Thursday, October 31, 2013

Hudud bukan alternatif, tapi penyelesaian mutlak.



Tatkala Brunei mengisytiharkan pelaksanaan Undang-Undang Islam sepenuhnya maka timbulnya pelbagai maklumbalas dari pelbagai pihak. Pujian dan kejian silih berganti. Pelbagai ulasan dinukilkan, antaranya pernyataan kebimbangan terhadap penerimaan masyarakat, keberkesanannya dalam membendung jenayah dan maksiat hinggalah yang mempertikaikan kesesuaiannya.  Walaupun ianya terdedah kepada kajian dan perbahasan mengenai kaedah pelaksanaannya, namun tidaklah memberikan hak kepada manusia untuk mempertikaikan hak Allah mewajibkan Syariatnya kepada manusia sejagat. Malangnya inilah yang terjadi pada sebahagian manusia yang sentiasa berusaha mencari alasan agar tidak melaksanakannya. Ianya ibarat mengatakan ; “Jangan berani-berani membaca Al-Quran kerana jika tersalah maka akan dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri nanti”. Antara komen-komen negatif yang banyak ditimbulkan oleh berbagai pihak termasuk cendiakawan yang mengaku mempertahankan kesucian Undang-undang Allah ini adalah seperti berikut:

Ini bukan Hududullah kerana Hududullah bukan sekadar perundangan negara tetapi ianya adalah batas sempadan manusia dari melanggar tata-susila agama dan sosial.
Sebenarnya ramai yang membaca Al-Quran namun gagal memahami Al-Quran mengikut kehendak Allah. Mereka gagal membezakan istilah Hududullah dengan Hukum Hudud. Hukum Hudud disebutkan oleh Allah secara jelas hukumannya di dalam Al-Quran atau dinyatakan oleh Rasulullah saw melalui hadisnya. Hukuman yang disebutkan ini ini tidak boleh dipinda oleh pemerintah dan perbincangan hanyalah mengenai kaedah perlaksanannya. Allah menggunakan kalimah Hududullah dalam Al-Quran bukan merujuk kepada Hukum Hudud tetapi merujuk kepada beberapa hukum lain antaranya mengenai hukum hakam perceraian,  hukum zihar dan hukum pewarisan. Di antara ayat-ayat Allah yang menggunakan istilah Hududullah adalah seperti berikut :
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (البقرة :229(
فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِنْ بَعْدُ حَتَّى تَنْكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ فَإِنْ طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يَتَرَاجَعَا إِنْ ظَنَّا أَنْ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (البقرة :230)
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا (الطلاق:1)
Setelah menceritakan salah satu hukum pewarisan Allah menyambung :
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (النساء: 13)
Begitu juga setelah menceritakan hukum zihar Allah menyambung :
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا فَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ذَلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ (المجادلة :4)

Antaranya juga mereka mengatakan bahawa Hukum Hudud telah mengalami banyak inovasi,  berbagai versi dan terbuka kepada ijtihad 
Bagi yang memahami mengenai konsep Hukum Jenayah Islam yang merangkumi Hukum Qisas, Hudud dan Takzir maka tidak perlulah diperpanjangkan mengenai isu ini. Ijtihad, inovasi atau kepelbagaian versi hanyalah dari sudut yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasul secara jelas, bukan segala-galanya. Tidak pernah berlaku perubahan kepada hukumannya kerana jika diubah maka ianya bukanlah lagi dinamakan Hukum Hudud. 100 sebatan tidak akan lagi dinamakan Hukum Hudud samada jika dijadikan 99 ataupun 101 sebatan.  Perlu dibezakan antara Hukum Hudud yang sebenar dengan hukum manusia yang didakwa sebagai hukum Hudud sebagaimana hukuman denda, penjara dan sebatan bagi kesalahan zina di negara ini.
 Ulamak telah menerangkan mengenai sebatan 80 kali yang dilaksanakan di zaman Khalifah Umar berbeza dengan 40 sebatan yang dilaksanakan oleh Rasululllah saw sendiri. Hakikatnya Saidina Umar sendiripun menyatakan tambahan 40 sebatan itu adalah sebagai Takzir, bukan Hudud.
Bagaimana melaksanakannya maka terpulang kepada pemerintah asal sahaja hukumannya mengikut ketentuan Allah. Tak perlulah dikeluarkan ungkapan-ungkapan bodoh seperti mempertikaikan perbezaan seksyen antara Enakmen Jenayah Islam Kelantan dan Terengganu dan sebagainya.

