شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ
هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan
yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda
antara haq dan batil” - Surah al Baqarah ayat 185.
اَشْهَدُ اَنْ
لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ
سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ
يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا
بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ
اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Saya berpesan
kepada tuan-tuan, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada
Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang
bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Sidang
Jumaat Sekelian,
Penurunan
Al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia,
berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat
kepada Rasulullah s.a.w. mengikut
ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Dengan
segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran, semestinya semua Umat Islam
meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat menghayati dan mengamalkan
ajaran Al-Quran sepenuhnya.
Sidang Jumaat Sekelian,
Berapa ramai
di kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah
merupakan mukjizat yang paling besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia.
Kehebatan bahasanya, keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya
menjadikan al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Ini
disebabkan kebanyakan kita gagal mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran dan gagal memahami apakah yang
difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran.
Saudara
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Al-Quran telah terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik ( جِيْلُ الْقُرْآنِ الْفَرِيْد ) di bawah pentarbiahan secara langsung oleh Rasulullah saw. Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh umat manusia sejagat. Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman sistem dan undang-undang ciptaan manusia kepada keadilan sistem dan undang-undang Allah. Semua ini disebabkan mereka benar-benar menghayati seluruh ajaran Al-Quran tanpa memilih-milih. Malangnya sebahagian Umat Islam hari ini mengambil Al-Quran jika dirasakan sesuai dengan kepentingan mereka, namun mencari berbagai alasan untuk tidak mengamalkan ajaran Al-Quran jika tidak memenuhi kehendak nafsu mereka. Apa yang peliknya mereka masih tanpa segan silu menganggap diri mereka sebagai Muslim Mukmin yang terbaik tanpa merasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 85-86 :
...........أَفَتُؤْمِنُونَ
بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ
إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ
الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (85) أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا
الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ فَلاَ يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلاَ هُمْ
يُنْصَرُونَ (86)
Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian Kitab dan kufur
kepada sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat
demikian itu darpada kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada
hari kiamat kelak akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan
(ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai tentang akan apa yang kamu lakukan.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia
dengan menggadaikan kehidupan mereka di akhira,; maka tidak akan diringankan
azab seksa mereka, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.
Sidang Jumaat
Sekelian,
Ramai antara
kita yang takut dilaknat oleh Al-Quran jika salah ketika membacanya. Namun
berapa ramai yang benar-benar takut dilaknat oleh Allah kerana meninggalkan
Quran sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud meninggalkan
Quran sebagai berikut :
a.
Tidak
membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya.
b.
Tidak
beriman dengan ajaran Al-Quran.
c.
Tidak
mengkaji dan memahami Al-Quran.
d.
Tidak
membenarkan isi kandungan Al-Quran.
e.
Tidak
mengamalkan ajaran Al-Quran.
f.
Berpaling
daripada Al-Quran kepada yang lain
Maka
Bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita
daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Bacalah,
fahamilah dan hayatilah isi kandungan Al-Quran jika kita benar-benar beriman.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ
:
وَقَالَ ٱلرَّسُولُ
يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ مَهْجُورًا ﴿٣٠﴾
Dan berkatalah Rasulullah : Wahai Tuhanku sesungguhnya
kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan - Al-Furqan : 30
أَشْهَدُ أَن لاَ ِإلــهَ إلاَّ الله
وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عبادَ الله
اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Rasulullah
SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang amat mengasihi Umatnya. Sehebat manapun
kejahatan dan kefasiqan Umatnya terhadap Allah dan Rasul, tidak pernah
menyebabkan baginda berputus asa terhadap tugas dakwah yang dilakukan. Seboleh
mungkin baginda tidak sekali-kali akan merintih dan mengadu kepada Allah
terhadap perbuatan umatnya melainkan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan
jika ianya dilakukan maka ianya adalah akibat kebimbangan baginda terhadap
kemurkaan Allah terhadap umatnya. Kembalilah kita kepada Al-Quran dan jangan sekali-kali
meninggalkan Al-Quran dalam segala tindak tanduk kita sepanjang kita menumpang
bumi tuhan.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ
الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى
اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا
رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن
مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه
غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,
Kurniakanlah
Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah
Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib
saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam
yang membantu saudara segama mereka samada dengan kekuatan
senjata, kekuatan harta benda termasuk yang mencurahkan tenaga dan idea untuk membantu saudara-saudara mereka.
Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah
keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka menunaikan menunaikan zakat dan memberi bantuan kepada Umat islam yang memerlukan. Berilah hidayahMu kepada
mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada
Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.
رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ، وَصَلَّى
الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم
لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
No comments:
Post a Comment