Sunday, October 27, 2013

Khutbah : Menghayati Semangat Kemerdekaan



اَلْحَمْدُللهِ الْقاَئِلِ :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah ,
          Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana keimanan dan kesyukuran adalah asas kepada taqwa yang dituntut oleh Allah. Orang yang bersyukur di atas segala nikmat Allah telah dijanjikan oleh Allah akan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 147 :
مَّا يَفْعَلُ اللّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ وَكَانَ اللّهُ شَاكِراً عَلِيماً  
Apa gunanya Allah menyiksa kamu sedangkan kamu bersyukur (akan nikmatnya) serta kamu beriman (kepadanya) dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepadanya) lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
          Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kita tidak pasti apakah kita akan dapat sekali lagi menyambut kemerdekaan seperti ini pada tahun-tahun akan datang. Maka semestinyalah kita memastikan sambutan kemerdekaan, yang mungkin menjadi sambutan terakhir dalam hidup kita ini, benar-benar memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Sesungguhnya kemerdekaan ini adalah satu nikmat Allah yang cukup besar kepada kita semua. Islam adalah merupakan agama yang menjamin kemerdekaan manusia dan kebebasan hidup di dunia ini. Islam menitik beratkan soal pemerintahan dan pembentukan negara yang merdeka dan Islam menuntut umatnya berkorban untuk mempertahankan kemerdekaan. Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berkorban dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka yang melaksanakan Syariat Allah seluruhnya. Maka apakah kita hari ini yang sudahpun mempunyai sebuah Negara yang merdeka dan bebas menentukan kepimpinan dan pemerintahan kita sendiri masih teragak-agak untuk melaksanakan pemerintahan Islam secara keseluruhannya.

Sidang Jumaat Sekelian,
          Berkorban jiwa dan raga untuk mencapai dan mempertahankan kemerdekaan dari belenggu penjajahan adalah di antara cabang jihad yang paling tinggi di dalam Islam. Pengorbanan dapat dilakukan dengan berbagai cara dan kaedah mengikut kemampuan masing-masing samada dengan mengorbankan harta benda, tenaga, idea dan pemikiran hinggalah kepada kemuncak tertingginya dengan melibatkan diri dalam peperangan termasuk pengeboman berani mati seperti yang dilakukan oleh pejuang Palestin terhadap Yahudi laknatullah. Allah S.W.T.berfirman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 95:
لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً   
Tidaklah sama antara mukmin yang duduk sahaja tanpa pergi berjuang (berperang) tanpa apa-apa keuzuran dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T. Allah mengangkat darjat orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya mengatasi orang yang duduk (kerana keuzuran) dengan satu darjat. Kepada kedua golongan, Allah S.W.T menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk tanpa keuzuran dengan pahala yang amat besar.

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
            Banyak kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat hari ini dalam merayakan kemerdekaan yang mulia ini. Ada golongan yang berjuang menuntut kemerdekaan, kerana penjajahan menghalang mereka beribadat dan mengamalkan ajaran agama. Namun setelah mendapat kemerdekaan mereka tidak juga melakukan ibadat dan masih tidak mahu beramal dengan agama. Ada orang yang berjuang menghalau penjajahan barat tetapi setelah barat pergi mereka masih mengagungkan barat dan mengikut segala telunjuk barat. Ada golongan yang bencikan penjajahan kerana mahu mentadbir Negara dengan cara sendiri tetapi setelah penjajah pergi mereka menjadi penjajah yang menindas rakyat jelata.

