Wednesday, April 29, 2009

Orang Kafir Tidak Dihalang Membaca Al-Quran

Terdapat satu perkembangan yang amat baik dalam usaha dakwah kepada Agama Islam di era pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Oleh kerana kelaziman bagi YAB Menteri Besar memulakan setiap perbincangan dengan ayat-ayat Al-Quran telah menyebabkan sebahagian daripada ayat-ayat yang dibaca telah menarik perhatian beberapa orang Exco bukan Islam. Maka muncullah satu fenomena baru dimana mereka juga turut menukilkan ayat-ayat tersebut dalam ucapan tersebut. Ini menyebabkan sebahagian daripada orang-orang Islam melatah dan menuduh mereka menghina al-Quran lantaran bacaan mereka mempunyai beberapa kesilapan sebutan dan makhraj huruf malah jauh sekali untuk menandingi bacaan para qari.
Namun apakah semata-mata kerana kekurangan tersebut menyebabkan mereka wajar dihalang daripada membacanya. Apakah halangan ini juga akan diperluaskan kepada mana-mana orang Islam yang sebahagiannya lebih banyak kesilapan dari segi tajwidnya. Tidakkah kewajipan orang Islam membetulkan bacaan mereka jika berlaku kesilapan dan ini tidak akan berlaku jika mereka dihalang daripada membacanya.
Hakikatnya al-quran bukanlah diturunkan semata-mata untuk Umat Islam shaja tetapi ianya sebagai rahmat kepada seluruh Alam. Ayat al-Quran sendiri banyak menggunakan perkataan "wahai manusia" yang merangkumi orang-orang bukan Islam. Maka bagaimanakah mereka mahu mendengar arahan Allah ini yang ditujukan kepada mereka sedangkan mereka dilarang daripada membacanya.
Walau apapun latar belakang bantahan ini, namun faktor apa sekalipun termasuk faktor politik tidak seharusnya mengatasi hukum Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Kenapa tidak kita bertanya apa kata fuqaha' berkaitan perkara ini sebelum kita mengeluarkan sebarang kenyataan yang akhirnya menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap ulamak dan menjauhkan orang bukan Islam daripada penghayatan agama suci ini.
Beberapa buah Kitab Feqah boleh dirujuk dalam hal ini dapat memberikan gambaran mengenai isu yang diperbincangkan ini. Di antaranya adalah :
Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan dalam Kitab Mughniyul Muhtaj, Jilid 1, halaman 72 :
أما الكافر فلا يمنع من القراءة القران لأنه لا يعتفد حرمة ذلك كما قاله الماوردي
Adapun orang kafir, maka tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana tidak difatwakan haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi"
Pengarang kitab I'anatut Talibin, jilid 1, halaman 69, telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:
قال في بشرى الكريم ويشترط كونها من مسلم مكلف فلا يمنع الكافر منها ان لم يكن معاندا ورجي اسلامه ولا الصبى ولا المجنون اه
"Katanya dalam Kitab Busyra Al-Karim, dan disyaratkan bahawa dia seorang Islam yang Mukallaf. Maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk Islam"
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Kitab Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112 berkata:
"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis, bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis"
Syeikh Daud al-Fatani, dalam Kitab Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49 pula berkata:
"dan keluar dengan kata muslim itu, orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan Islamnya"
Masalah dikatakan bahawa ianya dianggapa satu penghinaan terhadap Al-Quran maka hendaklah diteliti keadaan pembaca tersebut. Jika sekiranya jelas niatnya atau tindakannya memperkecil dan menghina isi kandungan atau ajaran dari ayat yang dibacakan maka tidak syak lagai bahawa ianya adalah haram dibiarkan dan wajib dihalang mereka daripada membacanya. Ini bukan sahaja khusus kepada orang bukan Islam malah lebih-lebih lagi terhadap orang Islam sendiri yang membaca al-Quran lalu menghinanya. Namun jika tiada tanda-tanda nyat penghinaan tersebut maka niat di hati pembaca kita serahkan kepada Allah dan tiadalah alasan kita untuk menghalang mereka membacanya. Malah sepatutnyalah orang yang Islam yang tidak mahu membaca dan merujuk kepada al-Quran mereka terhina dan teras malu kerana sebenarnya mereka lebih hina daripada orang kafir itu lantaran mereka menolak cahaya yang diberikan oleh Allah bagi menerangi kehidupan mereka sedangkan orang bukan Islam sekadar tumpang mengambil panduan dari kejauhan chaya petunjuk yang dikurniakan oleh Allah.

Friday, April 24, 2009

Hadiah Isltimewa Barisan Nasional Kepada Umat Islam

Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang. Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu. "Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa. Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil."Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri. Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu. Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan. Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA

Semua umat Islam mesti menerima hakikat bahwa :

1. Hukum Islam bukanlah penentu dalam pertikaian yang berlaku di negara ini kerana undang-undang sivil adalah yang tertinggi dan Hukum Islam hendaklah diselaraskan dengan kehendak undang-undang sivil.

