Friday, October 25, 2013

Khutbah; Penggunaan Kalimah Allah



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
أَلاَ لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلاَّ لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (الزمر : 3)
Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.
أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !  اِتَّقُواْ  اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian!
Marilah kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ayat yang dibacakan tadi jelas menunjukkan orang-orang kafir menyembah berhala kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Istilah Allah telahpun digunapakai oleh mereka sejak dari dulu. Dari sudut hukum asalnya penggunaan istilah Allah oleh orang-orang kafir sememangnya telah diakui oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang penggunaan tersebut oleh manusia terdahulu. Malah dalam hadis Sohih riwayat Imam Bukhari menyebutkan :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْدَقُ كَلِمَةٍ قَالَهَا الشَّاعِرُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ أَلاَ كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلاَ اللَّهَ بَاطِلٌ وَكَادَ أُمَيَّةُ بْنُ أَبِي الصَّلْتِ أَنْ يُسْلِمَ
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata, Sabda Rasulullah SAW ; Sebenar-benar perkataan yang diungkapkan oleh para penyair adalah kata-kata Labid, adapun segala sesuatu selain dari Allah adalah batil dan hampir-hampir Umayyah Bin Abi Salti menjadi Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Perdebatan yang tak sudah mengenai penggunaan istilah Allah ini sebenarnya bukanlah persoalan hukum harus atau haramnya yang dilihat dari dari sudut nas dan dalil. Perdebatan ini sebenarnya lahir akibat perbezaan pemikiran dalam menanggapi isu ini. Tidak akan berlaku pertemuan selama-lamanya jika sebahagian kita melihat dari sudut hukum asal sedangkan sebahagiannya pula melihat dari sudut kuasa kerajaan melaksanakan ijtihad dalam melindungi maslahat rakyatnya. Contoh kebebasan penggunaannya di Negara Islam yang pemimpinnya hanya Islam pada nama atau negara barat yang tidak mempunyai wewenangan kuasa untuk mengawal aqidah umat Islam langsung tidak sesuai digunapakai walaupun ianya difatwakan oleh ulamak tersohor yang tidak langsung memahami situasi dan keadaan di negara kita. Mungkin ada baiknya penggunaan istilah ini di negara majoriti Muslim seperti Indonesia dan Negara-negara Arab bagi menerapkan dan membiasakan budaya serta istilah Islam kepada orang-orang kafir. Berbeza dengan negara yang tidak mempunyai majoriti besar umat Islam seperti di negara ini, jika penggunaan istilah ini diberikan kebebasan hanya memberi peluang bagi mereka mengelirukan dan menerapkan budaya mereka di kalangan Umat Islam di negara kita.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Ada di antara kita yang bercakap dari sudut dakwah dengan mengatakan mudah-mudahan penggunaan istilah Allah di kalangan orang kafir akan menjinakkan mereka dengan Islam. Namun jika dilihat dari segi ancamannya kepada aqidah umat Islam dengan segala kelemahan yang kita ada maka ternyata pengawalan aqidah Umat Islam sewajarnya diutamakan berbanding usaha dakwah agar mereka menerima Islam. Kaedah Feqah menyatakan: 
دَرْءُ الْمَفاَسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ
Mengelakkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari kemaslahatan.
Tidak timbul soal kita takut dengan bayang-bayang sendiri seolah-olah iman kita terlalu lemah sehingga boleh digugat dengan hanya sekadar penggunaan satu istilah. Hakikatnya, kita bertanggung jawab mempertahankan aqidah umat tanpa memberi ruang langsung kepada sebarang usaha dari musuh Islam untuk mencemarkannya. Apakah kita mampu mengembalikan kesucian agama kita tatkala kita lemah jika sekiranya kita leka dengan perdebatan yang tak sudah padahal kuasa masih di tangan kita. Isu ini bukan sahaja wajar dimuktamadkan setelah fatwa rasmi dikeluarkan malah perbincangan mengenainya juga tidak seharusnya dibenarkan.

 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Tidak semua perkara yang diharuskan oleh Allah tidak boleh dilarang oleh pemerintah. Atas dasar Siyasah Syar’iyyah, pemerintah boleh melaksanakan undang-undang bagi mencegah kemudharatan terhadap rakyatnya (سَدُّ الذَّرَائِعِ ). Oleh kerana Islam adalah Agama Persekutuan, maka kemaslahatan Islam dan Umatnya hendaklah diutamakan daripada selainnya. Kaedah Feqah menyebutkan :
تَصَرُّفُ الإِماَمِ عَلَى رَعِيَّةٍ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ
Tindakan pemerintah terhadap rakyatnya bergantung kepada Maslahat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

 

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (العنكبوت :61)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. 

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.
Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah membuat dan menyiarkan fatwa pada 13 May, 2010 seperti berikut:

 (i) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam;
(ii) Mana-mana penganut selain daripada penganut Agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud;
(iii) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.


Sidang Jumaat Sekelian,

        Setiap orang adalah bebas untuk beramal dan berpegang dengan pendirian dan ilmu masing-masing. Oleh kerana ilmu, pendedahan dan pemikiran kita yang saling berbeza, maka lahirlah berbagai pendapat yang tidak mungkin di satukan. Oleh kerana ianya adalah merupakan masalah yang bersifat ijtihadi, maka pemerintah mempunyai peranan untuk mengeluarkan fatwa agar kesatuan ummat Islam dapat dipertahankan. Tidak ada sebarang faedah bagi ummat Islam untuk memperjuangkan hak orang-orang kafir sedangkan dalam masa yang sama mereka sentiasa berhelah untuk menafikan hak Umat Islam di negara ini. Kita tidak pernah menafikan hak mereka untuk beramal dengan agama mereka namun janganlah sampai mengancam jati diri dan pelaksanaan syariat Allah di bumi Allah ini.
 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...