Selepas Solat Jumaat, 24 September 2010, kami berada di Klinik Kesihatan Greentown untuk mendapatkan suntikan wajib menjejakkan kaki ke tanah suci. Secara teorinya hanya isteriku sahaja yang akan mendapatkan suntikan kerana aku tidak diluluskan oleh Dr. Tharizah bagi mendapatkan suntikan sehinggalah tekanan darahku menurun. Oleh kerana masa yang begitu mendesak, aku cuba mendapatkan suntikan tersebut pada petang itu juga. Dengan pertolongan Ustaz Azmi Chai, yang membantu keseluruhan urusan haji kami selama ini, aku diminta untuk membuat ujian tekanan darah di hadapan jururawat yang bertugas. Malangnya bacaan yang dicatatkan adalah 149/101. Bacaan bawah melebihi 100 dianggap masih tinggi dan aku diminta berehat selama sejam. Setelah sejam berlalu aku ujian tekanan di arah dibuat di hadapan doktor yang bertugas. Malangnya bacaan yang dicatatkan amat mengejutkan. 180/120. Kedua-dua bacaan atas dan bawah amat tinggi. Doktor mengarahkan aku diberi ubat yang boleh menurunkan tekanan darah secara drastik dan disuruh baring selama sejam. Jika sekiranya tiada perubahan maka tiada pilihan lain melainkan terpaksa masuk wad dan tak dibenarkan balik.
Syukur Alhamdulillah kerana setelah sejam bacaan menurun kepada 159/89. Maka aku dibenarkan pulang dengan terpaksa menjalani rawatan susulan. Mulai Isnin hingga Rabu aku terpaksa membuat ujian tekanan darah setiap pagi. Paling parah Hari Isni juga aku diminta berpuasa dan diambil darah untuk ujian menyeluruh. Apakah aku mampu bertahan dari rasa nak pitam sebagaimana yang biasa aku tempuhi selama ini. Mudah-mudahan aku mampu melalui semua ini dengan selamat. Semoga inilah kali terakhir aku terpaksa hadir ke hospital untuk menanggung segala penderitaan ini. Dan yang paling besar, moga Allah menyelamatkan aku agar aku dapat disahkan layak untuk menunaikan haji pada tahun ini. Jika kes ini berlanjutan semakin lambatlah aku dapat menhantar buku laporan kesihatan itu kepada Tabung Haji dan semakin lambatlah aku akan mendapat tarikh penerbangan.

No comments:
Post a Comment