawat jawatan tersebut. Sebahagiannya membangkang pelantikan sebahagian jawatankuasa yang dilantik bersama walaupun dia sendiri turut dilantik oleh pihak Majlis sama seperti orang yang dipertikaikan. Sebahagiannya melenting kerana senarai yang dikeluarkan berbeza dengan senarai sedia ada walaupun ini adalah perlantikan baru dan perlantikan lama adalah terbatal dengan sendirinya.
Namun apa yang paling memualkan adalah bangkangan daripada pihak politik yang menyalahkan Jabatan Agama Islam Perak apabila nama mereka tidak disenaraikan. Apabila dikatakan senarai nama ini dicadangkan oleh pimpinan mereka, mereka tetap mengatakan ini semua disebabkan kelemahan Jabatan. Apabila disuruh merujuk kepada pimpinan mereka, mereka enggan kerana mungkin menganggap tidak mungkin pimpinan mereka mengenepikan "Orang Kuat" seperti mereka. Golongan seperti ini akan berterusan menuding jari kepada Jabatan ini tanpa mahu bermuhasabah dan mengakui bahawa merekalah yang bermasalah, dan jika tidak pimpinan merekalah yang perlu disalahkan.

Sunday, January 17, 2010

Disebalik Fitnah Yang Melanda

Pergolakan AJK Kariah yang heboh diperkatakan selama ini hampir-hampir dilupakan. Namun tidak semua yang menyedari masih ada lagi beberapa buah masjid yang masih ditahan pelantikannya walaupun sudah diluluskan oleh Majlis. Bagi kebanyakan orang awam yang hanya mendapatkan maklumat bergantung kepada media cetak semata-mata, menganggap ianya adalah angkara Pengarah dan Pegawai Tadbir Agama Daerah. Amat sukar untuk menerangkan secara terperinci kedudukannya yang sebenar memandangkan latar belakang yang berbeza di antara semua daerah. Namun bagi yang cuba memahaminya, cukuplah dengan meneliti dan mengkaji sebahagian daripada kronologi yang disediakan oleh Pegawai Tadbir Agama Slim River, yang merupakan daerah paling kuat bergolak dalam urusan perlantikan ini.

Tarikh

Keadaan / Perkara

Catitan / ulasan


1.8.09

Sabtu


Menandatangani senarai yang diberi oleh Pejabat Menteri Besar Perak tanpa pindaan walaupun didapati ada sejumlah nama yang saya sendiri tidak kenal.


- Tandatangan dibuat atas alasan menjaga nama baik Jabatan dan Pengarah yang telah mendapat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

- Keadaan kelam kabut ini berlaku disebabkan senarai tersebut akan diangkat ke Persidangan Majlis dalam tempoh 2 hari.


2.8.09

Ahad


i. Mendapat panggilan telefon dari PPMD yang menyatakan beliau bersama Penghulu berada di rumah OBJ untuk mendapat tandatangan senarai tersebut.

ii. Beliau menyatakan Penghulu ingin meminda senarai tersebut. Dan saya memberi arahan sendiri dengan Penghulu Ulu Bernam bahawa senarai tersebut jangan dipinda. Pindaan hendaklah dibuat setelah Persidangan Majlis meluluskan kerana ingin mempercepatkan pelantikan Jawatankuasa Kariah yang berlarutan begitu lama.

iii. PPMD memaklum melalui telefon bahawa Penghulu telah membuat pindaan senarai tersebut tanpa kebenaran dan berbincang dengan PTA.

iv. Saya juga meminda kembali senarai tersebut dan menyerahkan kembali kepada Bahagian Pengurusan Masjid untuk diangkat ke Persidangan Majlis keesokan harinya.






PTA adalah pengerusi kepada panel pencadang jawatankuasa kariah. Penghulu tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat keputusan sesuka hati.




Senarai inilah yang telah diluluskan oleh Majlis dan bukan senarai yang dipinda oleh Penghulu.


Ogos 2009


hingga


Disember 2009


Persidangan Majlis telah meluluskan senarai nama 6 buah daerah dan menolak senarai 10 buah daerah lagi.

PTA diminta membincangkan kembali senarai ini dengan Penghulu dan OBJ dan mengemukakan senarai baru kepada Majlis.

