Gelaran "Haji / Hajjah" merupakan salah satu perkara yang sering digunakan oleh penceramah untuk mempersendakan Melayu. Kononnya hanya Melayu sahaja yang berbangga dengan gelaran tersebut tanpa menitikberatkan soal kemambruran. Suasana yang amat berbeza aku rasakan apabila menyedut udara tanah haram. Sebaik sampai sahaja mendarat di lapangan Jeddah, gelaran tersebut seolah menjadi halwa telinga yang amat menyenangkan pendengaran.
Sampai di Masjidil Haram istilah itu bukan sahaja digunakan oleh Orang-orang Arab malah oleh digunakan oleh manusia dari seluruh dunia. Mereka malah amat menyedari bahawa kebanyakkan yang dipanggil begitu masih belum melaksanakan sebarang kerja haji untuk melayakkan mereka digelar begitu.
Sampai di Masjidil Haram istilah itu bukan sahaja digunakan oleh Orang-orang Arab malah oleh digunakan oleh manusia dari seluruh dunia. Mereka malah amat menyedari bahawa kebanyakkan yang dipanggil begitu masih belum melaksanakan sebarang kerja haji untuk melayakkan mereka digelar begitu.
Rupanya inilah salah satu kehebatan Melayu yang berupaya mengekalkan gelaran tersebut walaupun setelah meninggalkan tanah haram. Berapa banyak manusia yang terhalang dari melakukan maksiat dan kemungkaran hanya kerana gelaran haji atau hajjah yang mereka sandang. Malangnya mereka yang tidak mahu mengkaji sejarah dan hanya menggunakan pemikiran yang sempit telah mempersendakan kehebatan bangsa sendiri yang sepatutnya dibanggakan kerana ianya terbukti tidak akan mampu dilakukan kecuali Bangsa Melayu, sebaik-baik bangsa yang dilahirkan oleh Allah selepas Arab di zaman Rasulullah dan 3 generasi sesudahnya. Kini tiada lagi yang nak dibanggakan dengan Arab kerana mereka telah hilang akhlak dan keperibadian. Yang tinggal hanya Melayu yang masih kekal sebagai sebaik-baik manusia sebagaimana yang digelarkan oleh warga negara luar. Bermusafirlah ke merata dunia, pasti anda akan menyetujuinya.
No comments:
Post a Comment