Thursday, February 05, 2015

Khutbah : KONSEP PENDIDIKAN DALAM SEBATAN


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

اَلرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (النساء:34)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana mereka (kaum lelaki) telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريِكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan benar-benar sebagai seorang Islam yang sebenar. Janganlah kita mati sebagai seorang munafiq, sebagai seorang yang berpura-pura beriman atau sebagai seorang yang kelihatannya taat kepada Allah tetapi hakikatnya sentiasa memusuhi perintah Allah.

 

Muslimin yang dirahmati Allah,

Ayat yang dibacakan tadi adalah garis panduan pendidikan yang ditetapkan oleh Allah dalam sistem hidup berumahtangga. Allah mewajibkan bagi setiap suami agar mendidik isteri-isteri mereka dan Allah telah menggariskan 3 tahap pendidikan iaitu : menasihati mereka, pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Begitulah indahnya Syariat Islam jika dilihat dari kacamata iman dan taqwa. Islam tidak hanya mementingkan kasih sayang dengan kaedah nasihat secara lemah lembut, malah menunjukkan ketegasan melalui kaedah pengguguran nafqah batin dan akhirnya Islam memastikan keberkesanan pencegahan melalui kaedah kekerasan oleh pihak yang mempunyai kuasa melaksanakannya. Islam tidak hanya berpada dengan kononnya konsep kasih sayang sehingga membiarkan maksiat berleluasa.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Bagi mereka yang berpenyakit hatinya, mereka melihat hukuman sebat dan rotan ini sebagai penggalak kepada aktiviti keganasan dan kezaliman kepada hukum. Mereka gagal melihat kasih sayang di sebalik ketegasan Islam mensyariatkan hukuman sebat atau rotan sebagai kaedah yang terakhir. Ini menjadikan mereka menentang dan cuba mengharamkan hukuman sebat dilaksanakan walaupun keberkesanannya telah terbukti zaman berzaman. Ada juga yang menentang hukuman rotan ini dengan bahasa yang kelihatannya lebih Islamik dengan mengatakan bahawa rotan bukanlah budaya Islam dan bukan merupakan penentu kepada kejayaan tarbiyyah dalam Islam. Mereka menggambarkan bahawa hukuman ini hanya mencemarkan imej Islam di arena antarabangsa.

 
Muslimin yang dirahmati Allah,

          Islam tidak pernah mempromosikan hukuman rotan apatahlagi keganasan. Namun Islam menjadikan hukuman rotan sebagai langkah terakhir yang amat berkesan bagi menghapuskan kemungkaran. Islam memulakan sistem pentarbiahan anak-anak dengan mengakhirkannya dengan hukuman rotan. Sabda Rasulullah saw:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا حَرْمَلَةُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ الْجُهَنِيُّ عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلاَةَ اِبْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرِ – سنن الترمذي

Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda “Ajarkanlah kanak-kanak melakukan Solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun.”

 

Muslimin yang dirahmati Allah,

          Pentarbiahan Rabbani yang diajarkan oleh Allah ini tidak hanya terhenti setakat anak-anak. Allah turut mengajar manusia dewasa yang gagal mematuhi kehendaknya dan melakukan kesalahan besar terhadapnya dengan hukuman rotan. Firman Allah swt :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (النور:2)

Bermaksud: “Penzina perempuan dan penzina lelaki maka sebatlah setiap seorang dari mereka dengan 100 sebatan. Dan jangan kamu menyimpan perasaan simpati dalam menjalankan Hukum Allah, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Dan hendaklah disaksikan pelaksanaannya oleh sekumpulan mereka yang beriman.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


KHUTBAH KEDUA

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿٢١٦﴾

Bermaksud : “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”  (Al-Baqarah ayat 216)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَريِكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله.

اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat sekelian,

Dalam kehidupan kita ada banyak perkara yang kita tidak menyukainya sedangkan Allah menjadikannya yang terbaik untuk kita, Ada banyak perkara yang kita amat menyukainya sedangkan Allah menjadikannya begitu banyak keburukan padanya. Jangan hanya kerana sikap melampau sebahagian kecil manusia yang menyalahgunakan hak merotan ini, sehingga menyebabkan kita mengharamkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Sebagai sebuah bangsa yang merdeka lagi berdaulat, tidak perlu kita tunduk kepada desakan antarabangsa yang sentiasa berusaha untuk mengharamkan hukuman rotan di seluruh dunia. Bukan setakat hukuman ini, malah apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam akan cuba dihapuskan oleh mereka dengan pelbagai helah dan tipudaya. Andaikata bangsa kita tewas suatu masa nanti, sehingga kita menjadi pak turut kepada barat dengan menjadikan hukuman rotan sebagai satu jenayah, maka berpegang teguhlah kita terhadap ketetapan Islam. Ibu bapa dan suami yang dimasukkan ke dalam penjara kerana mendidik isteri dan anak-anak daripada menderhakai Allah, jauh lebih mulia daripada mereka yang membiarkan zuriat mereka memasuki neraka akibat keengganan mereka menghukum anak dan isteri mereka.

اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ. اَللّهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ وَالسَّكِينَةَ وَالسَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ وأَنْ تَشْمَلَ بِعِنَايَتِكَ وَتَوْفِيقِكَ سلطان  نزرين مُعِزُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شَاه اَلْمَغْفُوْرُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.

 اَللهُمَّ أَنْزِلِ الرَّحْمَةَ عَلَى السَّلاَطِيْنِ الْكِرَامِ وَجَمِيْعِ وُلاَةِ الْمُسْلِمِيْنَ الْعِظَامِ الَّذِيْنَ قَضَوْا بِالْحَقِّ وَبِهِ كَانُوْا يَعْدِلُوْنَ. اللهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلاءِ وَيَا كَاشِفَ الوَبَاءِ ، إِصْرِفْ عَنَّا البَلاَءَ وَالوَبَاءَ وَالأَمْرَاضَ وَالأَسْقَامَ وَالفِتَنَ وَالِمحَنَ ، وَأَزِلَّ عَنَّا وَعَنْهُمُ الشُّكُوْكَ وَالأَوْهَامَ بِمَنِّكَ وَكَرَمِكَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وصلَّى الله على سيدنا محمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ . وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...