Oleh kerana menghormati YAB Menteri Besar, semua PTA menjadikan senarai yang dikeluarklan oleh Pejabat Menteri Besar sebagai asas dan hanya menukarkan mereka yang tidak layak dengan yang lebih layak.




Ini adalah prosedur sebenar cadangan perlantikan mengikut undang-undang.


Disember 2009


i.Persidangan Majlis telah meluluskan senarai tersebut bersama- sama dengan daerah yang lain


Maka bermulalah episod kontroversi apabila ada pihak yang tidak senang apabila melihat senarai yang diluluskan oleh Majlis berbeza dengan senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak. Perbezaan ini bukan hanya berlaku di Daerah Slim River malah hampir semua Daerah di Negeri Perak.


Pihak atasan telah diarah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti peratus perubahan antara senarai nama yang diluluskan oleh Majlis dengan senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.


PTA hanya boleh menanti apakah tindak balas yang akan dikenakan ke atas mereka akibat mempertahankan hak mereka yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.


Thursday, January 07, 2010

Memulakan Tugas Di PAD Ipoh

Minggu ini aku memulakan tugas secara rasmi di Pejabat Agama Ipoh secara berterusan. Walaupun Ipoh merupakan daerah kecil berbanding Daerah Batu Gajah dimana Pegawai Daerah berada di Batu Gajah, namun dari segi kepadatan penduduk Daerah Ipoh jauh lebih padat berbanding daerah lain. Rekod permohonan perkahwinan di daerah ini 2 kali ganda berbanding daerah besar seperti Teluk Intan, Taiping, Kuala Kangsar dan Manjung. Masalah yang sedikit timbul akibat tiadanya Timbalan PTA yang boleh menandatangani kebenaran nikah sebagaimana daerah-daerah lain. Walaubagaimanapun ianya tidak aakan dijadikan alasan bagi melewatkan proses permohonan orang ramai. Namun urusan lain seperti melawat masjid, SAR, Tadika dan sebagainya sedikit terjejas akibat kekangan waktu. Dari segi pelanggan yang berurusan, Daerah Ipoh didatangi oleh berbagai jenis manusia dari berbagai peringkat. Bermula dari golongan kampungan hinggalah kepada golongan elit yang bergelar dato' dan Tan Seri. Kemahiran komunikasi dan psaikologi yang tinggi amat dituntut bagi semua anggota pejabat ini. Semoga 2010M dan 1431H ini akan membawa sinar baru bagi daerah ini. Semoga PAD Daerah Ipoh akan menjadi pejabat agama daerah yang gemilang, bersih dari sebarang aduan dan cemohan, dekat di hati masyarakat dan malap sebagaimana malapnya fizikal bangunannya yang ditangguhkan pembinaan barunya semenjak sekian lama entah kerana apa.

Thursday, December 10, 2009

Bertukar ke Pejabat Agama Daerah Ipoh

Rabu, 9 Disember 2009 - jam 3.30 petang. secara rasminya aku menerima surat pertukaran ke Pejabat Agama Daerah Ipoh. Walaupun pertukaran bukanlah suatu yang asing bagiku semenjak menjadi warga JAIPk, namun pertukaran kali ini adalah satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Pertukaran ini bukan sahaja melegakan sedikit beberapa kekecewaan yang bersarang di benakku selama ini, namun ianya memberi sedikit kegembiraan bagi beberapa orang anggota bawahan yang gelisah menantikan siapakah yang bakal menggantikan aku di pejabat ini. Walaupun aku bukanlah yang terbaik, namun keikhlasanku mencuba sedaya upaya mengwujudkan suasana kemesraan antara anggota dan majikan mungkin menyebabkan kebimbangan ini timbul. Mungkin kurangnya pendedahan dan pengalaman bersama pegawai lain menyebabkan mereka merasakan suasana kerja yang sebegini tidak akan dapat dikecapi bersama pegawai lain.


Sebagai penjelasan agar tidak dipandang serong selama-lamanya, ingin aku jelaskan bahawa bahawa tidak pernah sekalipun aku mengambil kesempatan dengan hubungan baikku dengan pengarah selama ini. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir. Kalaulah tidak kerana Ustaz Yeop Saidin yang mendesak aku bertindak, perkara ini tidak akan sekali-kali aku lakukan. Walaupun beliau mendesak agar aku sendiri memohon kepada pengarah untuk kekal di Ipoh, namun aku katakan bahawa aku tidak mampu menyatakannya sendiri. Beliau terus mengatakan bahawa beliau sendiri aku bersemuka dengan pengarah untuk menyatakan hal tersebut. Beliau bersama dengan Ustaz Kamarudin mengadap pengarah dan 5 minit sesudah itu aku dipanggil oleh pengarah untuk masuk ke dalam biliknya.


