شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ
هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan
yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda
antara haq dan batil” - Surah al Baqarah ayat 185.
اَشْهَدُ اَنْ
لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ
سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ
يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا
بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ
اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Saya berpesan
kepada tuan-tuan, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada
Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang
bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Sidang
Jumaat Sekelian,
Penurunan
Al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia,
berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat
kepada Rasulullah s.a.w. mengikut
ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Dengan
segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran, semestinya semua Umat Islam
meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat menghayati dan mengamalkan
ajaran Al-Quran sepenuhnya.