Ada juga yang mengatakan bahawa Hudud adalah wasail sesungguhnya. Dan maqasid adalah lebih utama. 
Samada ianya dianggap wasail atau maqasid yang pastinya ia adalah perintah Allah sama seperti perintah solat dan puasa. Ianya wajib dilaksanakan semampu mungkin dan bukan untuk dielakkan sehabis mungkin. Perintah Allah dalam Hukum Hudud adalah Muhkamat dan tidak meletakkan sebagai syarat dan pengecualian seperti perintah haji yang dikaitkan dengan kemampuan. Ianya tidak sebagaimana keharusan poligami yang dikait dengan kebimbangan tidak mampu berlaku adil kerana tidak disebutkan oleh Allah,  laksanakanlah Hukum Hudud apa yang baik bagi kamu, jika kamu takut disalah faham oleh manusia maka berpadalah dengan hukum manusia dan tinggalkanlah Hukum Hudud. Dalam mendepani perintah Allah maka tidak ada relevennya persoalan wasail atau matlamat sama sekali. Solat adalah wasail dan Maqasidnya mencegah perkara keji dan mungkar. Puasa juga adalah wasail dan Maqasidnya menjadikan manusia insan yang bertaqwa. Maka apakah tak perlu solat jika kita memang tidak pernah terlibat dengan perkara keji dan mungkar. Apakah tidak perlu lagi berpuasa jika sudah menjadi insan bertaqwa.
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (العنكبوت:45)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (البقرة:183)

Dikatakan juga apabila dengan menjalankan hudud tidak membawa kepada maqasid lebih baik ia ditangguhkan seperti yang pernah dilakukan umar. 
Saidina Umar sering menjadi sasaran fitnah mereka yang membenci Syariat Allah. Kebijaksanaannya yang luar biasa sering disalahgunakan bagi menghalang hukum Allah dari dilaksanakan. Hakikatnya baginda tidak pernah menangguhkan hudud tapi tidak menghukum pesalah kerana ada syubhat. Bagaimana nak menghukum pencuri yang mencuri demi sesuap nasi akibat kemarau dan kebuluran yang meliputi seluruh negara. Namun jika si kaya yang di kelilingi makanan mencuri pasti akan dikerat tangan nya walaupun zaman kemarau  atau tidak.
Sebahagian kita pula membandingkan Hudud  dengan kadar rasuah di negara Islam bagi tujuan memperkecilkan Hukum Hudud.
Apakah rasionalnya perbandingan ini sedangkan kesalahan rasuah tidakpun melibatkan Hukum Hudud. Apa munasabahnya menyalahkan hudud dengan peningkatan rasuah.  Hudud bukan satu-satunya Hukum Allah. Ia datang bersama takzir dan qisas. Jika dirasakan rasuah lebih besar kesannya daripada kesalahan hudud maka takzirkanlah. Pilihlah pandangan yg membolehkan hukuman takzir lebih berat daripada hudud. Pasti negara yang melaksanakan Hukum Hudud akan menjadi negara yang paling aman dan paling selamat daripada rasuah.

Ada juga yang mengaitkan isu Hudud dengan masalah kemiskinan.  Apa guna hudud dikuatkuasakan jika kemiskinan melarat.  Negara yang aman dan kuat maka sesuailah hudud dilaksanakan, kerana hudud seharusnya memberi penyelsaian alternatif dan bukan pembebanan keatas rakyat. 
Penguatkuasaan Hudud adalah perintah Allah tidak kira kemiskinan melarat ataupun kemewahan melimpah ruah. Kalau majoriti rakyat kaya raya sekalipun tapi sentiasa hidup dalam ketakutan disamun, dirompak, dibunuh, difitnah dan sebagainya maka apakah ertinya kemewahan bagi mereka. Apakah bagi pemerintah yang rakyatnya masih ramai yang miskin maka segala hukuman jenayah tidak perlu dikuatkuasakan. Berikan sahaja kebebasan bagi rakyat untuk mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Negara hanya akan aman dengan pelaksanaan Hukum Allah. Hudud bukan penyelesaian alternatif apatah lagi beban kepada rakyat tapi satu-satunya penyelesaian mutlak dan rahmat bagi rakyat.

