Sunday, October 27, 2013

Khutbah ; Bersatu Menghadapi Penghinaan



اَلْحَمْدُ ِللهِ القائل :
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ – الأنعام : ۱۰

Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. – Surah Al-An’am : 10

اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat Sekelian,
Pada kesempatan kali ini marilah kita mengingat kembali pesanan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, tentang satu suasana yang akan menimpa umat Islam, dimana pada saat itu mereka akan dihina, diperlekehkan dan dianiayai. Padahal mereka sebelumnya adalah golongan yang mulia, golongan yang kuat dan golongan yang dikenali keberaniannya, yang menimbulkan rasa gerun di hati musuh-musuh mereka.  Maka hari ini kita tertanya-tanya, dimanakah kemuliaan itu? Dimanakah kekuatan dan keberanian yang pernah ada? Semuanya kini hanya menjadi sebuah kenangan dan menjadi sebuah catitan sejarah.

Sidang Jumaat yang berbahagia,
          Apakah penyebab yang menjadikan umat Islam pada hari ini dihina?. Sabda Rasulullah SAW:
يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. (رواه البيهقي، حديث حسن).
Hampir tiba zamannya manusia mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Ada sahabat bertanya: apakah karena sedikitnya jumlah kita pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu bagaikan buih yang hanyut. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan memasukkan ke dalam hati-hati kamu al-wahan. Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu? Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati”   -  (HR. Baihaqi, hadis hasan).

Sidang Jumaat Sekelian,
Berbagai reaksi yang kita lihat daripada Umat Islam seluruh dunia apabila berlakunya penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui karikatur sebanyak dua belas lakaran kartun, yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Denmark. Lebih malang lagi ianya juga turut juga disiarkan oleh sebuah akhbar di Negara ini. Namun apakah sikap dan tindakbalas Umat Islam benar-benar menguntungkan Islam dan menaikkan imej Islam serta menyebabkan orang lain lebih menghormati Islam. Sedang sebahagian Umat Islam mengambil tindakan ganas, sebahagiannya memulau barangan, sebahagian pula menyatakan bantahan,  malangnya ada juga sebahagian yang sibuk menasihatkan agar Umat Islam bertindak dengan waras tanpa sedikitpun menyentuh mengenai kebiadapan musuh terhadap Islam. Ini menjadikan dunia terus melihat kesilapan adalah di pihak Islam. Keganasan sebahagian Umat Islam dibesar-besarkan sedangkan kejahatan musuh diremeh temehkan. Tidak hairanlah jika Kerajaan Denmark terus dengan sombongnya menyalahkan Umat Islam,  jauh sekali mengakui kesilapan dan memohon maaf.  

