اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن
ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ
بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ
ٱلْقِيَـٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (الأعراف : 172)
Dan
(ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam
dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri, dengan firmanNya: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka
semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya
kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah golongan
yang lalai terhadap perkara ini”.
أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ
إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا
عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba
Allah sekelian!
Marilah
kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita
mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan
juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, Kita baru sahaja
menyambut tahun baru Masihi yang disambut dengan meriah di seluruh dunia.
Sambutan tahun baru ini bukan sahaja di sambut oleh orang-orang Bukan Islam
malah turut diraikan oleh Umat Islam di seluruh dunia dengan sambutan yang jauh
melebihi daripada kemeriahan sambutan Maal Hijrah. Sambutan ini dianjurkan oleh
berbagai pihak termasuk acara rasmi yang dianjurkan oleh pihak pemerintah.
Sidang Jumaat Sekelian,
Setiap kali bertemu tahun baru, setiap
kali itulah manusia mengulangi berbagai perkara yang sama. Sebahagian dari kita
sentiasa sibuk memperbaharui azam baru walaupun azam lama masih belum
terlaksana. Sambutan dan acara maksiat melibatkan segenap lapisan masyarakat
masih terus dianjurkan walaupun kemudiannya riuh digambarkan kekesalan dengan
sikap remaja yang melampaui batas dalam meraikannya. Program yang lebih
bermanfaat begitu banyak boleh dilaksanakan tetapi program “Countdown”
yang tak bermakna apa-apa jugalah yang sentiasa dianjurkan.
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Manusia terlalu banyak bersandiwara dengan
Allah seolah-olahnya mereka menyangka Allah terlupa janji dan azam untuk
mentaati Allah. Manusia mungkin boleh memperdayakan sesama manusia tetapi kita
tidak mungkin mampu memperdayakan Allah. Bukankan kita sudah berjanji dan
berazam untuk menjadi Hamba Allah yang sentiasa taat dan patuh kepada titah
perintahNya. Bukankah kita sudah menerima amanahNya sebagai Khalifah untuk
mentadbir muka bumi ini mengikut ketentuaanNya. Bukankah kita sentiasa memohon
pertolongan dariNya dengan dan berlindung denganNya dari segala musibah dan
mala petaka.
Sidang Jumaat Sekelian,
Tidakkah kita bimbang
kemurkaan Allah terhadap sikap kita yang sentiasa memperolok-olokkan ajaranNya.
Tidakkah kita takut dengan ancaman kebinasaan sebagaimana yang telah menimpa
generasi lalu yang jauh lebih hebat daripada kita. Firman Allah :
وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ
أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ (4) فَمَا كَانَ
دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا إِلاَّ أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
(5)
Dan berapa banyak
negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya
pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari. Maka tidak ada
yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka
(mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim.
Sidang Jumaat Yang
dirahmati Allah,
Tidak ada yang mampu menyelamatkan kita daripada musibah
kecuali kembali kepada hukum Allah. Hayatilah beberapa peringatan Allah sebagai
panduan kita menjalani kehidupan sepanajang tahun ini sebelum kita menyambut
tahun baru akan datang:
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ
مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَنْ مِنْ بَعْدِهِمْ إِلاَّ قَلِيلاً وَكُنَّا نَحْنُ
الْوَارِثِينَ – القصص : 58
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang
penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya. Maka
itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah
mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang
mewarisi mereka.
وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا
رَسُولاً يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلاَّ
وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ - القصص : 59
Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan
mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan
membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi
kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya
berlaku zalim.
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَزِينَتُهَا وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلاَ تَعْقِلُونَ - القصص : 60
Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia
merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua
yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu
tidak mahu memahaminya?
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ (البقرة :30)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita pasti akan melihat pengulangan peristiwan yang sama saban tahun. Ini
kerana kebanyakan manusia adalah degil dan bodoh. Allah mengesahkan hakikat ini
melalui firmanNya dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi.
Sidang
Jumaat sekelian,
Marilah kita kembali mengingati dan menghayati
ikrar dan keazaman yang kita lafazkan di hadapan Allah sebelum kita dibenarkan
lahir ke muka bumi. Kita telah berjanji untuk menjadi Hamba Allah yang mematuhi
dan mentaati Allah sebagai Tuhan yang memiliki alam semesta. Apalah maknanya
azam tahun baru yang kita tunaikan jika sepanjang hidup ini kita mengkhianati
ikrar dan azam yang kita lafazkan di hadapan Allah Azza Wajalla.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ
وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ
وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ
جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا
مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ
الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ
الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ
فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم
لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
No comments:
Post a Comment