اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ
:
وَلَنْ
تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ
اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ
رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ،
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا
عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ
وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati,
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam dan beriman. Saya menyeru
diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya. Di antara ciri-ciri orang yang beriman adalah
sebagaimana firman Allah :
إِنَّ
اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ
لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ
وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْءَانِ وَمَنْ
أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي
بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ
الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ
وَبَشِّرِ– التوبة : 111
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman diri mereka
dan harta benda mereka, dengan menawarkan kepada mereka Syurga, dengan
syarat mereka berperang di jalan Allah, lalu ada di antara mereka membunuh dan
terbunuh . Janji-janji tersebut adalah amat benar dan ditetapkan dalam
Taurat, Injil dan Al-Quran. Maka siapakah yang lebih menepati janji daripada
Allah. Maka bergembiralah kamu dengan jualbeli yang kamu jalankan kerana ia
sebenarnya adalah kemenangan yang amat besar.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.
Firman Allah dalam ayat 53 - 56 surah As-Syura :
فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ(53)إِنَّ هَؤُلاَءِ لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ(54)وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَائِظُونَ(55)وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ
Maka Firaun telah menghantar orang yang mengumpulkan
tenteranya ke kota-kota. Lantas dia berkata : “ Sesungguhnya mereka Bani Israel
benar-benar golongan kecil dan sesungguhnya mereka membuat perkara yang
menimbulkan kemarahan kita. Dan sesungguhnya kita sekelian sentiasa ingat dan
berjaga-jaga.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita kini berada di awal bulan Rejab yang disifatkan sebagai bulan Allah
di mana pada bulan ini telah tercatat satu peristiwa yang besar dan penting
dalam diari umat Islam iaitu berlangsungnya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kita
telah mendengar bagaimana nabi Muhammad s.a.w telah tercium bau harum Masyitah
penyisir rambut kepada puteri Firaun sebagai anugerah Allah terhadap
pengorbanan dan jihadnya dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah. Jihad
yang dilancarkan oleh Masyitah terhadap Firaun bukan sahaja telah mengorbankan
dirinya sahaja malah suami dan anak-anaknya yang turut menjadi mangsa kezaliman
Firaun dengan terhumbannnya mereka sekeluarga ke dalam periuk berisi air yang
menggelegak. Jihad yang ditunjukkan oleh Masyitah terhadap Firaun yang mengaku
sebagai tuhan mestilah diteruskan oleh Umat Islam pada hari ini dalam
memastikan sebarang kezaliman dan penindasan yang semakin hebat dapat
dihancurkan. Firaun dan sikap bongkaknya dalam melawan kehebatan Allah sentiasa
ada di setiap zaman termasuk zaman kita ini sebagaimana nabi menyifatkan bahawa
Abu Jahal merupakan Firaun pada zamannya. Segala keganasan dan penindasan yang
dilakukan oleh Firaun terus diwarisi oleh sebahagian pemimpin dunia hari ini
yang mengenepikan hari akhirat dan pembalasanNya dalam menilai segala tindakan.
Sidang
Jumaat yang dihormati,
Firaun telah membina bangunan pencakar langit untuk menembak Tuhan nabi
Musa tetapi bangunan tersebut bukan sahaja tidak mampu melaksanakan perancangan
bodohnya itu malah tidak mampu membantunya ketika kelemasan di tengah laut
Merah ketika mengejar nabi Musa dan pengikutnya. Begitu jugalah hari kita
melihat bagaimana kuasa besar yang megah mendabik dada kerana mempunyai
bangunan pencakar langit yang menjadi pusat dalam menguasai ekonomi dunia
tersungkur menyembah bumi Allah. Segala kemajuan dan kepakarannya telah
digunakan bagi menguasai ekonomi dunia termasuk ekonomi negara umat Islam yang
tunduk kepada sistem Yahudi dan bagi menghalalkan pembunuhan umat Islam di
serata dunia. Mereka memperbodohkan Umat Islam di seluruh dunia dengan
memberikan bantuan kemanusiaan sedangkan dalam masa yang sama mereka menyerang
Negara Islam dan membunuh rakyatnya. Mereka menjadikan Umat Islam sebagai medan
bagi menguji keberkesanan senjata-senjata canggih mereka. Mereka sebenarnya adalah
pengganas sebagaimana Firaun yang mengumpul segala tenteranya dan melobi
sokongan daripada sekutunya untuk melakukan keganasan yang boleh menggugat
keamanan dunia. Mereka menagih simpati daripada negara lain termasuk negara
umat Islam bagi menyokong tindakan ganas mereka. Mereka tidak pernah menghisab
diri mereka sendiri sebaliknya terus menuduh orang lain sesuka hati mereka.
