Sunday, April 05, 2009

Contoh Semasa Jahil Murakkab

Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.Disiar dalam blogMenurutnya, ceramah tersebut juga turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.Oleh itu, Osman berkata, beliau merasa terpanggil untuk membuat laporan polis selaku presiden badan tersebut.Beliau hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya yang sebahagiannya memakai baju BN dan baju yang dengan lambang Umno.

Para penceramah yang selama ini sukar mencari contoh semasa dalam pengajaran mereka boleh mendapat contoh-contoh baru jika mereka mengikuti perkembangan semasa. Misalnya bagi menghuraikan mengenai golongan "Jahil Murakkab" contoh di atas rasanya amat menarik.
Osman Bakar yang tenggelam timbul sebagai Pejuang Melayu Terakhir ini kini sudah maju setapak lagi untuk menjadi pejuang agama pulak. Beliau mungkin tak memahami ayat "Tidak Kami Utuskan Engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat kepada seluruh alam. Tidak cukup dengan UMNO yang enggan menerima Al-Quran maka mereka kini bimbang kerana orang Bukan Islam sudah mula mendekati Al-Quran. Mungkin selama ini MIC dan MCA gagal mendekati Al-Quran kerana UMNO tidak pernah menggunakannya apatahlagi memperkenalkannya kepada mereka. Namun apabila melihat PAS berjaya menjinakkan DAP bagi menghayati Al-Quran menyebabkan mereka seolah tercabar. Saya tidak pasti apakah beliau menyedari adanya surah Al-A'raf sebelum ini walaupun beliau nampaknya begitu marah kerana lidah Cina menyebutnya dengan Surah Al-Aura. Mungkin tajwid dan makhraj Nga Kor Ming tidaklah begitu sempurna, namun mungkin juga tidak terlalu teruk berbanding bacaan sebahagian besar ahli dan mungkin juga termasuk Osman Bakar itu sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...