Kami selesai menunaikan umrah pada 29 oktober 2010. Semenjak itu sehingga ke hari ke hari wuquf, tiada aktiviti lain yang dilakukan kecuali berulang alik ke masjid setiap waktu dan beriktikaf di masjid. Ini kerana tiada sebarang taklimat atau panduan dari pihak Tabung haji atau Muassasah untuk mengerjakan umrah atau ziarah.
Shopping hanya melibatkan bazar dan gerai di sekitar pusat penginapan sahaja. Kami mempunyai masa berada di Mekah selama 17 hari sebelum wuquf dan hampir 20 hari lagi selepas wuquf. Tiada panduan untuk keluar ke pekan berhampiran. Jika dilihat kepada tempoh sebenar ibadat haji ini, ianya boleh dilakukan dalam tempoh seminggu sahaja, termasuk sehari sebelum Hari Wuquf dan sehari selepas Hari Tasyrik. Apakah kerana masalah kesesakan di airport, masalah teknikal dan logistik atau masalah perniagaan dan pelancungan maka semua jemaah haji puratanya berada di Mekah tidak kurang 30 hari selain 8 hari di Madinah. Jika masalah-masalah ini yang menjadi penyebab utama tidakpun kelihatan usaha yang bersungguh bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Walaupun kebanyakan Umat Islam gembira dengan lamanya berada di sini, namun dari segi maslahah amnya perlu ada sesuatu yang perlu dipertingkatkan. Tidakkah boleh Kerajaan Arab Saudi menganjurkan sebarang persidangan antarabangsa membincangkan berbagai masalah Umat Islam pada hari ini. Berbagai aktiviti membabitkan berbagai aspek kehidupan boleh diadakan bagi mengisi waktu yang terluang selain dari ibadat khusus ini. Pandangan dan nasihat teman-teman agar menumpukan kepada ibadat semata-mata di sini amat mengelirukan kerana bukan sedikit masa yang dibazirkan untuk berbual kosong selain shopping sementara menantikan setiap waktu solat. Dalam masa yang sama berapa banyak tugas-tugas professional yang terpaksa ditinggalkan bukan oleh seorang dua Umat Islam, malah membabitkan 3 ke 4 juta manusia. Jika tiada sebarang peningkatan aktiviti yang lebih bermanfaat di celahan ibadat khusus yang dilaksanakan secara intensif ini, rasanya jauh lebih baik dipendekkan waktu berada di sini yang rasanya akan menjimatkan berbilion ringgit kos penginapan dan logistik tanpa menjejaskan kemabruran haji. Dengan cara ini lebih banyak peluang bagi mereka yang kurang berharta untuk menunaikan ibadah haji berbanding perbelanjaan yang semakin bertambah saban tahun seperti sekarang ini.

No comments:
Post a Comment