Isu terbesar adalah mencari siapakah yang akan menggantikan aku di Kuala Kangsar. Oleh kerana pegawai yang paling rapat dengan pengarah pada masa ini adalah Ustaz Muzammil maka dialah yang pertama dihubungi oleh pengarah untuk mendapatkan persetujuan berpindah ke Kuala Kangsar. Oleh kerana Ustaz Muzammil merayu agar diberi masa sehingga tahun hadapan untuk menyelesaikan masalah keluarganya, maka fikiranku dan Kamaruddin terlintas nama Ustaz Burhanuddin yang belum pernah bertugas di daerah. Kami melihat Ustaz Burhanuddin adalah salah seorang yang berpotensi untuk ditonjolkan sebagai pimpinan di masa akan datang. Namun sekian lama di bahagian, tidak membantu beliau mengukir nama di kalangan masyarakat umum. Maka peluang berada di daerah adalah kesempatan terbaik bagi menempatkan diri di hati masyarakat. Tidak langsung terlintas untuk menganiaya, tetapi bagi melihat kemajuan kerjaya seorang teman.


Sebagai manusia biasa tidak mungkin aku mengharapkan agar Ustaz Burhanudin tidak menyimpan perasaan marah dan geram terhadap kami namun kami mengharapkan masa akan merawat segalanya. Suatu masa nanti kami yakin sebagaimana yang telah kami lalui, Ustaz Burhanuddin akan merasakan kemanisannya sebagai Pegawai Tadbir Daerah yang mana walaupun hanya menjalankan dasar bahagian-bahagian, namun peranan dan tanggungjawabnya tidak mampu dikesampingkan. Pengalaman membuat keputusan secara berseorangan, terkadang tak sempat mendapatkan pandangan teman-teman menjadikan Pegawai Tadbir Agama Daerah jauh lebih matang berbanding teman-teman di bahagian-bahagian.

Wednesday, November 18, 2009

Pejabat Pemasaran Arak Perak milik Guiness Anchor Berhad (GAB) di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan

Seorang teman bertanya apakah Tan Sri Mufti membenarkan perniagaan ini diluluskan. Ini tidak menghairankan kerana sebahagian besar masyarakat menganggap beliau yang bertaraf Exco terlibat dalam semua urusan kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri Perak. Tidak ramai yang mengetahui beliau hanya mendapat kemudahan dan elaun setaraf dengan exco tetapi tidak dilibatkan dalam mesyuarat exco.
Isu ini amat menarik perhatian saya memandangkan saya melalui jalan ini setiap hari ketika pergi dan balik ke pejabat di Kuala Kangsar. Namun perlu saya jelaskan disini agar tidak berlaku salah faham terhadap penjelasan yang diberi.
Saya menyebutkan kepada sahabat yang bertanya bahawa saya tidak pasti dengan kuasa meluluskan premis perniagaan tersebut. Saya mengatakan bahawa di Kuala Kangsar, Pegawai Tadbir Agama Daerah dijemput hadir dalam mesyuarat perlesenan. Walaubagaimanapun Pegawai Tadbir Agama hanya menyuarakan pandangan jika diminta dan keputusan hanya bergantung kepada beberapa agensi seperti PBT, PDRM, Imigresen dan Bomba. Hanya jabatan yang menjadi ahli tetap ini sahaja yang boleh menjadi mencari alasan untuk tidak menyokong dan ianya tidak akan diluluskan. Bagi sesetengah kes ianya dipanjangkan ke peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan.
Kehadiran Pegawai Tadbir Agama dalam mensyuarat seperti ini juga sering diperdebatkan. Walaubagaimanapun saya memilih untuk menghadirinya agar dapat peluang menyuarakan sesuatu dan saya berdoa agar Allah tidak menggolongkan saya dalam golongan yang bersubahat dalam meluluskannya.
Namun saya tidak pasti siapa yang terlibat di Bandayara Ipoh kerana belum ada sekalipun dilibatkan dalam mesyuarat seumpama itu di sini. Oleh yang demikian saya nak menegaskan bahawa amat malang jika dibenarkan premis pusat pengedaran arak yang mengundang laknat dan bala dari Allah terletak amat hampir dengan Kampung Melayu dimana rumah SS Mufti Kerajaan Negeri Perak ada di dalamnya. Wallhu a'lam

