Isnin, 11 Oktober 2010 - Ketika berada di ILIM bagi pembentangan laporan Darul Ifta' Mesir, aku dihubungi oleh Haji Mohd Abas, Timbalan Pengarah Tabung Haji yang membawa khabar gembira mengenai tarikh penerbanganku kke tanah suci telahpun diperolehi. Aku meminta beliau membawa balik ke rumah dan aku akan mengambilnya di surau pada malam tersebut. Alangkah berbunganya hatiku ketika itu seolah-olah terangkatnya segala bebanan yang selama ini menghempas di dada.
Tanpa tarikh yang pasti aku seolah-olah dihantui sesuatu yang tidak pasti. Segala persediaan seolah-olah tidak sempurna memandangkan ketidakpastian tempoh waktu untuk kami meninggalkan anak-anak di bawah perlindungan Allah. Mungkin inilah antara faktor yang menyebabkan tekanan darahku seolah-olah turun naik sesuka hati tanpa dapat dikawal sama sekali. Walaupun tidak sangat difikir-fikirkan namun sesekali beberapa perkara yang masih tergantung-gantung hadir menjenguk di sudut hati. Hendak diabaikan terasa penting, hendak diselesaikan tak mungkin tanpa tarikh yang pasti.
Tempoh masa beberapa minggu untuk bertolak ke Mesir tidak sangat mengganggu fikiran walaupun tempoh masanya menghampiri 3 bulan. Entah kenapa sebulan membuat persediaan ke Mekah menimbulkan fikiran dan perasaan yang berbagai-bagai bagiku. Bagaimana hati ini akan tenang kerana tidak pernah terlintas di hati ini untuk menjadi tetamu Allah dalam masa setahun dua ini. Bagaimana hati ini hendak tenteram kerana aku terlepas segala bentuk kursus sebagai persedian menunaikan haji. Baru 2 kali mengikuti kursus di Tabung Haji aku bertolak ke Mesir sehinggalah habis semua kursus yang dijadualkan. Kursus Perdana hanya sekadar mampu menghantar isteri ke Kampar, kerana tidak digalakkan hadir ketika tahap kesihatan yang tidak menentu. Apakah aku mampu menyempurnakan ibadat yang sebegini besar dengan hanya membaca buku dan kitab serta mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain.
Aku seperti sebahagian orang Islam lain, pernah beranggapan tidak bersedia ke tanah suci lantaran masih ada kecuaian dan kelalaian di dalam mentaati perintah tuhan. Dengan lain perkataan masih ada lagi dosa dan maksiat yang nyata dan tersembunyi, lahir mahupun batin, yang masih gagal dihentikan sehingga kita. Bimbang jika kata-kata taubat yang di sana hanya dianggap mempersendakan agama jika kembalinya nanti perkara yang sama tetap aku ulangi. Rasa diri terlalu hina jika tiada perubahan yang ketara sekembali nanti seolah-olah mengisyaratkan kegagalan meraih haji yang mabrur.
Entah kenapa sehinggalah aku memegang surat penerbangan yang diberi, belum ada sebarang getar di hati walaupun sekian lama menerima tawaran. Hati ini masih kosong dari rasa ghairah seolah-olah pemergian ini hanyalah satu aktiviti pelancungan biasa. Ya Allah Ya Rahman... lembutkanlah hati yang begitu keras terhadapmu selama ini.
Ya Allah,
Aku dijadualkan melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada Hari Khamis, 28 Oktober 2010 jam 11.15 pagi. Pesawat yang akan membawa kami dari KLIA adalah MH150 dan akan melintasi Qarnul Manazil untuk terus ke Makkah al-Mukarramah. Selamatkanlah perjalanan kami dalam keadaan tenang dan diredhai. Jadikanlah seluruh tempoh 47 hari di Mekah dan Madinah nanti sebagai saat-saat terbaik bagiku dalam mengabdikan diri terhadapmu. Kekalkanlah keimanan dan ketaqwaanku dan isteri setelah kami kembali nanti sebagaimana hari-hari yang kami lalui di sana. Peliharalah anak-anak dan tanggungan kami yang terpaksa kami tinggalkan demi kasih dan cinta kami terhadapMu. Jadikanlah ini sebagai titik tolak kepada seluruh kehidupan kami menjadi insan yang hanya bergantung harap terhadapMu semata-mata.
Ya Rabb,
Permudahkanlah perjalanan pulang kami dari Madinatul Hujjah, Jeddah pada jam 3.20 pagi, 13 Disember 2010 nanti dengan pesawat MH151, sehingga kami menjejakkan kaki ke KLIA jam 10.50 pagi.

No comments:
Post a Comment