Malam Nisfu Sya’ban
merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang
kelebihan malam Nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan
antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan
dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat
terhadap malam Nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada
agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan
pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan
tentang kelebihan malam tersebut. Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya
adalah:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ :
"فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ
فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى
السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ
عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَابِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ
أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ
لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ ِلأَكْثَرَ
مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul
Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi
S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada
(sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.
Lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan
kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan
kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara
yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya
Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam Nisfu Sya’ban
ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya)
lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan
(bani) Kalb." – Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya :
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : "يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى
جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ
إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان
Hadis daripada Saidina
Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua
makhluk ciptaanNya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua
makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa
orang yang bermusuhan.” - Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya :
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي
طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
"إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا
نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ
إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلاَ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِيْ فَأَغْفِرَ لَهُ
أَلاَ مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلاَ مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلاَ كَذَا أَلاَ
كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه
.
Hadis daripada Saidina
‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam Nisfu Sya’ban,
maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya,
Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah
terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu
maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku
akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya,
sesiapa yang demikian… sesiapa yang demikian… sehinggalah terbitnya fajar.” – Riwayat
Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya
membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan
dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut
dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan
sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan
soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagimana
seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai
pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum
berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ
سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا" - متفق عليه
.
Hadis daripada Ibnu
Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari
Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”-Riwayat Imam
Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz
Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) : “Di dalam hadis ini walaupun berbeza
jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian
hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya
secara berterusan.
Berkata Ibnu Rajab
Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) : “Ulama’ di Syam telah berselisih
pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban kepada dua
pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan
malamnya secara berjamaah di masjid. Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan
selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian
serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah. Dan
Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan
berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah
: “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb
Al-Kirmani di dalam kitab Masailnya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh
penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa.
Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini
adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.”
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam
Nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana
sifat yang masyhur di kalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang
disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat
tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka
yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa
itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh
Allah danRasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan
para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam Nisfu Sya’ban.
Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah
disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh - Fatwa Fadhilah Mufti Mesir, Prof. Dr Ali Jum’ah.
No comments:
Post a Comment