Sunday, July 26, 2009

Kezaliman Terakhir Jamry b. Sury

Satu masalah yang paling besar apabila menghadapi pertukaran adalah kesukaran menjawab andaian orang mengenai kenaikan pangkat. Budaya penjawat awam, setiap kali ditukar ianya samada atas dasar kenaikan pangkat ataupun diambil tindakan disiplin. Sepanjang perkhidmatanku selama 14 tahun, belum pernah kedengaran sebarang permasalahan mengenai tugas yang dijalankan. Ini menguatkan andaian bahawa pertukaranku adalah kerana kenaikan pangkat. 1 Ogos 2008 aku bertukar ke daerah Kuala Kangsar, Bandar Diraja Negeri Perak. Perjawatan di sini adalah gred 44 memandangkan ianya antara 4 daerah terbesar di negeri Perak. Akibat dendam gila KPP Bahagian Pengurusan Masjid pada tahun 2005, Shaari Sulaiman, menyebabkan aku diberikan gred KUP 44. Entah apa sistem yang digunapakai, segalanya boleh dibuat selagimana Asri Saad berada di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. 2 gred special ini hanya dianugerahkan kepada aku dan Manolito. Manolito kononnya kerana tidak lulus PTK dan aku kerana prestasi sebanyak 60 markah yang diberikan oleh Shaari. Aku mengadu kepada Jamry sebagai pengarah ketika itu mengenai kezaliman yang dilakukan. Penekananku bukan masalah markah aku sendiri tetapi markah kesemua anggota BPM yang diberikan terlalu rendah sehinggakan 2 orang daripadanya tidak mendapat pergerakan gaji walaupun lulus cemerlang dalam PTK dan mempunyai prestasi yang baik. Ironisnya, Shaari diberikan prestasi cemerlang oleh Asri walaupun semua anggota bawahannya dikira statik. Secara pasti aku nyatakan bahawa Shaari hanya hadir ke masjid negeri kurang daripada 15 hari sepanjang tahun itu. Segala beban tugas terpikul ke atasku. Namun Jamry bukanlah pengarah yang memikirkan kebajikan orang bawahan dan segalanya terus berlalu seakan-akan tiada apa yang berlaku.
Kini sejarah berulang kembali. Kalau dulu Shaari kini Jamry. Entah kenapa sebahagian pegawai diserahkan penilai keduanya kepada Jamry. Walaupun aku sudah mengagak, namun tidaklah disangka dia sebodoh itu. Kali ini bukan seorang dua tetapi merangkumi KPP dan Timbalannya. Walaupun KPP dan Timbalan tidaklah seteruk kami yang puratanya memperolehi sekitar 40 ke 50 markah, mereka hanya memperolehi kurang dari 80 markah. Ini menjadikan purata anggota jabatan menurun mendadak seolah-olahnya tidak mampu melaksanakan sebarang tugas yang diamanahkan. Mungkin Jamry mahu membuktikan kewajaran beliau dibuang dari Jabatan ini kerana gagal memimpin kakitangannya sendiri. Kegagalan pekerja keseluruhannya adalah menunjukkan kegagalan majikan itu sendiri.
Walaupun pengarah dan timbalan sekarang bersimpati denganku namun aku tidak menaruh sebarang harapan untuk mendapatkan keadilan. Walaupun dicadangkan agar prestasiku dinilai kembali, namun harapanku agar semua penialian oleh Jamry dibakul sampahkan. Mana mungkin orang yang tidak rasional (kalaupun tidak dikatakan gila) dibenarkan menilai pekerja. Laporan khas perlu dikemukakan ke peringkat tertinggi hatta sampai ke KSN kalau perlu . Jangan sampai kezaliman ini hanya menjadi catatan sejarah tanpa tindakan pembetulan dan hukuman bagi pihak yang melampaui batas.

