Wednesday, November 18, 2009

Pejabat Pemasaran Arak Perak milik Guiness Anchor Berhad (GAB) di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan

Seorang teman bertanya apakah Tan Sri Mufti membenarkan perniagaan ini diluluskan. Ini tidak menghairankan kerana sebahagian besar masyarakat menganggap beliau yang bertaraf Exco terlibat dalam semua urusan kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri Perak. Tidak ramai yang mengetahui beliau hanya mendapat kemudahan dan elaun setaraf dengan exco tetapi tidak dilibatkan dalam mesyuarat exco.
Isu ini amat menarik perhatian saya memandangkan saya melalui jalan ini setiap hari ketika pergi dan balik ke pejabat di Kuala Kangsar. Namun perlu saya jelaskan disini agar tidak berlaku salah faham terhadap penjelasan yang diberi.
Saya menyebutkan kepada sahabat yang bertanya bahawa saya tidak pasti dengan kuasa meluluskan premis perniagaan tersebut. Saya mengatakan bahawa di Kuala Kangsar, Pegawai Tadbir Agama Daerah dijemput hadir dalam mesyuarat perlesenan. Walaubagaimanapun Pegawai Tadbir Agama hanya menyuarakan pandangan jika diminta dan keputusan hanya bergantung kepada beberapa agensi seperti PBT, PDRM, Imigresen dan Bomba. Hanya jabatan yang menjadi ahli tetap ini sahaja yang boleh menjadi mencari alasan untuk tidak menyokong dan ianya tidak akan diluluskan. Bagi sesetengah kes ianya dipanjangkan ke peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan.
Kehadiran Pegawai Tadbir Agama dalam mensyuarat seperti ini juga sering diperdebatkan. Walaubagaimanapun saya memilih untuk menghadirinya agar dapat peluang menyuarakan sesuatu dan saya berdoa agar Allah tidak menggolongkan saya dalam golongan yang bersubahat dalam meluluskannya.
Namun saya tidak pasti siapa yang terlibat di Bandayara Ipoh kerana belum ada sekalipun dilibatkan dalam mesyuarat seumpama itu di sini. Oleh yang demikian saya nak menegaskan bahawa amat malang jika dibenarkan premis pusat pengedaran arak yang mengundang laknat dan bala dari Allah terletak amat hampir dengan Kampung Melayu dimana rumah SS Mufti Kerajaan Negeri Perak ada di dalamnya. Wallhu a'lam

3 comments:

*~De' Reza Family~* said...

bagus ler kalo di kuale ada dipanggil PTA ke msyrt perlesenan walaupun bukan ahli...di Hulu Perak nie...rasa nyer PTA tak dijemput...dan bukan ahli msyrt lagi...lagi ler bala...

Abu Izzah At-Tualanji said...

Tak taule bagus ke idak masuk mesyuarat sama ni. Risau je termasuk dalam kategori syubhat. Nasib tak jadi ahli mengundi sama

kg kote said...

ape nk herankan pengedar arak....kedai noombor bertrabur merater2 tu camaner?....melayu islam semua yang mlanggan....haram macam minum arak juger

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...