Tuesday, February 17, 2009

Adake Patut ?



Akhbar Utusan melaporkan, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.Beliau berkata, tindakan berkenaan langsung kononnya tidak menggambarkan akhlak seorang Islam sejati kerana golongan mukmin mestilah takut kepada Allah, Rasul-Nya dan juga pemerintah.

Saya juga merasa terkilan dengan sikap sebahagian kita yang bertindak tanpa melihat kepada latar belakangnya. Beliau sebenarnya membuat pilihan yang tepat dengan memihak kepada Barisan Nasional. Antara faktor yang mendorong beliau mengambil sikap tersebut adalah :

a. Hanya BN yang boleh menjadi talian hayat bagi kesinambungan perkhidmatan beliau. PAS mempunyai senarai calon mufti yang jauh lebih berkaliber daripada beliau.
b. Menteri Besar BN menganggap beliau sebagai wali Allah sedangkan Menteri Besar PAS menganggap beliau sekadar beban dan masalah.
c. Beliau bukanlah ahli al-Quran dan Sunnah sehingga mampu menafsirkan Ayat 59 Surah Nisa dengan tepat dan terperinci.
d. Beliau adalah wira dalam mempertahankan Melayu sedangkan PAS hanya pandai bercakap mengenai Islam, bukan Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

akhir zaman...
biasala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...