Friday, July 10, 2009

PPSMI Menjadi Punca

Syukur ke Hadrat Allah swt kerana PPSMI telah berjaya dimansukhkan walaupun masih terdapat unsur dolak dalih dalam perlaksanaannya. Sukarnya mengikis sifat ego manusia sehingga dikatakan keputusan ini bukan disebabkan desakan rakyat dan politik tetapi disebabkan kajian yang mendalam demi memastikan masa depan generasi akan datang. Jika itulah yang menjadi asas keputusan ini maka nyatalah kepimpinan terdahulu ketika memperkenalkan dasar ini tidak membuat kajian mendalam sekaligus mengenepikan kepentingan generasi akan datang.

Ketika dasar ini mula dilancarkan, aku pernah mengulas mengenainya dalam kuliah maghrib di masjid dan surau. Ketika membincangkan mengenainya di sebuah masjid di gugusan Manjoi, tanpa ku sedari pengerusi masjid tersebut, yang juga kini menjadi sahabat baikku telah turut bersama mendengarnya. Secara kebetulan beliau mengadakan kenduri kesyukuran pada malam tersebut.

"Eh..Dato' pun ada", ujarku ketika melangkah masuk ke dewan makan. "Ada.., aku ada di luor. Kalau aku masuk tak dapat aku nangkap kamu ngajo ngate kerajaan tu", jawab beliau dengan nada gurauan.

Insiden itu akhirnya menjadi modal gurauan beliau apabila kami bersama termasuk diwaktu kehadiran pimpinan kerajaan. Hubungan baik beliau dengan pimpinan termasuk hubungan kekeluargaan dengan mantan Menteri Besar menyebabkan gurauan tersebut diteruskan tanpa menyangka ianya tidak dilihat hanya sebagai gurauan di pihak pimpinan. Akhirnya aku yang menjadi mangsa diskriminasi kepimpinan negeri tanpa berpeluang membela diri.

Walaupun itu bukanlah satu-satunya alasan untuk aku dizolimi, namun ianya aku anggap sebagai tak berbaloi kerana ianya timbul akibat gurauan sahabat yang amat rapat. Sikap tidak professional kepimpinan telah menyebabkan aku menjadi "pegawai senior" yang menjadi "beban" kepada jabatan. Sukar untuk menafikan perananku di Jabatan kerana amat kurang amanah dan jawatankuasa bertindak yang aku tidak dilibatkan bagi melaksanakan fungsi Jabatan. Komitmen dan kemampuan kubekerja diakui kebanyakan sahabat malah bukan sedikit rujukan yang dibuat oleh mereka kepadaku. Namun apakah manisnya melibatkan aku dalam tugas-tugas tambahan dalam menaikkan nama Jabatan sedangkan gred perjawatanku masih sama sepertimana ketika melapor diri dulu. Jika dinilai 14 tahun perkhidmatan tanpa sebarang kenaikan pangkat menunjukkan kelemahanku dalam melaksanakan tugas. Namun apakah rasionalnya anugerah perkhidmatan cemerlang yang aku terima sebanyak 3 kali sepanjang tempoh tersebut.

Wednesday, June 03, 2009

Ada Masjid Cina dan Masjid India, Masjid Melayu Di Mana

Mungkin ada benarnya kata-kata sesetengah teman-teman bahawa pemikiranku sering kali berlainan daripada yang lain. Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke 166 semalam telah mengumumkan geran pelancaran sebanyak RM2 juta yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak untuk pembinaan Masjid Cina Muslim di Taman Tasek Jaya Ipoh. Walaupun mungkin ramai yang akan memuji tindakan tersebut, termasuk yang paling berbangga, Dr Asri yang akan mengatakan bahawa pendapatnya terbukti diterima pakai, namun bagi aku ianya adalah satu tindakan mengundur ke belakang.

Tidak ada bukti yang konkrit mengatakan orang Cina terhalang menggunakan masjid dengan reka bentuk sedia ada. Halangan sebenar hanyalah kerana mereka tidak diberi ruang dalam pentadbirannya. Majlis sepatutnya mengkaji keahlian AJK Kariah yang dikuasai golongan yang bukan ahlinya bagi menarik minat Bukan Melayu mengimarahkan masjid, bukan dengan mewujudkan masjid yang terpisah-pisah menurut keturunan dan bangsa.

