Tahun ini merupakan tahun paling paling manis sepanjang perkhidmatan selama hampir 15 tahun. Selain dianugerahkan bantuan menunaikan Fardhu Haji, permohonanku mengikuti Kursus Pengurusan Dakwah Dan Pengendalian Fatwa di Darul Ifta', Mesir pada 2 Mei 2010 hingga 2 Ogos 2010 telah diluluskan oleh JAKIM. Kini aku berdepan dengan debaran penantian menunggu kelulusan kewangan daripada Kerajaan Negeri disamping debaran menantikan saat pahit dan manis meninggalkan keluarga menuju ke sana.
Jika sebelum ini, Diploma Kehakiman UIA yang kupohon sebanyak 2 kali sebelum ini, hanya menambahkan sakit di hati, namun segala kesakitan itu seolah terubat dengan anugerah ini. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Pengarah, Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz, yang memberikan pelepasan dan galakan.
Jika sebelum ini, Diploma Kehakiman UIA yang kupohon sebanyak 2 kali sebelum ini, hanya menambahkan sakit di hati, namun segala kesakitan itu seolah terubat dengan anugerah ini. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Pengarah, Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz, yang memberikan pelepasan dan galakan.
Sebagai seorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Timur Tengah, berbagai rasa bercampur baur yang aku rasai. Syukur atas ketabahan isteri tercinta, yang menguatkan semangat bersama selingan isak tangis melepaskan pemergianku. Jika tidak kerana desakan Ustaz Kamarudin Adam, sahabat dunia akhirat, mungkin entah bila aku akan berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Gambaran kesukaran menuntut ilmu di sana seringkali didendangkan oleh pelajar-pelajar yang menuntut di sana. Bahasa Arab Mesir yang terlalu jauh berbeza, menyebabkan aku seolah-olah mempelajari Bahasa Arab dari mula. Persediaan juga perlu dibuat untuk membiasakan diri dengan aktiviti melompat naik dan turun dari bas di sana.
Selain dari ilmu daripada ulamak di sana, satu matlamat besar yang tersemat di hati adalah untuk menguasai Bahasa Arab komunikasi. Sekian lama mempelajari bahasa ini, sekian banyak kitab Arab yang mampu aku kuasai, namun terasa begitu kerdil bila mana terserempak dengan orang Arab di sini. Selama ini aku sentiasa menjauhkan diri, agar tidak dilihat janggal apabila seorang "Qadi" gagal berkomunikasi dengan mereka. Jauh lebih mendebarkan apabila ada imam Arab yang bertugas di masjid yang aku menjadi guru mengajar di situ.
Semoga pemergianku nanti berada di bawah naungan Ilahi. Semoga Allah memberi kekuatan kepada anak-anak dan isteri yang terpaksa belajar hidup berdikari. Terima kasih atas sokongan dan pengertian teman-teman yang amat sukar dicari ganti. Maafkan segala dosa dan kesalahan yang pernah aku lakukan.
2 comments:
napa mohon 2x diploma tersebut menyakitkan hati? syarat terlalu ketat? atau ada sebab lain.. yg menyukarkan penerimaan
Bukan syaratnya yang ketat, pelepasan ketua jabatan yang tak dapat2. Orang lain okay je
Post a Comment