CIA, FBI dan PDRM telah diuji dalam satu latihan antara ketiga-tiga negara. Penguji melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh mereka mencarinya. CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang-binatang lain sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu sebenarnya tidak wujud.
Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, FBI pulak membuat keputusan membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat laporan dan kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.
Hanya PDRM sahaja yang berjaya menjumpainya. Mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang sudah lembek sebab kena pukul. Beruang itu menjerit, "OK, OK... aku mengaku aku arnab... aku arnab!!"
No comments:
Post a Comment