Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mendakwa Umno Balik Pulau telah memutarbelitkan fakta berhubung dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak membenarkan Tabika Kemas menggunakan bangunan kerajaan negeri di Kuala Sungai Pinang. Seramai 22 kanak-kanak Tabika Kemas di Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang dilaporkan terpaksa belajar di bawah panas terik lebih dua jam, kerana pintu pagar tabika dirantai dan dimangga. Ia didakwa dikunci oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri Pulau Pinang.Yusmadi yang juga Ketua AMK Pulau Pinang menjelaskan, timbalan pengerusi JKKK, Kuala Sungai Pinang, Abdul Rahim Bin Md Isa - orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan premis itu - telah meminta Tabika Kemas beroperasi seperti biasa walaupun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah ketika itu.Bagaimanapun, beliau mendakwa pengerusi Umno cawangan Sungai Pinang, Ismail Johar, menceroboh premis tersebut dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK Kuala Sungai Pinang pada 2 Januari lalu.Sehubungan itu, Yusmadi berkata, sehari kemudiannya, JKKK telah menjemput jawatankuasa Kemas untuk menghadiri mesyuarat, yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, bagi mendapat penjelasan mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa Kemas tidak hadir tetapi mesyuarat tersebut bersetuju menghantar surat kepada Kemas negeri dan memaklumkan mengenai pencerobohan tersebut.
Isu Tabika Kemas sekali lagi menjadi bahan dendangan BN, terutama Mat Taib dalam usaha menonjolkan dirinya sempena Pertarungan Sesama Sendiri dalam perhimpunan UMNO nanti. Simpati awam begitu mudah diraih jika membabitkan isu pendidikan kanak-kanak walaupun selama ini UMNOlah yang menghancurkan pendidikan Islam kanak-kanak Islam di Sekolah Agama Rakyat seluruh Negara. Namun ada beberapa isu di sebalik keriuhan ini yang jarang diperkatakan atau dianggap hanya membuang masa untuk membicarakannya.
Terdapat berbagai Tabika atau Tadika yang diuruskan oleh berbagai pihak samada kerajaan, parti pembangkang, NGO dan persendirian. Namun kenapakah hanya Tabika Kemas sahaja yang ditimpa masalah ini dari dulu sehingga sekarang. Apakah sehingga kini Kemas masih gagal mendapatkan peruntukan bagi membina premis atau bangunan sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Apakah masih ada maruah bagi salah satu agensi yang membawa payung pemerintah, sekian lama menumpang dibangunan orang. Bermaruahkah guru-guru Tabika Kemas ini sebagai penumpang menunjukkan permusuhan dan sikap kurang adab terhadap pemilik tanah dan bangunan sebagaimana yang berlaku di Sungai Rokam baru-baru ini.
Mungkin persepsi umum menganggap Tabika Kemas sebagai agensi pendidikan yang berprestage bagi anak-anak mereka. Namun bagi mereka yang ada kesedaran agama, umumnya tidak akan terniat merosakkan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak ke Tabika Kemas. Diantara kelebihan Tabika Kemas adalah banyaknya makan minum yang disediakan selain kemahiran menyanyi dan menari yang sering diutamakan. Dari sudut amalan, Tabika ini juga tidak mewujudkan jurang perbezaan di antara anak-anak dan ibu bapa memandangkan mereka tidak diwajibkan menutup aurat yang hanya akan menjadikan ibu bapa yang tidak menutup aurat menjadi kurang selesa.
Kalaulah ke semua ibu bapa Umat Islam Melayu di Negara ini mahukan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, maka pastinya isu berebut dewan seperti ini tidak akan timbul lagi.
No comments:
Post a Comment