Monday, October 28, 2013

Brunai Laksana Undang-Undang Jenayah Islam


Rasululllah saw tidak pernah meninggalkan panduan bagaimana untuk melantik penggantinya sebagai Khalifah. Kita melihat berbagai kaedah digunakan oleh para sahabat dan para tabii'n dalam melantik pemimpin bagi umat Islam. Khalifah Abu Bakar dilantik oleh wakil kaum yang dinamakan sebagai Ahlil Hilli Wal Aqdi. Khalifah Umar dinamakan oleh Khalifah sebelumnya. Seterusnya berlakulah berbagai kaedah perlantikan termasuk pewarisan dari bapa kepada anaknya.

Kini setelah jatuhnya Dinasti Komunis maka dunia dihidangkan dengan sistem tunggal Demokrasi yang kononnya merupakan sistem yang terbaik untuk dunia seluruhnya. Hari demi hari kita melihat tidak sebanyak manapun jasa demokrasi kepada dunia akibat salahguna oleh kuasa barat mahu kelemahan sistem itu sendiri. Propaganda demokrasi ini didendangkan bukan sahaja oleh barat malah tidak kurang juga cendiakawan Islam sendiri yang cuba menyamakan Islam dan Demokrasi. 

Islam sama sekali tidak boleh disamakan dengan demokrasi dan demokrasi tidak semestinya selaras dengan kehendak Islam. Konsep paling asas pemerintahan Islam yang berasaskan Syariat sama sekali tidak sama dengan demokrasi yang hanya berasaskan kehendak rakyat. Majoriti rakyat atau sebulat suara pandangan rakyat tidak mungkin membawa kepada kehendak Allah kerana majoriti rakyat tidak memahami apakah kehendak Allah.

Oleh yang demikian, apapun kaedah pemerintahan yang digunapakai, matlamat utamanya hendaklah bagi melaksanakan Syariat Allah sepenuhnya. Brunai telah membuktikan bahawa pemerintahan beraja yang selama ini digunakan oleh Bangsa Melayu di Nusantara telah terbukti merupakan sistem yang berjaya melaksanakan sepenuhnya Syariat Allah di muka bumi pada zaman ini. Maka apakah akan ada sebuah negara demokrasi yang akan berjaya menjejaki langkah Negara Islam Brunai ini.   

Sunday, October 27, 2013

Khutbah ; Muslim Liberal



اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

وَلاَ  تَهِنُوْا وَلاَ تَحْزَنُوْا وَاَنْتُمُ اْلأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِيْنَ – ال عمران : 139

Jangan kamu berasa hina dan jangan kamu bersusah  hati jika kamu benar-benar beriman