Muslimin muslimat sekelian,
          Tidak sedikit pihak yang mempertikaikan semangat cintakan negara di kalangan anak-anak muda hari ini yang kononnya tidak pernah merasai kesusahan dan penderitaan ketika dijajah. Mereka merasakan bahawa hanya merekalah yang benar-benar menghayati kemerdekaan kerana mereka pernah menempuh kesusahan di bawah penjajahan. Sebenarnya kesedaran dan penghayatan kemerdekaan tidak bergantung kepada pengalaman dijajah tetapi bergantung kepada bagaimana kita mampu mengisi kemerdekaan tersebut. Kemerdekaan tidak dihayati dengan hanya semata-mata melaungkan kemerdekaan dan bersembang kosong di kedai-kedai kopi bagi mengenang kembali kepayahan dan perjuangan di zaman silam tanpa sebarang usaha memperbaiki diri tetapi kemerdekaan mesti dihayati dengan pembaikan diri dan peningkatan amal dalam kehidupan. Tidak merasai kepayahan ketika dijajah tidak menghalang seseorang menghayati kemerdekaan, asal sahaja dia menyedari apakah sumbangan yang boleh diberikannya kepada agama dan Negara. Kemerdekaan tidak bermakna dengan hanya mengibarkan bendera dan berhimpun menantikan detik 12.00 malam sedangkan berbagai maksiat dan jenayah terus berleluasa yang akhirnya akan meruntuhkan Negara. Kemerdekaan tidak cukup sekadar mensyukuri segala nikmatNya tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan segala nikmat tersebut menurut hawa nafsu semata-mata.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Sedang sebahagian saudara mara kita sedang berjuang untuk hidup dan mendapatkan kemerdekaan apakah kita masih ada masa untuk terus leka dengan dosa dan noda. Apakah perjuangan kemerdekaan silam wajar kita isikan semata-mata dengan aktiviti hiburan yang melalaikan. Berbanggakah generasi ini jika sisa-sisa hidup di bumi yang aman ini kita penuhi dengan berbagai maksiat dan kemungkaran. Renung dan hayatilah rintihan As-syahid As-Sheikh Ahmad Yasin, Pemimpin dan Pengasas Pergerakan Kebangkitan Islam, ( حَرَكَةُ الْمُقَاوَمَةِ اْلإِسْلاَمِيَّةِ ) atau HAMAS, selepas cubaan membunuh beliau oleh Yahudi laknatullah gagal pada tahun 2003.  As-Syahid merupakan anak yatim yang kehilangan bapanya ketika berusia 5 tahun,  yang cacat kerana ditimpa kemalangan ketika bermain bersama-sama rakannya, dan lumpuh seluruh badannya, buta mata kanannya dan kabur mata kirinya, sentiasa sakit telinganya, rosak paru-parunya dan sakit seluruh badannya akibat seksaan dalam tahanan Israel laknatullah. Rintihan beliau berbunyi :
Tidakkah kalian lihat, Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata, dengan tanganku yang sudah lumpuh ini. Aku bukan penceramah lantang yang mampu menggegar hati manusia, dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu ke mana-mana, untuk memenuhi hajat di hati, kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku ini.  Aku yang sudah beruban dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang berbagai penyakit dan penderitaan. Adakah segala penyakit dan kecacatanku ini, turut menimpa Umat Islam sehingga mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu.
Kalian diam, lemah dan membisu, atau kalian sudah mati dan binasa. Adakah kalian tidak bergelora, melihat kekejaman yang berlaku, sehingga tiada yang mahu bangkit, menyatakan kemarahan mereka kerana Allah.
Tiada satu kaumpun yang bangkit, menentang musuh-musuh Allah, yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami, dan menukarkan kami dari golongan yang mulia, kepada golongan yang dizalimi dan teraniaya. Tidak malukah umat ini, terhadap dirinya yang hina, sedangkan padanya ada kemuliaan.Tidak adakah kalian memiliki kekuatan berdoa untuk kami.
Seketika nanti, kalian akan mendengar, mengenai peperangan besar ke atas kami, dan ketika itu kami akan terus berdiri, dengan tertulis di dahi kami, bahawa kami akan mati berdiri, dan berdepan dengan musuh-musuh kami, bukan mati membelakangkan mereka,
 dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami, orang-orang tua di kalangan kami dan pemuda-pemudi kami. Kami jadikan mereka, sebagai kayu bakar buat umat ini, yang diam dalam kebodohan.
Janganlah kalian menanti, sehingga kami menyerah, kerana kami telah belajar, bahawa kami akan mati, walaupun kami berbuat demikian. Biarkanlah kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid di medan perang.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami. Dan kami berharap, agar kalian jangan menjadi musuh, yang menambahkan lagi penderitaan kami. Demi Allah! jangan menjadi musuh kepada kami, wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah kami mengadu kepadamu, lemahnya kami ini dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada yang lemah. Engkaulah tuhan kami.
Ya Allah kami mengadu kepadamu, darah-darah yang tumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan dan wanita-wanita yang dijandakan.
Kami mengadu kepadamu, betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami, dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.


Sidang Jumaat Sekelian,

Apalah gunanya kebebasan fizikal. Jika  hati masih terpenjara. Tidak akan ada gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdetik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Untuk apakah kibaran bendera merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa di bangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...