2. Islam sebagai agama persekutuan tidak boleh dijadikan alasan untuk menganggap agama ini lebih istimewa daripada agama lain.

3. Ketegasan dalam mentaati Hukum Islam akan dianggap mencemarkan imej agama ini di sisi kerajaan hari ini.

4. Orang Melayu wajib bermatian agar orang Bukan Melayu tidak mendapat hak milik tanah tetapi hendaklah bertolak ansur jika terdapat tuntutan daripada mereka walaupun terpaksa menjejaskan agama kita.

Tuesday, April 21, 2009

Ingat Pesan Orang-Orang Tua

IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahusupaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut? Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggilima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yangberumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada. Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu. "Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu. Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit. "Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin. Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia. Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya. Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Sunday, April 19, 2009

Setakat Mana Benarnya ; Raja Berada Di Atas Politik

“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satupun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berlakulah perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”, Sultan Azlan Shah, USM Pulau Pinang, 29 Jun 1980.
Kebanyakan rakyat tidaklah sampai berniat memindahkan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya. Namun istana tidak seharusnya leka dibuai gelombang politik pihak yang berkuasa. Setiap tahun istana memberi anugerah kepada rakyat yang berjasa. Namun sebahagian besar darinya entah siapa dan dari mana. 11 bulan menawarkan perubahan seolah tidak mempunyai sebarang kesan untuk dikenang tetapi 2 bulan terlibat dalam rampasan seolah bergunung jasa ditaburkan. Walaupun titah ucapan telah disediakan namun apakah wajar menjadi lidah kepada pihak yang berkepentingan. Semoga dikenal pasti siapakah sebenarnya wajar ditujukan titah :
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir. Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Hadiah Istimewa Buat Rakyat Perak Darul Ridzuan

Sebagaimana yang dijangka, Kerajaan Kudeta Perak pimpinan Zamri tetap membuktikan bahawa mereka memang pendokong Barisan Nasional yang sejati. Barisan Nasional adalah kerajaan yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan tanpa terbuai dengan kritikan dan kehendak rakyat. Barisan Nasional sanggup mengambil keputusan yang tidak popular semata-mata untuk mempertahankan jati diri mereka.

Saturday, April 11, 2009

Beza Lelaki dan Perempuan

Sesetengah pasangan cuba mencari persamaan antara mereka. Keduanya saling bertolak ansur dan berkorban, samada hati, perasaan dan keinginan demi mengekalkan persamaan. Namun terkadang kita lupa mengenai perbezaan antara kita yang perlu disedari dan diraikan. Sepatutnya kita mencari keserasian daripada perbezaan yang ada disamping menghargai persamaan yang ada. Jangan sekali-kali cuba membasmi perbezaan yang ada kerana fitrahnya tidak mungkin akan serupa dua manusia yang berbeza apatahlagi berlainan jantina. Sekadar contoh biasa cuba kita renungkan bersama.


1. Bila lelaki @ perempuan lambat dtg temujanji..

Lelaki kata: takpelah.. jalan jem.. nak buat camaner
Perempuan kata: awak memang selalu x tepati masa..


2. Bila lelaki @ perempuan lupa pada harijadi..

Lelaki kata: emm.. tak kisah pun..
Perempuan kata: dah tak sayang kat kita la tu..


3. Bila kita sakit..

Lelaki kata: dah makan ubat ke belum..
Perempuan kata: tidolah.. pas bangun tido ok la tu..


4. Bila lelaki @ perempuan tanya ..sayang kat kita tak?

Lelaki kata: mestilah sayang..
Perempuan kata: emm... sayang kot..


5. Bila lelaki @ perempuan nak pinjam duit sikit..

Lelaki kata: awak nak pinjam berapa?
Perempuan kata: bila awak nak bayar?..

Thursday, April 09, 2009

Senarai Kabinet Najib

Kabinet baru telah diumumkan secara rasmi pada hari ini. Seluruh rakyat akan menilai kemampuan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Apakah mereka akan bekerja untuk rakyat akanpun bekerja untuk Barisan Nasional. Mampukah mereka menjadikan negara sebagai Baldatun Tayyibatun Wa Rabbul Ghafur.
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Wednesday, April 08, 2009

Isyarat Dari Bukit Gantang

Kemenangan calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi wajib diinsafi oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memperoleh sebanyak 21,860 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi. Ingatan Allah dalam Surah An-Nasr semestinya menjadi panduan dalam menghadapi ujian kemenangan.

Sunday, April 05, 2009

Contoh Semasa Jahil Murakkab

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.Disiar dalam blogMenurutnya, ceramah tersebut juga turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.

Para penceramah yang selama ini sukar mencari contoh semasa dalam pengajaran mereka boleh mendapat contoh-contoh baru jika mereka mengikuti perkembangan semasa. Misalnya bagi menghuraikan mengenai golongan "Jahil Murakkab" contoh di atas rasanya amat menarik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...