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدِنِ الْهَادِىْ اِلىَ الْحَقِّ  وَاِلىَ الصِّرَاطِ الْمُسْتَقِـيْمِ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Saudara kaum muslimin yang berbahagia,
          Sejak sekian lama terdapat dua fenomena utama yang begitu mempengaruhi psikologi Umat Islam di seluruh dunia. Pertamanya ialah Fenomena penjajahan barat ke atas Negara-negara Islam dan kesinambungan penjajahan merangkumi penjajahan pemikiran, penjajahan ekonomi, penjajahan budaya dan segala bentuknya yang lain. Keduanya adalah fenomena kemunduran dan ketinggalan Umat Islam dalam mengejar teknologi dan kemajuan masa kini. Akibat dua fenomena ini maka Umat Islam secara umumnya terbahagi kepada empat kumpulan. Kumpulan Pertama adalah mereka yang putus asa secara menyeluruh dan menerima hakikat bahawa Umat Islam sememangnya lemah dan tidak akan mampu menyaingi barat. Maka hiduplah mereka ibarat melukut di tepi gantang, adanya tidak menambah, tiadanya tidak mengurang. Mereka menumpang di penjuru dunia tanpa mengganggu sesiapa dan mahunya agar tiada sesiapa akan mengganggu mereka. Kumpulan Kedua adalah mereka yang mengambil kesimpulan bahawa agama adalah faktor penghalang utama bagi mengejar kemajuan barat dan agama mesti dipisahkan daripada kehidupan harian jika berhajat untuk bersama-sama dengan kemajuan barat. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai golongan yang berfahaman Sekularisme. Golongan ini cuba mengasingkan agama dari kehidupan mereka dan memenjarakan agama di masjid-masjid dan di Institusi-Institusi agama semata-mata. Kumpulan Ketiga adalah mereka yang juga menganggap agama sebagai halangan tetapi berpendapat penyelesaiannya adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada tafsiran lama yang dikatakan jumud dan tidak menjadi pemangkin kepada kemajuan Umat. Golongan inilah yang dikenali sebagai Golongan Muslim Liberal yang dipelopori oleh golongan cendiakawan dan intelek yang merasa ujub dengan kehebatan pemikiran mereka yang dirasakan terlalu hebat. Golongan ini muncul hasil daripada kesan psikologi kekerdilan diri (Inferiority Complex) yang dihadapi oleh sebahagian Umat Islam hasil penjajahan barat menyebabkan mereka mendewa dan menyembah barat dan dalam masa yang sama memperbodoh dan membuang jati diri mereka sendiri. Mereka tidak mahu memisahkan diri dengan agama malah menggunakan agama sebagai pelindung kepada kekacauan pemikiran mereka. Mereka amat memerlukan agama tetapi agama dijadikan kuda tunggangan mereka untuk mencapai kepentingan dunia dan mereka menganggap merekalah pejuang agama. Manakala Kumpulan  Keempat adalah mereka yang mengakui kelemahan dan kemunduran Umat Islam tetapi tidak pernah menyalahkan agama terhadap kemunduran tersebut. Mereka memuhasabah diri mereka sendiri dan menyalahkan kelekaan mereka dalam memahami ajaran Islam dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka. Golongan terakhir inilah sebenarnya yang dapat diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam sepenuhnya.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Khutbah hari ini tidak akan membincangkan kumpulan yang pertama, kedua dan keempat tetapi hanya akan menumpukan perbincangan kepada kumpulan yang ketiga kerana kumpulan ini terlalu berbahaya kepada kesucian ajaran Islam dan umat seluruhnya. Walaupun kumpulan ini tidak menamakan kumpulan mereka secara jelas tetapi manhaj dan pendirian mereka sama sahaja dan begitu mudah dikenali. Diantara pendirian mereka bahawa Islam adalah agama yang benar, namun dalam waktu yang sama agama selain Islam juga benar. Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang mendakwa hanya tuhannya dan ajaran agamanya sahaja yang betul maka dakwaan tersebut adalah bersifat relatif dan terhad dalam konteks agamanya sahaja. Hakikat sebenar kebenaran tiada sesiapapun yang mengetahuinya dan manusia tidak perlu membuang masa dan membazirkan usaha untuk membenarkan dan mengagongkan agama mereka sahaja.