Sekian lama Masjid India dan Masjid Pakistan wujud di negeri ini namun tidak ada sebarang kemajuan terhadap dakwah mereka terhadap orang-orang India di kalangan mereka. Kewujudan kedua masjid ini hanya melambatkan proses pemantapan ukhuwwah antara berbagai bangsa di mana mereka akan selamanya bergaul sesama mereka tanpa bercampur gaul dengan yang lainnya.

Persoalan duit bukanlah masalah besar bagi orang Cina. Namun apakah mereka bersungguh mahu mengimarahkan rumah Allah jika semata-mata mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata. Tidakkah mereka perlu melalui kepayahan sebagaimana yang ditempuhi oleh Orang Melayu di kampung-kampung dan Orang India yang mengutip derma untuk mendirikan tempat ibadat.

Rumah Allah tidak seharusnya dinisbahkan kepada mana-mana bangsa secara khusus. Ini hanya akan menghalang bangsa lain dari menggunakannya dengan selesa. Walaupun begitu banyak masjid yang dibina oleh orang Melayu namun tidak ada satupun yang dinamakan Masjid Melayu melainkan Masjid Kampung Melayu. Reka bentuk masjid sedia adapun lebih banyak bercirikan Arab berbanding Melayu kerana Arab lebih mendekatkan Orang Melayu dengan Islam. Maka jika Orang Melayupun menumpang di rumah Allah (Tanpa perlu identiti Bangsa Melayu), maka apakah sukarnya Orang India dan Cina untuk bersama dalam mengimarahkannya.

Saturday, May 23, 2009

Sikap Prejudis Terhadap Institusi Agama

Kezaliman Pihak Berkuasa Agama
Disiarkan pada May 22, 2009 dalam kategori
Komen & Pendapat
Dr MAZA: Email dan aduan seperti ini sudah banyak kali saya terima dari berbagai pihak. Ini adalah tindakan yang zalim ke atas pasangan yang sudah berkahwin secara halal. Jika pun pihak berkuasa agama tidak puas hati, mereka boleh didenda dengan wang atau minta mereka hadir kursus mudah. Kursus itu bukan rukun nikah. Jika pun ia boleh memberi manfaat, banyak kursus yang tidak berfungsi dengan baik dan lebih berbentuk bisnes. Seseorang boleh dikecualikan dari kursus berkenaan jika ada keperluan.
— On Fri, 5/22/09, xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com) wrote:
From: xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)Subject: Ingin bertanyaTo: moasriza@yahoo.comDate: Friday, May 22, 2009, 8:44 AM
Assalamualaikum Dr,
dulu Dr Asri adalah mufti negeri perlis. di sini saya ingin bertanya tentang perkahwinan.
saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin. sebelum ini dia adalah seorang janda. Di hari perkahwinan dia semasa akad nikah dia tidak mempunyai sijil kursus perkahwinan dan terus di nikahi oleh imam. kebetulan imam itu adalah bapanya sendiri.
Masalahnya sekarang selepas berkahwin dia mendapat cahaya mata. Sekarang ni anaknya dah dua orang. tapi dia tidak boleh mendaftar anak sebabnya mereka tidak di beri sijil nikah. alasannya ialah kerana mereka berdua tidak mempunyai sijil kursus sebelum berkahwin.anak sulungnya hanya di beri surat sementara dan anak kedua belum dapat lagi di daftarkan.Persoalannya sekarang ni apa yang wajib di dalam perkahwinan? Kursus ataupun akad nikah dan adanya wali. bukannya kawin lari.Apa yang pentingnya kursus perkahwinan? adakah ia boleh membawa kebahagian sehingga akhir hayat. apa yang telah saya ketahui kursus ini hanyalah menguntungkan setengah pihak sahaja. ada setengah yang pergi kursus hanya sempat berkahwin hanya seminggu sahaja. apa yang di pelajari di dalam kursus.Saya harap dato’ dr asri dapat memberi pendapat dan pandangan.xxxxxx

