Saturday, October 26, 2013

Khutbah; Bersama Melaksanakan Tugas Penguatkuasaan

اَلْحَمْدُ ِللهِ القائل :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ( الروم :41)

Telah nyata kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan karena perbuatan manusia itu sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْهَادِىْ اِلىَ الْحَقِّ  وَاِلىَ الصِّرَاطِ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Sidang Jumaat Sekelian,

            Negara pernah digemparkan dengan kejayaan gilang gemilang tiga orang pemuda Islam memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka iaitu pertandingan menyediakan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka yang diadakan di Frangipani Bar, Bukit Bintang yang turut dimeriahkan dengan persembahan oleh artis Melayu.
         Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan aduan seorang penyanyi kelab malam yang mendakwa teraniaya akibat ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Perak, ketika menjalankan tugasnya di sebuah kelab malam di bandaraya Ipoh. Beliau malahan tanpa segan silu menafikan pakaiannya yang mendedahkan lengan dan sebahagian besar belakangnya sebagai seksi dan menganggap ianya sesuai dengan pekerjaannya. Beliau tidak menerima bahawa adalah menjadi satu kesalahan dengan bekerja di tempat yang menyediakan arak  jika sekiranya dia tidak meminum arak tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
            Perkara ini sebenarnya menjadi gambaran bagi menunjukkan kejahilan Umat Islam hari ini mengenai agama mereka sendiri. Golongan seperti inilah sebenarnya yang merosakkan imej Islam dan memalukan Umat Islam di kalangan penganut agama lain. Mereka bukan sahaja jahil dengan agama mereka, malah mempertikaikan ajaran agama mereka sendiri. Golongan seperti inilah yang digelar sebagai jahil murakkab iaitu jahil yang berganda dimana mereka jahil dan mereka tidak sedar dengan kejahilan mereka. Apakah daya kita untuk menyedarkan mereka dan mengembalikan mereka ke jalan Allah jika mereka sendiri tidak mahu mengakui kesilapan dan kelalaian mereka. Di antara kesalahan yang sering dilakukan oleh Umat Islam hari ini adalah Persetubuhan Haram (Zina), Khalwat (Muqaddimah Zina), Judi, kesalahan berkaitan arak seperti minum, menjual, menghidang serta bekerja di tempat yang menjual arak, kesalahan berkaitan akhlak seperti perbuatan tidak sopan, mendedahkan tubuh di khalayak ramai dan sebagainya. Semua ini adalah perbuatan fasiq yang merendahkan martabat pelakunya dan dianggap hina oleh Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
            Tindakan Jabatan Agama Islam Perak membuat tangkapan adalah kerana menegakkan suruhan Allah. Firman Allah S,W.T  dalam surah Ali Imran : 104 :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ } [آل عمران:104]
Hendaklah ada di kalangan kamu golongan yang menyeru kepada kebaikan, mengajak kepada makruf dan mencegah daripada kemungkaran.

Tindakan Fardhu Kifayah yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Perak ini yang telah menyelamatkan seluruh Umat Islam daripada menanggung dosa, bukan sahaja tidak dihargai malah dihina dan dicaci. Apakah mereka menyangka bahawa mereka akan merasa aman daripada azab tuhan hanya semata-mata kerana ramai yang seolah-olah memberikan sokongan kepada penjenayah-penjenayah ini.

Hadirin yang dirahmati Allah,
            Kesalahan-kesalahan seperti ini sebenarnya boleh dilihat daripada 2 sudut iaitu dari sudut hukum tuhan dan dari sudut undang-undang. Hukum tuhan melayakkan mereka digelar sebagai fasiq di samping menanggung laknat tuhan. Mereka menyangka itu hak asasi mereka, namun sebenarnya mereka melakukan amalan Syaitan. Apakah Hak asasi mereka yang dijadikan oleh Allah dengan Hak Allah melarang mereka melakukan maksiat terhadapnya. Firman Allah  :
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ } [المائدة: 90] الآيات.
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala dan menenung nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.

Rasulullah SAW memberikan ancaman terhadap laknat tuhan sebagaimana sabda baginda :
3189 - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعُ بْنُ الْجَرَّاحِ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ مَوْلاَهُمْ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْغَافِقِيِّ أَنَّهُمَا سَمِعَا ابْنَ عُمَرَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ - رواه ابو داود

Menceritakan kepada kami oleh Ustman Bin Abi Syaibah, daripada Waki’ B. Al-Jarrah daripada Abdul Aziz Bin Umar daripada Abi Alqamah tuan mereka, dan Abdul Rahman B. Abdullah Al-Ghafiqi bahawa mereka berdua mendengar Ibnu Umar berkata, sabda Rasulullah SAW  : Allah melaknat arak dan peminum arak, orang yang menuangkan arak, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang diperahkan untuknya, pembawanya dan orang yang meminta dibawakan kepadanya.

Malahan apa yang lebih menakutkan adalah penafian Rasulullah terhadap iman seseorang yang melakukan maksiat pada ketika dia melakukan perbuatan tersebut. Sabda Rasulullah SAW :
5150- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَابْنَ الْمُسَيَّبِ يَقُولاَنِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ       - رواه البخاري
Ahmad B. Salleh menceritakan kepada kami bahawa diceritakan oleh Ibnu Wahab dengan katanya, telah mengkhabarkan kepada kami oleh Ibnu Syihab dengan katanya, aku mendengar Abu Salamah B. Abdul Rahman dan Ibnu Musayyab berkata, kata Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda ; Tidak berzina seorang penzina itu jika ketika berzina itu dia beriman. Tidak mencuri seorang pencuri itu jika ketika mencuri itu dia beriman dan tidak minum arak seorang pemabuk itu jika ketika minum itu dia beriman.

Hadirin hadirat yang di rahmati Allah,
            Bumi manakah yang layak kita pijak, jika tegahan Allah tidak diendah. Mampukah kita menolak bala bencana yang akan ditimpakan oleh Allah, jika laknatnya kita anggap mudah. Layakkah kita menerima naungan Allah di Akhirat kelak jika keimanan kita dinafikan oleh Rasulullah.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


KHUTBAH KEDUA

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin yang dirahmati Allah,
          Semua kita bertanggungjawab mencegah segala kemungkaran dan memusuhi semua penjenayah kerana kita semua turut menerima kesan dari kemurkaan Allah. Berbagai kisah Umat terdahulu yang jauh lebih hebat dan gagah, semuanya dibinasakan oleh Allah akibat jenayah kemungkaran yang dilakukan oleh kaum mereka. Allah meratakan azab dan balanya, tidak hanya kepada mereka yang bersalah, malah merangkumi seluruh kariah kerana membiarkannya juga adalah salah.

Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah,
          Hayatilah peringatan-peringatan Allah mengenai umat-umat terdahulu yang membiarkan maksiat berleluasa.
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آَخَرِينَ
Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. (Al-An’am : 6)

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا (16)
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang mempunyai kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ, وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
يا الله بريله فتونجوق كفد كامي اكر تيدق كامي ترفداي دعن فرنحاعن دان تيفوهيلة يهودي دان نصراني, بريله كقواتن كفد كامي باكي معهافوسكن ككانسن دان كظاليمن مريك, ساتوكنله هاتي2 كامي باكي ممبيباسكن سودارا-سودارا كامي داري فنينداسن مريك.
يا الله كورنياكنله سفنوه توفيق دان هدايهمو ترهادف راج كامي  دولي يعمها مليا فادوك سري سلطان فيراق دارالرضوان سلطان ازلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عزالدين شاه  غفر الله له .
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...