Tuduhan terhadap Umat Islam sebagai pengganas telah menggugat keselamatan
jutaan Umat Islam di negara yang dikuasai orang bukan Islam di seluruh dunia.
Mereka mesti dipertanggungjawabkan bagi setiap kezaliman yang menimpa Umat
Islam di seluruh dunia akibat prasangka buruk mereka. Firman Allah :
فَمَنِ اعْتَدَى
عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا
اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ – البقرة :194
Maka
sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya
itu seimbang dengan pencerobohannya terhadap kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah
dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Umat Islam hari ini adalah umat yang
cukup lemah dalam mempertahankan haknya. Yahudi dan Nasrani telah berjaya
mengalihkan pandangan Umat Islam daripada mempertahankan agamanya. Ketika
Baitulmaqdis ditawan musuh Allah Umat Islam bangkit di seluruh dunia untuk
merampasnya kembali. Sekian lama Umat Islam berjuang dan berjihad
mempertahankan tempat suci tersebut, maka propaganda Yahudi menyebarkan bahawa
pertikaian hanyalah antara orang Arab dan Yahudi. Ketika Bangsa Arab berjuang
mempertahankannya, maka dikatakan bahawa ia hanya pertikaian antara Yahudi dan
Palestin. Maka Umat Islam kini tidak lagi melihat isu agama sebagai isu umat
sejagat tetapi melihatnya sebagai isu setempat. Kita kini menjadi umat yang
hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa. Gambaran ini telah
dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadisnya :
عن
ثوبان رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص) يُوْشِكُ الْأُمَمَ اَنْ تَدَاعَى
عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ اِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ :
وَمِنْ قِلَّةِ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ
وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثاَءِ السَّيْلِ، وَلْيَنْزِعَنَّ الُله مِنْ صُدُوْرِِ
عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةِ مِنْكُم، وَلِيَقْذِفَنَّ اللهُ ِفْي قُلُوْبِكُمْ
اْلوَهْنُ, فَقَالَ قَائِلٌ، يَا رَسُوْلَ
الله وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ حُبّ الُّدنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ .
رواه ابو ود
Daripada
Tsauban (r.a) berkata Sabda Rasulullah S.A.W. : Hampir tiba satu masa di mana
manusia akan mengerumuni Umat Islam sebagaimana mereka mengerumuni makanan.
Maka bertanya sahabat : Adakah kerana jumlah kita yang sedikit ketika itu. Nabi
menjawab, Bahkan kamu ketika itu amat ramai tetapi hanyalah ibarat buih ketika
banjir. Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kehebatan kamu daripada hati
musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu “ Penyakit Wahan”.
Sahabat bertanya, apakah wahan itu wahai Rasulullah ? . Sabda nabi : Cintakan
dunia dan takutkan mati.
Sidang
Jumaat Sekelian,
Rasa gerun musuh terhadap Islam sudah
hilang sama sekali hingga mereka sanggup melakukan satu jenayah besar dan
pembunuhan Umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam hanya mampu untuk tambah
berpecah dengan sebahagian menyokong dan sebahagian menentang. Namun apa yang
pasti Umat Islam sudah tidak mampu lagi untuk berjuang mempertahankan maruah
mereka. Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati sudah benar-benar membelenggu
Umat Islam hari ini walaupun Allah berfirman dalam surah Ali Imran : 154 :
قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ
الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ
اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ
بِذَاتِ الصُّدُورِ –
ال عمران : 154
Katakanlah
wahai Muhammad jika kamu berada di rumah kamu, nescaya keluarlah juga
orang-orang yang telah ditakdirkan oleh Allah akan terbunuh itu ke tempat mati
masing-masing. Dan Allah mahu menguji apa yang ada di hati kamu dan
mahu membersihkan apa yang ada di hati kamu. Dan ingatlah Allah sentiasa
mengetahui akan segala yang ada di dalam dada.
بَارَكَ اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ
اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
No comments:
Post a Comment