Sidang Jumaat sekelian,
          Kumpulan Muslim Liberal ini juga membahagikan wahyu kepada dua; iaitu wahyu secara bertulis (Al-Quran) dan wahyu tidak bertulis (Akal Manusia). Mereka mengatakan bahawa akallah yang sebenarnya yang menghidupkan Teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana semasa. Oleh itu Al-Quran dikatakan hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang sebenarnya bertanggungjawab menyesuaikan Al-Quran dengan kehendak semasa. Sebagai contohnya ayat-ayat tentang hukum jenayah Islam dikatakan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sedangkan bentuk hukuman seharusnya ditentukan oleh akal manusia selaras dengan peradaban dan ketamadunan manusia. Mereka bermaksud membuka dan membebaskan tafsiran Al-Quran daripada tafsiran silam yang muktabar untuk memajukan Umat Manusia. Malah mereka menyindir ulama’ yang berpegang kuat kepada tafsiran muktabar dan disiplin ilmu yang ketat sebagai ‘Penyembah Teks” Al-Quran semata-mata. Pemikiran ini jika dibiarkan akan menjerumuskan mereka kepada takwilan tersendiri terhadap Al-Quran yang amat menyimpang sehingga ada yang mengatakan bahawa Syaitan dan Malaikat hakikatnya tidak wujud melainkan sikap buruk dan sikap baik yang saling bertentangan dalam jiwa manusia. Syurga dan neraka juga dikatakan sebagai kesan psikologi kegembiraan, kepuasan dan kekecewaan manusia dalam kehidupan. Cerita-cerita ghaib dan alam akhirat dianggap semata-mata rekaan ulama’ sebagai strategi menambahkan keberkesanan dakwah.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Golongan Liberal ini berpandangan bahawa sifat Nubuwwah (Kenabian) hanyalah kemampuan manusia untuk memimpin manusia lain dan sesiapa sahaja boleh berusaha memilikinya. Nabi-nabi dianggap sebagai manusia biasa yang mungkin benar dan mungkin salah. Mereka juga boleh dipuji dan boleh dikritik. Ini akhirnya membawa kepada tuduhan melampau bahawa baginda bernafsu hebat dan menyimpan ramai gundik-gundik dan kepimpinan Rasulullah SAW hanyalah sebagai pemimpin kaum yang tidak ada keistimewaannya.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Golongan Liberal juga mengatakan disiplin ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Mustalah Hadis dan sebagainya adalah buatan ulama’ yang tidak sunyi daripada kecacatan. Segala hukum yang dinyatakan oleh ulama’ semuanya adalah bersifat ijtihadi dan boleh diterima atau ditolak. Penetapan sesuatu hadis samada Mutawatir, sahih atau dhaif juga adalah pandangan ulama’ yang boleh ditolak dan dipertikaikan. Malah mereka mempunyai kaedah usul fiqh tersendiri iaitu yang penting adalah tujuan hukum disyariatkan bukan hukum atau syariat itu sendiri. Maka lahirlah hukum-hukum pelik seperti hak dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan, arak tidak haram jika tidak memabukkan, aurat wanita perlu disesuaikan dengan zaman, Azab Kubur adalah sesuatu yang tidak masuk aqal dan berbagai-bagai lagi hukum yang tidak pernah dijangkakan akan dilemparkan kepada masyarakat.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Golongan Liberal ini tetap ada di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Walaupun nama dan identiti mereka berbeza namun manhaj dan pembawaan mereka sama sahaja. Kesemua mereka mendapat didikan dari barat atau pernah berkhidmat dalam mana-mana institusi di barat. Negara-negara Timur Tengah menyaksikan lahirnya golongan ini seperti Taha Hussein, Ali Abdul Raziq, Ahmad Amin, Naser Abu Zaid dan sebagainya yang sebahagiannya ada yang ditarik balik kelulusan dan ijazah mereka oleh universiti asal pengajian mereka. Di Negara jiran kita melihat lahirnya penulis-penulis seperti Harun Nasution dan Nurcholis Majid. Maka apakah jaminan bahawa golongan ini tidak akan wujud dan berkembang di Negara kita yang tercinta ini. Bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang tulen dan tidak memberi sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini bagi meragukan kita terhadap agama kita. 

