Monday, October 28, 2013

Brunai Laksana Undang-Undang Jenayah Islam


Rasululllah saw tidak pernah meninggalkan panduan bagaimana untuk melantik penggantinya sebagai Khalifah. Kita melihat berbagai kaedah digunakan oleh para sahabat dan para tabii'n dalam melantik pemimpin bagi umat Islam. Khalifah Abu Bakar dilantik oleh wakil kaum yang dinamakan sebagai Ahlil Hilli Wal Aqdi. Khalifah Umar dinamakan oleh Khalifah sebelumnya. Seterusnya berlakulah berbagai kaedah perlantikan termasuk pewarisan dari bapa kepada anaknya.

Kini setelah jatuhnya Dinasti Komunis maka dunia dihidangkan dengan sistem tunggal Demokrasi yang kononnya merupakan sistem yang terbaik untuk dunia seluruhnya. Hari demi hari kita melihat tidak sebanyak manapun jasa demokrasi kepada dunia akibat salahguna oleh kuasa barat mahu kelemahan sistem itu sendiri. Propaganda demokrasi ini didendangkan bukan sahaja oleh barat malah tidak kurang juga cendiakawan Islam sendiri yang cuba menyamakan Islam dan Demokrasi. 

Islam sama sekali tidak boleh disamakan dengan demokrasi dan demokrasi tidak semestinya selaras dengan kehendak Islam. Konsep paling asas pemerintahan Islam yang berasaskan Syariat sama sekali tidak sama dengan demokrasi yang hanya berasaskan kehendak rakyat. Majoriti rakyat atau sebulat suara pandangan rakyat tidak mungkin membawa kepada kehendak Allah kerana majoriti rakyat tidak memahami apakah kehendak Allah.

Oleh yang demikian, apapun kaedah pemerintahan yang digunapakai, matlamat utamanya hendaklah bagi melaksanakan Syariat Allah sepenuhnya. Brunai telah membuktikan bahawa pemerintahan beraja yang selama ini digunakan oleh Bangsa Melayu di Nusantara telah terbukti merupakan sistem yang berjaya melaksanakan sepenuhnya Syariat Allah di muka bumi pada zaman ini. Maka apakah akan ada sebuah negara demokrasi yang akan berjaya menjejaki langkah Negara Islam Brunai ini.   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...