Sebagaimana biasa setiap kali hari raya, lemang, ketupat dan rendang menjadi hidangan wajib yang disajikan pada hari pertama dan kedua raya. Ini bermakna selama 2 hari itulah terlalu sukar untuk mendapatkan sesuap nasi. Hari Raya tahun ini yang kebetulan jatuh pada Hari Jumaat membolehkan aku mendapat peluang mencari menu lain selain lemang dan ketupat. Kebetulan pada hari raya kali ini DYTM Raja Muda berkenan berangkat untuk Solat Jumaat di Surau Desa Aman, Ipoh. Demi tugas aku terpaksa berkejar dari Parit ke Ipoh untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar.
Malangnya pada hari raya tahun ini, kesemua kedai makan yang aku lalui ditutup sempena raya. Bermula dari kedai Salim bersebelahan surau tersebut hinggalah sepanjang jalan dari Ipoh ke Seri Iskandar, tidak ada sebuah kedai mamakpun yang dibuka pada hari itu.
Sepanjang perjalanan balik ke Kampung Tualang Sekah pada Hari Raya Kedua, kami mengambil kesempatan melepaskan geram di kedai mamak di Taman Maju, Seri Iskandar. Antara makanan favorite aku setiap kali ke kedai mamak adalah maggi goreng.
No comments:
Post a Comment