Sidang Jumaat Sekelian,
          Penghinaan seperti ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Malah Umat Islam bukan sahaja sudah lama dihina malah telah diperlakukan semahunya selama ini. Ini bukan semata-mata disebabkan permusuhan mereka terhadap Islam malah sedikit sebanyak berpunca daripada sikap Umat Islam dalam menghadapi situasi ini. Musuh senantiasa melihat dan mengkaji tahap kepekaan Umat Islam dari semasa ke semasa sehinggalah mereka kini amat yakin bahawa walaupun sebahagian Umat Islam akan marah, memberontak dan sebagainya namun sebahagian besarnya hanya melihat dan mengeluh tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Mereka amat yakin suatu masa nanti tidak akan ada sesiapa yang akan memperdulikan nasib Umat Islam malah dunia akan terus menyalahkan Umat Islam yang tidak membenarkan penganiayaan dilakukan terhadap mereka.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Kegilaan dan kebodohan dunia yang kita lihat ini bukan lagi menjadi sesuatu yang pelik. Sesuai dengan umur dunia yang semakin tua, ianya seolah-olah sudah sampai ke tahap nyanyuk. Lihatlah bagaimana gila dan dan bodohnya dunia termasuk negara-negara Umat Islam yang terus menentang dan menekan Iran kerana membangunkan Teknologi Nuklearnya dimana berdasarkan realiti semasa merupakan suruhan Allah terhadap semua pemerintah Islam, dalam masa yang sama merestui pemilikkan Sistem Persenjataan Nuclear Pemusnah oleh pengganas Israel yang gila itu. Tiada pihak yang sanggup mempersoalkan apatah lagi menghalang penggunaan senjata pemusnah dan senjata kimia oleh Amerika Syarikat yang terbukti menyalahgunakannya ketika menceroboh Afganistán dan Iraq.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Kegilaan dan kebodohan dunia semakin ketara sejak akhir-akhir ini akibat pemikiran yang amat bercelaru. Atas nama kebebasan dan hak asasi, dunia diperbodohkan untuk menerima apa sahaja yang dibawa oleh barat. Di negara inipun, pemikiran ini sedang parah menyerang, semata-mata untuk membolehkan mereka melempiaskan segala tuntutan nafsu kebinatangan mereka. Atas nama hak asasi mereka menuntut kebebasan melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan agama dan budaya. Atas nama kebebasan bersuara mereka mahukan kebebasan untuk menulis dan bercakap apa sahaja walaupun menghina agama.  Mungkinkah satu hari nanti dunia akan sampai ke tahap kebebasan mutlak sehingga undang-undang dan peraturan tidak diperlukan lagi. Pencuri akan menuntut hak kebebasan mencuri kerana berusaha mencari kekayaan. Penagih dadah akan menuntut hak kebebasan menagih kerana melepaskan gian dan tidak mengganggu sesiapa. Manusia akan bebas mencela dan mencaci sesiapa sahaja berdasarkan prinsip kebebasan bersuara. Persoalannya, mungkinkah golongan gila ini akan menerima hak kebebasan berdemontrasi, hak kebebasan memboikot barangan, hak kebebasan memberontak, hak kebebasan menyerang kedutaan negara mereka dan sebagainya bagi mengimbangi hak kebebasan mereka  untuk menghina, mencerca dan mencabul kehormatan agama kita.

Sidang Jumaat sekelian,
          Luka di hati Umat Islam yang sudah sekian lama ditoreh, tidak mungkin mampu dirawati dengan pembatalan permit penerbitan dan perletakan jawatan sebahagian kecil yang terlibat. Musuh Islam mudah sahaja mengkambinghitamkan seorang dua individu bagi menjayakan kejahatan terancang seperti ini. Jika selama ini para penceramah dan khatib pernah diambil tindakan akibat sedikit keterlanjuran yang melukakan hati sesama Islam, maka apakah tidak boleh keadilan diambil dengan memberikan hukuman yang sama terhadap individu yang secara sengaja menunjukkan kebencian terhadap agama rasmi negara.

Muslimin Muslimat Sekelian,
Setiap kita perlu bersama dengan Umat Islam sedunia untuk mengajar Denmark dan sekutu mereka. Paling tidak kita mampu melemahkan ekonomi mereka dengan bersama memboikot barangan mereka. Sesiapa yang mengetahui senarai barangan buatan Denmark hendaklah menghebahkannya kepada saudara-saudara kita. Setiap orang yang sampai maklumat kepadanya hendaklah mengharamkan diri mereka dan keluarga mereka daripada menggunakan apatahlagi membeli barangan mereka. Kalaupun kita gagal memaksa mereka untuk memohon maaf kepada kita, paling tidak rasakanlah kepada mereka sedikit kesan daripada dosa dan noda akibat angkara murka yang sengaja ditempah oleh mereka. Semoga ada ganjaran yang Allah peruntukkan kepada setiap sumbangan kita walaupun amat kecil berbanding pengorbanan saudara kita di luar negara. Yakinlah bahawa kita pasti akan dapat melihat pembalasan Allah terhadap segala kejahatan mereka. Firman Allah SWT :   

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ

Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu. – Ar-Ra’du : 23
         
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...