Sidang Jumat yang dirahmati Allah,

          Umat Islam hari ini sudah tidak mempunyai masa lagi untuk membincangkan persoalan remeh temeh yang semakin lama semakin menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Akibat fahaman liberal yang melampau ini semakin banyak kekeliruan yang timbul terhadap agama di kalangan masyarakat. Persoalan pendedahan aurat, bersalaman antara lelaki dan perempuan, melibatkan diri dengan hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa had dan sebagainya yang jelas haramnya sudah dijadikan sesuatu yang tidak ada kepastian sehingga sebahagian kita menjadi takut untuk menyatakan pengharamannya. Kita bersyukur kerana Mufti-Mufti sudahpun menyatakan dengan jelas hukum mengenai Sure Heboh yang sebenarnya sudah difahami oleh sebahagian besar Umat Islam. Namun akibat fahaman liberal yang dibawa oleh golongan di atas maka maksiat yang bersifat Sure Haram ini sudah dianggap biasa dan tidak dianggap berdosa lagi. Sesuatu hukum itu hanya diakui masyarakat apabila dikeluarkan secara rasmi dan diwartakan walaupun semua ulama’ yang ikhlas terhadap agamanya sudah sekian lama memfatwakannya. Inilah yang berlaku terhadap keputusan Kuiz SMS yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Umat Islam wajib meninggalkannya walaupun belum diwartakan kerana Hukum Allah tidak terikat dengan undang-undang pewartaan tersebut. Hukum Haram tersebut sudah berjalan sejak kewujudannya lagi dan keputusan tersebut hanyalah bersifat pengisytiharan hukum kepada awam yang mana dimaafkan sebelumnya kerana jahil terhadap hukum tersebut. Namun setelah ianya dijelaskan maka haram semua Umat Islam melibatkan diri dalamnya dan setiap sen yang dibelanjakan dan diperolehi daripadanya samada penganjur dan peserta adalah haram dan wajib ditinggalkan.  
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْم، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah ; Di mana letaknya kemerdekaan kita



اَلْحَمْدُللهِ الْقاَئِلِ :
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا وَأَكِيدُ كَيْدًا   فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا – سورة الطارق : ۱٥  - ۱٧
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat.
Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya).Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
  Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana keimanan dan kesyukuran adalah asas kepada taqwa yang dituntut oleh Allah.

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
          Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kita juga harus bersyukur jika sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan membawa kita kepada peningkatan taqwa kita kepada Allah dan membawa satu perubahan kepada taraf hidup kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Sekelian,
Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama, apakah wujudnya kemerdekaan hakiki di kalangan Umat Islam seluruhnya. Sekian lama kita diganyang semahunya, dunia seolah-olah menutup mata. Wujudkah kemerdekaan dan kebebasan bagi Umat Islam untuk mempertahankan diri dan maruah mereka. HAMAS dan HISBULLAH dimusuhi dunia semata-mata kerana jihad mereka. Apakah negara Islam bebas membantu saudara-saudara mereka jika tiada restu daripada musuh kita sendiri. Ketika Amerika menghantar senjata kepada pengganas Israel, kemerdekaan dan kebebasan yang kita ada hanyalah sekadar menghantar sumbangan kemanusiaan yang tidak lebih dari menanggung beban akibat kerakusan mereka. Ianya tidak ubah dengan kerja mengutip sampah yang ditinggal dan diselerakkan merata-rata.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
          Sandiwara Barat dalam mencorakkan dunia seluruhnya bukan lagi menjadi rahsia. Mereka memperkenalkan undang-undang dan cara hidup lalu memaksa dunia menerimanya. Apakah dunia mempunyai kemerdekaan dan kebebasan untuk menentukan cara hidup mereka. Barat mencedok segala ilmu kita dan menamakannya sebagai hak cipta mereka lalu memaksa kita menggunakannya semula setelah diubahsuai mengikut kepentingan mereka.

