Firman Allah swt :-
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Ertinya : Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. ( Az-Zariyat : 51)
Ayat ini jelas menyuruh sesiapa jua agar berhijrah atau melompat dari yang menderhakai Allah swt kepada apa jua cara dan jalan yang membolehkannya kembali mentaati Allah swt. Jika satu jalan kepadanya adalah dengan melompat parti, tentunya ia juga tergolong dalam ayat ini.

Sabda Nabi s.a.w :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه
Erti : Seorang penghijrah itu adalah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah swt ( Riwayat Al-Bukhari)
Asal hadis ini disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w kepada kaum Muhajirin agar mereka tidak silap faham akan erti ‘Hijrah' hanyalah terhad kepada perpindahan dari Mekah ke Madinah, tetapi lebih jauh dari itu adalah meninggalkan segala maksiat kepada ketaatan. (Awnul Ma'bud, no 2481, hlm 128 )
Kaitan dengan isu lompat parti adalah, jika lompat adalah kepada ketaatan kepada Allah swt ia adalah tergolong dalam muhajir yang dimuliakan Islam.

Satu kaedah fiqh menyebut :-
لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان
Erti : Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). ( Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)
Ibn Qayyim dan Syeikh Dr. Mustafa Az-Zarqa berkata, para ulama mazhab telah sepakat akan kaedah ini dalam hal-hal hukum cabang dan ijtihad, adapun hukum asas dan prinsip umum Islam tidak boleh berubah. ( Ighathah al-Lahfan, 1/330 ; Majalah Al-Muslimun, hlm 553 )

Ibn Qayyim dalam kitabnya ‘ilam al-Muwaqqien menyatakan lima sebab hukum furu' boleh berubah iaitu :-
· Tempat
· Masa
· ‘Uruf
· Situasi atau keadaan
· Niat
Kaedah ini memberikan input kepada kita bahawa hukum lompatan boleh berbeza dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
· Tempat
· Masa
· ‘Uruf
· Situasi atau keadaan
· Niat
Kaedah ini memberikan input kepada kita bahawa hukum lompatan boleh berbeza dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Kesimpulannya :
Melompat dari parti yang memperjuangkan Islam kepada parti yang menentang Islam adalah Haram dan menjadi wajib jika sebaliknya.
Melompat parti atas dasar kesedaran adalah mulia dan melompat parti atas dasar suapan adalah hina.
Melompat parti sehingga meruntuhkan Kerajaan yang korup dan fasiq adalah sunat dan kemungkinan menjadi wajib manakala melompat parti sehingga meruntuhkan Kerajaan yang telus dan bertaqwa adalah harm sama sekali.
Sebagai orang yang beriman dan berakal maka qiaskanlah situasi yang ada pada hari ini supaya kita tidak merasakan sesak dada jika dikatakan bahawa kita bersikap double standard dalam menetapkan hukum sebagaimana hukum double standard yang telah sepakat ulama bahawa orang yang murtad wajib dibunuh dalam masa yang sama Umat Islam digalakkan berdakwah kepada orang kafir agar mereka menerima Islam dan meninggalkan agama mereka.
- Sumber asal - http://www.zaharuddin.net/content/view/800/72/
No comments:
Post a Comment