Pandangan Dr Asri ini sememangnya mudah dijangkakan. Apa sahaja kritikan org terhadap institusi agama, maka pasti dialah orang pertama yang akan terkinja-kinja membelasah sama. Latihan sambil belajar sebagai mufti tidak pernah menambahkan pemahamannya terhadap tugas-tugas pegawai agama. Beberapa perkara yang perlu direnungkan :
a. Beliau memastikan ketepatan kisah yang diemailkan oleh sepupu janda yang terlibat itu. Sebagai pegawai agama saya yakin 100% bahawa kisah ini tidak begitu tepat dengan yang diceritakan.
b. Masalah janda tu tak dapat daftar anak, bukan masalah takde sijil nikah. Kenapa tak dikatakan zalim kepada Jabatan Pendaftaran yang tak nak mendaftarkan anak itu.
c. Kenapa hanya Jabatan agama sahaja yang kena langgar prosedur sendiri untuk puaskan hati orang macam Dr Asri ni. Kenapa Jabatan Pendaftaran tak dimintak melonggarkan prosedur kerja mereka.
d. Dr Asri kata banyak kursus yang tidak berfungsi dengan baik dan lebih berbentuk bisnes. Berapa banyak Jabatan Mufti dia dulu buat kursus yang berfungsi dengan baik dan tak dikenakan bayaran (kursus agama tak boleh bentuk bisnes, bidaah agaknya).
e. Dr. Asri faham ke kebiadapan imam (bapa janda tu) yang sepatutnya faham prosedur dan undang-undang jabatan agama tetapi sengaja menikahkan anaknya tanpa mengikut prosedur. Takde mana-mana Qadi yang kata tak sah. Kalau dah boleh nikah sendiri, cetak le surat nikah sendiri.
Kepada semua umat Islam, ingin saya nasihatkan bahawa Institusi Agama ini mewakili Syiar Islam yang tidak kurang pentingnya berbanding Syariat Islam. Setiap Umat Islam bertanggungjawab memeliharanya dan jangan sekali-kali bersekongkol dengan musuh Allah dalam menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Lebih baik kita merujuk kepada yang terlibat agar boleh diselesaikan apa sahaja masalah yang timbul berbanding menunjukkan penghinaan tanpa membantu menyelesaikan masalah.

Thursday, May 21, 2009

Pakatan Rakyat Perak Anjur Puasa Sunat, Mogok Lapar Sehari Isnin Depan

Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan puasa sunat dan mogok lapar Isnin depan sebagai langkah rohaniah agar doa rakyat Perak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dalam masa terdekat dimakbulkan.

Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata keputusan puasa sunat dan mogok lapar itu dibuat pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Perak semalam.

"Saya menyeru umat Islam seluruh negeri Perak supaya bersama-sama berpuasa sunat pada hari Isnin depan dan bagi rakyat bukan Islam pula melancarkan mogok lapar selama sehari.

"Tujuannya adalah bagi mendoakan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin dan langkah ini diambil bersama-sama rakyat seluruh negeri Perak," kata beliau.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka melancarkan usaha rohaniah tersebut di Ipoh pada pukul 10.00 pagi bersama-sama Speaker V. Sivakumar.

Thursday, April 09, 2009

Senarai Kabinet Najib

Kabinet baru telah diumumkan secara rasmi pada hari ini. Seluruh rakyat akan menilai kemampuan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Apakah mereka akan bekerja untuk rakyat akanpun bekerja untuk Barisan Nasional. Mampukah mereka menjadikan negara sebagai Baldatun Tayyibatun Wa Rabbul Ghafur.
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Thursday, March 26, 2009

BLOG TOK GURU DIBUKA HARI INI

Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang dilancarkan hari ini. Majlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC. Mukadimah yang terdapat dalam blog ini adalah seperti berikut :

Selamat datang ke laman blog saya. Disini anda dapat membaca segala pendapat dan buah fikiran dari saya tentang isu-isu politik, semasa dan agama. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, InsyaAllah.
Blog ini boleh dilayari di http://blogtokguru.com/

Wednesday, March 25, 2009

Penarikan Balik Sijil Pengesahan Halal

Adalah dimaklumkan bahawa Panel Pengesahan Halal, Jabatan Agama Islam Perak yang telah bersidang pada 27 Februari 2009 telah membuat keputusan untuk menarik balik Sijil Pengesahan Halal bagi premis perniagaan makanan seperti berikut:

a. The Gate Cafe
No. 93, Tingkat 1, Pusat Komersial, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
b. Marina Cove Resort Management SDN Bhd
Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan tidak lagi memberikan jaminan terhadap status halal bagi sajian makanan yang dijual di kedua-dua premis tersebut sehinggalah tindakan pembetulan dilakukan sehingga melayakkan pemberian semula sijil pengesahan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...