Hadhirin Hadirat yang dirahmati Allah,
          Barat memaksa kita menerima demokrasi mereka, lalu memomokkan keburukan sistem lain termasuk sistem Islam, sistem sosialis dan sebagainya sehingga dunia menganggap sistem mereka sebagai yang termulia. Umat Islam turut terbuai dengan propaganda mereka sehingga kita terlupa dengan Sistem Islam yang syumul sifatnya. Namun hakikatnya, barat hanya menggunakan demokrasi untuk menguasai dunia seluruhnya. Ketika dunia dipaksa menerima demokrasi dan  sistem sekular mereka, di sesetengah negara demokrasi tidak dibenarkan jika menjejaskan kepentingan mereka. Pemimpin yang sanggup menjadi boneka mereka, maka sistem beraja didokong sepenuhnya oleh mereka. Di dunia Arab misalnya, di negara yang sistem demokrasi dan kebebasan bersuara hanya memungkinkan Sistem Islam kembali berkuasa, maka demokrasi diharamkan dengan segera. Fenomena ini jelas dalam sejarah sebagaimana yang berlaku di Algeria, Sudan, Palestin dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
          “Dosa”  terbesar Umat Islam Palestin adalah kerana tidak mahu mengikut telunjuk mereka. HAMAS yang mendapat kuasa melalui demokrasi tidak direstui kerana keengganan mereka menjadi talibarut barat sepertimana FATAH. Maka tekanan demi tekanan dilakukan dan dunia hanya mampu melihat tanpa mempunyai kemerdekaan dan kebebasan untuk mempertahankan kebenaran. Walaupun pengganas Israel yang melakukan serangan terhadap HISBULLAH, namun kejayaan HISBULLAH menawan 2 tentera mereka dijadikan alasan untuk menghancurkan Umat Islam.  

Sidang Jumaat Sekelian,
Merayu dan merintih mengharapkan belas kasihan musuh, adalah ibarat menanti buah yang tak gugur. Sejarah menunjukkan bahawa tidak ada apa yang perlu dibimbangkan jika menganiaya Umat Islam. Kita terlalu mudah memaafkan kesalahan musuh walaupun terlalu besar dosa mereka. Jutaan Umat Islam telah disembelih yang kini beransur-ansur kita lupakan begitu sahaja. Kita tidak berdendam sebagaimana Yahudi Laknat yang tidak jemu-jemu mengingatkan dunia mengenai peristiwa Holocost yang dilakukan oleh Adolf Hitler, kononnya jutaan bangsa Yahudi dibunuh, yang hakikatnya entah ia entah tidak.

Sidang Jumaat sekelian,
          Bangsa yang merdeka tidak akan membiarkan nasib mereka ditentukan oleh musuh mereka. Malang bagi Umat Islam yang masih sibuk merayu tindakan Majlis Keselamatan PBB, walaupun kita pasti Amerika akan menggunakan kuasa veto untuk membatalkannya. Malang bagi Umat Islam yang tidak sanggup meminta PBB untuk menghapuskan sistem veto tersebut walaupun jelas kebodohannya. Malang bagi Umat Islam yang tidak mampu bersatu untuk menghapuskan Negara Israel walaupun ianya satu suruhan agama.

Hadhirin yang dirahmati Allah Sekelian,
          Kalau kita takut kepada Amerika, mereka sebenarnya hanya menjadi kuli batak kepada Yahudi. Mereka terpaksa mengorbankan rakyat mereka sendiri dalam peristiwa 11 September, semata-mata untuk memenuhi kehendak Yahudi bagi menyerang negara Islam. Jika kita begitu takutkan Israel, hakikatnya mereka tidak sekuat mana. Jika untuk menghapuskan HAMAS dan HISBULLAH, dua pertubuhan yang tidak mempunyai  kerajaan, pun mereka masih gagal maka apakah seluruh negara Islam tidak mampu untuk menewaskan mereka. Dimanakah maruah kita jika hanya menuntut gencatan senjata. Tidakkah kita mahu memastikan agar kejahatan ini tidak berulang selama-lamanya. Tidakkah kita mahu melaksanakan perintah Allah untuk menghukum dan memberikan pembalasan ke atas kejahatan mereka.       Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 194 :
 فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Maka barangsiapa yang menyerang kamu maka seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah akan bersama orang yang bertaqwa.

Hadirin Hadhirat sekelian,
Jika kita terlalu dayus untuk berjihad membantu saudara kita, wasiatkanlah kepada anak cucu kita agar jangan sekali-kali melupakan kesalahan mereka dan hukumlah mereka apabila suatu hari nanti Allah menyerahkan penguasaan dunia terhadap kita. Namun jika sekiranya itupun kita tidak berdaya, mungkin ada baiknya kita berdoa supaya Allah melahirkan seorang lagi Hitler untuk memusnahkan mereka lalu selamatlah masa depan kita.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرآنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...